Written by AbangNara | May 8th, 2013

Memang sejuk mata memandang gambar-gambar Ella dan keluarganya pergi menunaikan umrah. Ella nampak cantik sekali apabila bertudung. Nampak lebih manis. Semoga satu hari pintu hati Ella akan terbuka untuk bertudung sepenuhnya.

ella

Comel kan? Pasti suami Ella makin bertambah sayang melihat keayuan si isteri bertudung. Abang Nara pasti peminat Ella pun suka sangat-sangat. Tak gitu?

ella

10 lagi gambar Ella dan keluarga menunaikan umrah dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Wanita tertua di dunia

 
Written by AbangNara | February 5th, 2013

Agak terkejut juga mendengar alasan isteri kedua Adun Paka, Mastura Othman memohon cerai daripada suaminya. Tambah mengejutkan Abang Nara ialah apabila mengetahui kakak Ella turut terlibat di dalam permohonan cerai ini.

saidatul

Saidatul Aminuddin, kakak sulung kepada ratu rock negara, Ella merupakan seorang pengusaha butik dan jurusolek profesional. Pada hujung tahun lalu, Saidatul dan suaminya, Zakaria @ Ariffin Abdullah telah keluar di sebuah majalah hiburan yang menjadi punca permohonan cerai daripada Mastura, isteri kedua Zakaria. Kata Mastura:-

Saya tidak boleh terima apabila gambarnya dengan isteri baru terpampang dalam majalah hiburan. Ia satu publisiti murahan dan tidak sesuai dengan jawatannya sebagai YB (wakil rakyat). Saya rasa tindakan beliau mengaibkan keluarga dan menjatuhkan imejnya dalam politik dan itulah punca saya memohon cerai ini.

saidatul Apa pun Abang Nara taknak komen mengenai kes penceraian ini. Cuma mahu ucapkan tahniah kepada kakak Ella kerana telah selamat berumahtangga. Nampak gayanya hanya tinggal Jojie sahaja yang masih single. Semoga dipercepatkan jodoh buat Jojie. Sama-samalah kita doakan. Sumber asal Kosmo.

P.S: Angkasawan membasuh tangan di angkasa lepas.

Written by AbangNara | December 3rd, 2012

Wow. Awesome sungguh gambar-gambar majlis persandingan Ella dan Azhar yang telah dirakamkan oleh Mukhriz Latif & Udey Ismail Photography ini. Tak berkelip mata Abang Nara melihatnya. Memang cantik sangat-sangat.

gambar persandingan ella

Daripada apa yang dibaca, khabarnya Amy Search telah membuat persembahan khas dengan menyanyikan lagu “Rozana” yang ditukar kepada “Norzila” ketika majlis persembahan ini berlangsung. Confirm semua tetamu teruja dengan persembahan tersebut. Raja Rock Malaysia menyanyikan lagu di hari perkahwinan Ratu Rock Malaysia. Awesome!!!

gambar persandingan ella

Lagi 12 keping gambar majlis persandingan Ella dan Azhar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Sila LIKE Facebook Mukhriz Latif & Udey Ismail Photography sebagai tanda terima kasih atas kesudian mereka berkongsi gambar-gambar ini.

 
Written by serenity | December 3rd, 2012

Pada 1 Disember lepas, telah berlangsung majlis resepsi perkahwinan Ratu Rock Malaysia, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin dengan Azhar Husaini Ghazali di Kelab Darul Ehsan, Ampang. Khabarnya kira-kira 800 orang tetamu telah hadir ke majlis yang meriah itu.

Photobucket

Pasangan pengantin mengenakan busana dari pereka Rizman Ruzaini. Pasangan ini telah dinikahkan pada Julai lepas dengan mas kahwin RM 50,300. Lagi enam gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Ella Aminuddin.