Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

(PANAS)Faizal AF4 Dah Kawin 10 Bulan, Bini Mengandung 8 Bulan

Monday, December 14th, 2009

faizal af4 dah kawin

Susah betul kalau jadi artis popular nie. Nak kawin pun kena sorok-sorok takleh nak bagitau orang. Tapi apa-apa pun tahniah kepada Faizal AF4 yang sebenarnya dah kawin 10 bulan yang lalu. Secara kasarnya kiranya dia bernikah dalam bulan Februari 2009 yang lepas.

Dan tahniah sekali lagi kerana isteri Faizal AF4 dah mengandung 8 bulan. Rasanya mesti Faizal tengah berdebar-debar nak menunggu hari bergelar seorang ayah. Gambar isteri Faizal AF4 masih kami tak dapat jumpa. Khabarnya lepas isteri dia selamat beranak nanti, Faizal akan kenalkan isterinya kepada orang ramai.

Kami tak faham sebenarnya kenapa artis-artis Malaysia nie kalau bab kahwin ada jugak yang nak sorokkan. Bukan ke benda yang baik kena hebahkan? Kalau malu sebab tak leh buat kenduri grand-grand pun, just kenalkan isteri pun cukuplah. Nama pun artis, semestinya peminat nak amik tau perkembangan diri anda kan?

Kalau bagitau yang dah kawin, takdelah keluar gosip Faizal AF4 kena tangkap basah. Jangan la risau sangat populariti anda yang tak seberapa tue menurun. Rakyat Malaysia nie dah semakin open minded dah. Kalau berbakat, kami tetap akan sokong. Tak kiralah dah kawin ke, duda ke, janda ke atau dah ada anak 10. Tak gitu?

Apa-apa pun kepada Faizal AF4, tahniah kami ucapkan di atas perkahwinan dan berita bakal mendapat anak anda. Semoga perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Faizal AF4 – Saya Budak Baik La, Mana Ada Basah-Basah Nie

Wednesday, November 25th, 2009

faizal af4

Ha nampaknya tuan punya gosip telah pun bersuara. Saje je kami malas nak keluarkan gosip yang kononnya Faizal AF4 nie ditangkap basah sebab kami macam dapat menghidu penipuan di dalam gosip tersebut. Mungkin sengaja direka oleh wartawan-wartawan hiburan Malaysia yang dah kekeringan idea nak menjatuhkan artis-artis Malaysia.

Tapi kami sebenarnya tengah tunggu Ayu OIAM keluarkan statement pasal gosip dia dah terberanak tue. Kata orang berani kerana benar. Kalau tak salah buat apa nak takutkan? Macam si Faizal nie, keluar jer gosip buruk pasal dia terus dia keluarkan kenyataan balas balik. Macam nie la orang kata lelaki sejati.

Baca berita sepenuhnya dengan membaca artikel ini selengkapnya.

P.S: uiks, Streamyx ada promotion Super Upgrade Deals rupernyaa….sesapa yg dah guna streamyx lebih dari setahun, blh upgrade ke plan lebih LAJU & dapat free plan LAJU itu utk 4 bulan…bulan ke-5 baru start bayar.

(more…)

Faizal Juara AF4, Ke Mana Menghilang?

Monday, May 18th, 2009

faizal af4

Masih berbicara tentang Akademi Fantasia, setelah Hafiz dinobatkan sebagai Juara AF7, ada beberapa pembaca yang tertanya-tanya ke menghilangnya juara AF4, Faizal Senyum Sokmo.

Memang agak misteri jugak kehilangan si Faizal nie. Senyap sunyi tanpa berita. Langsung tak ada publisiti. Selalunya juara AF biasanya akan publisiti agak meluas. Tengok aje Mawi, Stacy dan Zahid. Masing-masing pernah merasa zaman kegemilangan mereka.

Risik punya risik, dulu katanya Faizal bakal mengantikan Saleem sebagai vokalis Iklim. Tapi disebabkan ekonomi merudum, projek tersebut gagal. Khabar terakhir yang didengar, si Faizal ini bakal muncul dalam filem Momok The Movie. Siap jadi hero lagi.

Kesian jugak kami kat si Faizal nie. Tapi nak buat macam mana. Itu semua rezeki masing-masing. Apa pun all the best buat Faizal AF4. Biasalah dunia artis Malaysia, kalau tak ada kontroversi memang susah sikit nak popular.