Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

Fahrin Tangguh Kes Saman Linda Onn

Monday, March 8th, 2010

fahrin tangguh saman

Rileks-rileks. Tangguh bukan bermakna mengaku bersalah. Fahrin kesayangan anda semua tangguh kes saman dia kepada Linda Onn sebab dengar nasihat kawan-kawan dia. Mungkin Fahrin sedar yang impak bawak kes ini ke mahkamah agak tinggi. Itu yang dia dengar nasihat Persatuan Seniman untuk cuba try setel cara baik di luar mahkamah.

Bagi kami Fahrin nie cuba bersikap gentleman. Mungkin dia sedar kot tak berbaloi bawak benda nie ke mahkamah. Lagipun apa yang dia mahukan dari Linda Onn cukup mudah:-

Apa yang saya harapkan adalah, Linda tampil meminta maaf dan sekadar mengakui perkara tersebut disalah tafsirkan. Saya hanya mahu nama saya dibersihkan dari segala dakwaan yang boleh menjejaskan kredibiliti saya di mata klien, penaja dan masyarakat,

Tapi rasa-rasanya memang bakal ke mahkamah jugak kes nie. Linda pun yakin dia tak buat salah. Fahrin pun yakin dia memang telah dijatuhkan maruah. Nasihat kami, cuba cari jalan berdamai dulu. Kalau tak boleh sangat, biarlah hakim yang menentukannya.

P.S: Kesian kat Fahrin nie selalu gagal dalam percintaan. Selalunya kita dengar lelaki yang suka bertukar-tukar awek. Kalau nak tau sebab apa lelaki suka tukar awek, kami cadangkan anda baca artikel nie. Memang menarik dan boleh dijadikan panduan.

5 Selebriti Bujang Terhangat Malaysia

Tuesday, March 2nd, 2010

Dulu ada kami keluarkan carta 10 Artis Malaysia Paling Seksi. Malah kebanyakan gambar-gambar yang kami keluarkan di sini adalah gambar selebriti-selebriti wanita Malaysia. Kami pasti ramai pembaca-pembaca wanita kami yang kecewa dengan kami. Kami pasti anda mahukan carta untuk artis-artis lelaki pulak.

Jadi untuk tidak menghampakan anda, kami bawakan carta 5 Selebriti Bujang Terhangat Malaysia untuk tatapan anda semua. Kalau rasa ada artis lelaki hot yang kami tertinggal, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen. Kami akan cuba update carta ini dari masa ke masa.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk mengetahui siapa yang kami calonkan untuk carta 5 selebriti bujang terhangat Malaysia ini.

(more…)

Facebook Fahrin Ahmad Kini Lebih 100,000 Peminat

Friday, February 12th, 2010

facebook fahrin ahmad

Memang hebat. Rasanya tak sampai setahun Facebook Fahrin Ahmad dicipta, kini jumlah fans FB tersebut dah mencecah 100,000 orang. Kagum kami dibuatnya. Facebook BeautifulNara pun baru 3,700 orang. Takleh lawan ngan Facebook Fahrin Ahmad nie.

Kami kagum dengan si Fahrin nie yang walaupun sibuk gila tapi masih ada masa untuk buat posting di Facebooknya. Rasanya dalam seminggu ada 2 3 kali jugaklah dia update status FB dia. Dan setiap kali dia update status dia, beratus-ratus gak komen diterima dari peminat-peminat dia. Memang hebat!!!

Dan yang terbaru, 30 orang daripada fans FB Fahrin Ahmad bakal join Online Satay Parti yang bakal dianjurkan tak lama lagi. Kami kagum dengan kesungguhan Fahrin mempromosi dan mendekatkan dirinya dengan peminat melalui FB. Ini baru dikatakan adanya interaksi. Mungkin artis-artis lain boleh contohi Fahrin dari segi nie.

Kepada Fahrin, semoga terus maju dan bertambah fans dalam Facebook anda. Nanti kalau ada apa-apa update penting terutamanya tentang kes saman anda dan Linda Onn, jangan segan-segan update di FB ye. Good luck and all the best.

Ada Artis Lain Bakal Naik Mahkamah Bersama Fahrin Dan Linda

Wednesday, February 3rd, 2010

fahrin ahmad

Buat anda yang masih tak tahu, Fahrin Ahmad dan Linda Onn dah compem bakal berentap kat mahkamah nanti. Masa 7 hari untuk Linda Onn mintak maaf dah pun tamat. Linda tak minta maaf sebaliknya dah hantar surat kepada peguam Fahrin untuk setelkan hal nie kat mahkamah. Dan mengikut kata-kata Fahrin, ada artis lain yang akan turut sama turun naik court bersama mereka:-

Dari dulu saya dah nampak implikasinya, sebab itu saya ambil prinsip berdiam diri. Saya ambil keputusan ini dengan berat hati tapi terpaksa buat juga. Dalam surat peguamnya juga ada mengaitkan nama orang lain. Saya tahu lepas ini akan jadi lebih worst dan saya sudah bersedia untuk melalui keadaan yang lebih teruk itu. Saya serahkan perkara ini kepada yang lebih arif dan harapkan yang terbaik. Tuhan akan tentukan segalanya,

Tekaan kami,  artis yang dikaitkan itu berkemungkinan besar ialah Awal Ashaari dan Scha Al Yahya. Teringat pesan mak kami masa kecik-kecik dulu. Berkawan tue biar memilih. Kang kawan buat salah kita pun terpalit jugak. Apa-apa pun, tak sabar nak tengok kebenaran yang bakal terselongkar dalam mahkamah nanti.

Linda Onn: Jumpa Di Mahkamah Sahaja

Wednesday, January 27th, 2010

linda onn

See you in court!!! Adeh tercakap omputeh plak. Hehehe. Nampaknya Linda Onn dah keluarkan statement untuk bertarung di mahkamah. Adakah ini akan menjadi kes terhangat 2010? Sedikit kata-kata Linda Onn untuk tatapan anda semua:-

Semua kenyataan yang keluar daripada mulut saya adalah untuk menjawab persoalan yang diajukan oleh pihak media. Bukan saya sengaja hendak bercerita. Saya tidak akan buat permohonan maaf seperti yang diminta kerana saya bercakap perkara yang benar. Jadi, jumpa di mahkamah sahaja.

Nampaknya makin berat kes nie. Linda pun berani nak bawak hal nie ke mahkamah. Jadi mungkinkah benar Fahrin Ahmad sememangnya seorang kaki pukul dan panas baran? Kalau tak betul takkan la si Linda nie berani nak setelkan menatang alah nie kat court kan?

Sedikit lagi kata-kata Linda:-

Memandangkan perkara ini akan dibawa ke mahkamah, jadi saya tidak mahu mengulas lebih lanjut. Saya serahkan perkara ini kepada peguam saya. Saya sudah tahu perkara ini beberapa hari lalu dan bermula dari hari itu, saya telah lantik peguam untuk menguruskannya. Biarlah perkara ini dibincangkan di mahkamah. Itu sahaja yang boleh saya katakan buat masa ini.

So kepada semua peminat-peminat Fahrin Ahmad dan Linda Onn, kita tunggu saja keputusan mahkamah untuk mengetahui siapa sebenarnya yang betul. Tunggu ~~~~~~~~~. Sumber dari Gua.