Written by AbangNara | March 27th, 2013

Comel jugak bila si Elfira Loy ini memakai tudung. Nampak macam budak SPM. Terbaru, Elfira Loy dan keluarga telah terbang ke Mekah untuk menunaikan umrah bersama-sama. Seronok Abang Nara melihat kemesraan mereka semua.

elfira loy umrah

Semoga dipermudahkan urusan Elfira Loy sekeluarga ketika berada di sana. Lagi 15 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Elfira Loy.

P.S: Seni bayang yang super awesome

 
Written by AbangNara | March 12th, 2013

Sebenarnya Abang Nara pun perasan beberapa kesilapan yang telah dilakukan oleh Elfira Loy ketika menjadi pengacara Karpet Merah FFM25 baru-baru ini. Selain daripada gugup, Elfira juga tersalah sebut nama Normah Damanhuri dan tersalah tanya soalan kepada Izzue Islam.

elfira loy

Di pandangan mata Abang Nara, Elfira Loy juga nampak tidak selesa dengan pandangan mata yang melilau seolah-olah tidak sabar untuk menamatkan tugasnya. Namun itu satu perkara biasa lebih-lebih lagi ini kali pertama Elfira Loy menjadi pengacara untuk sebuah majlis siaran langsung. Kata Elfira:-

“Ini pengalaman pertama saya buat secara langsung dan tanpa skrip. Saya tidak tahu format siaran langsung, bila saya perlu berhenti untuk iklan dan sambung semula bercakap. Itu semua buat saya rasa gementar dan hilang kata-kata. Saya pula seorang saya cakap laju dan bila disuruh berhenti saya susah nak bercakap semula. Saya sedar banyak yang perlu diperbaiki lagi, tapi bukan bermakna saya tidak boleh buat bidang pengacaraan ini. Saya tidak akan putus asa dan mengalah dengan kritikan orang.

elfira
Biasalah tue awal-awal mana ada terus power buat perkara baru. Yang penting belajar daripada kesilapan. Kalau tak buat silap, sampai bila pun tak akan power kan? Betul tak? Mungkin lepas ini Elfira boleh banyakan lagi kerja pengacaraan untuk memperbaiki mutu. Info asal Mstar Online.

Written by AbangNara | March 8th, 2013

Oho ~~ Ramai rupanya selebriti-selebriti wanita yang dilahirkan pada bulan Mac ini. Semuanya cantik-cantik dan comel-comel belaka. Salah seorang daripadanya ialah Elfira Loy, yang kini sedang popular menerusi rancangan Fear Factor Selebriti Malaysia.
elifa loyBanyak juga rakan-rakan artis yang hadir untuk meraikan hari jadi si kecil molek ini. Seronok Abang Nara melihat hubungan mesra yang terjalin di antara mereka ini. Semoga akan terus berkekalan sehingga akhir hayat.

elfira loy

Buat Elfira, selamat hari lahir. Semoga murah rezeki, panjang umur dan dipermudahkan urusan anda. Lagi 7 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Elfira Loy.

 
Written by AbangNara | October 13th, 2012

Kalau anda masih ingat, Zed Zaidi satu ketika dahulu pernah mempertikaikan sama ada Randy Pangalila mempunyai permit untuk berlakon di Malaysia. Semenjak kontroversi itu, tuan punya badan, Randy Pangalila tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan balas mengenai kata-kata Zed Zaidi ini.

randy pangalila

Namun menerusi Kosmo hari ini, Randy Pangalila tampil menyatakan yang isu permit ini hanyalah satu salah faham. Menurut Randy, sebelum mula berlakon di Malaysia, perkara pertama yang ditanyakan ialah mengenai permit. Kata Randy:-

Saya melihat isu ini sebagai satu salah faham sahaja. Jadi saya tidak mahu memperbesarkan isu ini. Sebenarnya, daripada pihak produksi Micheal Ang, mereka telah mendapatkan semua keizinan untuk saya berlakon di sini kerana bagi saya itu perkara paling utama buat diri saya. Sebelum hadir ke Malaysia untuk berlakon, soalan pertama yang saya tanyakan ialah adakah saya telah mendapat keizinan berlakon di sini (Malaysia). Ini kerana saya sedar saya pelakon luar dan tidak mahu menjadi seperti pendatang. Saya rasa semuanya telah jelas dan permasalahan ini hanyalah salah faham.

Bagus sungguh Randy Pangalila kerana ada awareness yang macam ini. Diharap Zed Zaidi membaca apa yang diberitahu oleh Randy di dalam suratkhabar Kosmo hari ini sekaligus menyelesaikan segala kontroversi yang timbul. Kepada Randy, jangan lupa untuk renew permit bila sampai waktunya. Kang tak pasal-pasal kena tangkap pulak. Hehehe.

randy pangalila
P.S: Jubah hitam ekslusif yang akan dikeluarkan oleh Gudang.MY minggu hadapan. Berminat? Jangan lupa LIKE Facebook Gudang.MY untuk stay up to date.