Written by Bella | November 9th, 2017

Sejak mengikat tali pertunangan dengan pengasas 2morrowbridestory, Ezza Yusof pada bulan Mei lalu, pelakon Remy Ishak jarang sekali berbicara mengenai perancangan perkahwinan mereka. Baru-baru ini, timbul khabar angin mengatakan Remy sudah putus tunang. Benarkah?

Walaubagaimanapun, Remy menafikan gosip tersebut dan memberitahu beliau cuma kurang selesa untuk berkongsi apa-apa mengenai hubungan mereka. Malah, Remy dan Ezza belum lagi mahu mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat.

Saya tidak mahu bercerita banyak sebab kami belum lagi ke fasa seterusnya, jika tidak jadi nanti malu. Lagi pula tempoh pertunangan itu banyak cabarannya, namun biarlah ia menjadi rahsia kami,

Belum ada perancangan untuk berkahwin tahun hadapan, memang setahun biasanya bertunang, tapi kalau belum cukup bersedia boleh tambah lagi masa. Bertunang ini adalah tempoh untuk kita mengenali satu sama lain dengan lebih dekat.

Bukan semua selebriti mahu menunjukkan kemesraan dengan tunang mereka untuk tatapan umum. Yang penting, gosip mereka putus tunang itu tidak benar dan mendoakan yang terbaik buat hubungan Remy dan Ezza sehingga ke jenjang pelamin satu hari nanti.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | June 19th, 2017

Bulan Mei lepas, berita pertunangan pelakon Remy Ishak dan ahli perniagaan, Ezza Yusof mengejutkan peminatnya. Iyalah, tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja foto pertunangan mereka tersebar di media sosial. Menurut Remy, beliau mempunyai alasan tesendiri untuk tidak mengumumkan majlis tersebut.

Saya mengakui agak bersikap konservatif dalam hal ini. Lagipun Islam sendiri tifak menggalakkan umatnya untuk menguar-uarkan mengenai pertunangan. Hanya keluarga terdekat yang saya maklumkan ketika itu. Majlis pertunangan juga adalah peringkat seterusnya selepas berkawan.

Kita sendiri tidak tahu ujian yang mungkin melanda sepanjang tempoh pertunangan. Namun sekiranya sudah ada tarikhnya nanti, saya tidak keberatan untuk berkongsi mengenai perkahwinan kami.

Dalam pada itu Remy memberitahu buat masa ini keluarga beliau dan tunangnya masih belum berbincang mengenai tarikh perkahwinan mereka. Remy dan Ezza sudah mengenali hati budi masing-masing selama tiga tahun sebelum membuat keputusan untuk melangkah ke fasa yang lebih serius.

Sumber Berita : BH PLUS

Written by Bella | May 1st, 2017

Pelakon Remy Ishak hari ini menerusi portal Harian Metro mengesahkan beliau sudah mengikat tali pertunangan dengan pengasas 2morrowbridestory. Ezza Yusof yang terkenal dengan rekaan produk kasut pengantin.

Difahamkan, majlis pertunangan itu berlangsung semalam di kediaman bakal isterinya itu yang terletak di Pahang.  Remy tampil mengenakan baju kemeja warna biru gelap manakala Ezza tampak anggun dengan busana warna ungu muda.

Semalam, berita pertunangan Remy mendapat perhatian ramai apabila Insta Stories di Instagram milik Ezza juga ada menunjukkan dirinya dan Remy seakan duduk bersama di atas pelamin.

Malah, pelakon Nad Zainal juga turut mengucapkan tahniah di ruangan komen. Jurugambar rasmi untuk majlis berkenaan juga mengucapkan terima kasih kerana berpeluang untuk merakam momen indah Ezza dan Remy.

Sumber Berita : Harian Metro 

Kredit Foto : Ridzuan Ramli