Written by Bella | March 9th, 2017

Harini 9 Mac 2017 merupakan hari paling bermakna buat Elly Mazlein kerana anaknya Putri Sara Sefhia kini sudah berusia satu tahun. Petang tadi, Elly telah mengadakan majlis ulang tahun kelahiran yang pertama buat anaknya itu.

Namun, kelibat bapa Sefhia, Azmi Hatta langsung tidak kelihatan. Menurut Elly, Azmi terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk mengambil tahu hal anak mereka apatah lagi mengucapkan selamat hari lahir buat Sefhia. Elly juga memberitahu Azmi sering memberi nafkah lewat daripada tarikh yang ditetapkan.

Saya anggap dia pergi ‘berperang’ sahaja. Sibuk sangat sampai tiada masa hendak tanya soal anak. Sefhia sudah setahun usianya namun bukan sahaja hadiah, ucapan pun tidak ada.

Sefhia tidak pernah dapat sehelai baju pun daripada bapanya. Mungkin dia rasa RM1,500 itu cukup. Tapi dia sepatutnya datang jumpa anak, itu tanggungjawab sebagai bapa. Mungkin dia sudah lupa anaknya kini setahun. Saya sengaja tak menjemput dia ke majlis hari ini sebab ada atau tidak, sama sahaja. Patutnya sebagai bapa dia tahu, takkan saya kena ingatkan

Anak adalah permata yang tidak boleh diganti dengan wang ringgit. Sesibuk mana pun seseorang bapa meskipun sudah bercerai, luangkan masa dengan anak anda dan buat anak anda terasa disayangi.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | February 1st, 2017

Hujung minggu lalu, penyanyi Elly Mazlein telah mengadakan majlis kesyukuran dan juga majlis aqiqah buat anak beliau, Putri Sara Sefhia. Majlis berkenaan berlangsung dengan cukup meriah sekali meskipun bekas suaminya, Azmi Hatta tidak hadir.

Elly juga memberitahu beliau menguruskan segala hal bersendirian walaupun Azmi yang pada awalnya merancang untuk mengadakan majlis tersebut untuk anak mereka.

Bagaimanapun, Elly tetap merasa syukur kerana majlis berjalan dengan lancar dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi membantu beliau.

Saya sudah lama berhasrat untuk mengadakan majlis ini tetapi baru sekarang ada ruang dan rezeki untuk saya meraikan Sefhia. Saya uruskan persediaan seorang diri, tetapi saya sangat bersyukur kerana ramai yang membantu.

Sebenarnya, majlis ini dirancang oleh bapa Sefhia. Malangnya, sehingga Sefhia berusia 11 bulan, masih belum ada khabar berita dan perkembangan mengenai perancangan tersebut. Jad, biarlah saya selesaikannya sendiri. Dia sendiri tidak menghadirkan diri di majlis ini. Saya sudah memaklumkan menerusi laman sosial Instagram. Sepatutnya dia tahu mengenai perkara ini tetapi tiada sebarang respon dari bekas suami.

Anak adalah amanah Allah SWT yang harus dijaga dengan baik, berfikiran positif mungkin Azmi terlepas pandang pengumuman ataupun jemputan ke majlis berkenaan yang dimuat naik di akaun Instagram Elly. Hmmmph..

Sumber Berita : Astro Gempak

Written by Bella | November 3rd, 2016

Baru sahaja kami fikir isu penceraian dan pertelagahan antara Elly Mazlein dan Azmi Hatta sudah tidak menjadi berita hangat lagi, tiba-tiba muncul pula kisah baharu dimana sejak beberapa hari lepas, sepupu kepada Azmi telah “menyerang” Elly di laman sosial.

Pelbagai kata-kata sindiran, kecaman dan kritikan dilemparkan kepada Elly oleh gadis yang menggunakan nama piqamansorr.

Gadis berkenaan turut mengkritik netizen yang sering menunding jari ke arah Azmi tanpa mengetahui perkara yang sebenar.

Tidak mahu terus menjadi mangsa, Elly juga telah membuat kenyataan balas terhadap sepupu bekas suaminya itu.

Elly mempersoalkan rasa tidak puas hati gadis berkenaan sedangkan beliau yang menanggung segala perit ketika bercerai dan memperjuangkan hak anaknya Putri Sara Sefhia.

Buat Elly, tidak salah untuk beliau menumpang kasih dan sayang daripada peminat beliau yang tidak pernah berhenti menyokongnya.

Meskipun dimaki hamun, Elly bagaimanapun sudah memaafkan gadis berkenaan yang masih lagi muda ( berusia 22 tahun) dan belum mengenal erti kehidupan yang sebenar.

Written by Bella | October 25th, 2016

Konflik rumah tangga Elly Mazlein bukan sahaja mendapat perhatian ramai, tetapi menurut Elly beliau akui kisahnya itu berjaya meraih simpati serta sokongan ramai dalam Gegar Vaganza 3. Namun, Elly tidak pernah berniat untuk mengambil kesempatan terhadap peminatnya dan sokongan yang diberikan.

Buat Elly, beliau tahu peminat meletakkan harapan tinggi untuk beliau memberikan persembahan terbaik didalam rancangan berkenaan.

Saya tidak nafikan ramai yang kasihankan saya tetapi saya lihat itu sebagai salah satu hikmah. Jika tidak kerana sokongan padu daripada mereka saya tidak mungkin dapat memberikan persembahan terbaik tetapi apabila melihat satu dewan bersorak saya jadi bersemangat.

Sebab itu walaupun saya tidak sihat saya beritahu diri jangan jadikan ia sebagai alasan kerana tidak mahu mengambil kesempatan terhadap sokongan yang diraih.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad pula memberitahu pemilihan lagu Perawan atau Janda kerana Elly tidak pernah menyanyikan lagu genre dangdut.

Lagu itu dipilih bukan kerana situasi yang sedang dihidapinya tetapi kita tengok pada kesesuaian tambahan pula lagu dangdut adalah cabaran untuknya.

Cabaran minggu hadapan adalah 360 darjah yang bakal memperlihatkan semua peserta diberi lagu yang berbeza daripada apa yang pernah mereka sampaikan.

Sokongan peminat adalah kunci utama kejayaan seseorang artis itu, tetapi bak kata Elly ia tidak bermakna beliau harus mengambil kesempatan terhadap mereka.  Setiap artis harus menghargai peminat mereka bukan?

Sumber Berita : mStar Online