Written by AbangNara | August 8th, 2012

Salah satu sebab Abang Nara excited menghadiri malis berbuka puasa anjuran Arteffects International semalam ialah kerana kehadiran Mawi sekeluarga. Teringin nak tengok betapa cutenya Cahaya Malaika sekarang ini. Ternyata Mawi sekeluarga nampak bertambah ceria dan bahagia selepas kehadiran si comel ini.

gambar mawi sekeluarga

Maaflah gambar tak berapa nak terang kerana hanya menggunakan kamera biasa. Kepada peminat Mawi, album baru Mawi yang bertajuk Asma Ul Husna telah pun dilancarkan. Dengar cerita, jualan album ini sudah pun mencecah 5 ribu unit. Satu angka yang cukup hebat memandangkan album ini baru dijual selama seminggu. Tahniah kepada Mawi atas kejayaan ini.

gambar mawi sekeluarga

4 lagi gambar Mawi, Ekin dan Cahaya Malaika dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Arca makanan yang comel.

 
Written by AbangNara | June 2nd, 2012

Walaupun sudah tidak sepopular dulu, Mawi nampak bahagia di samping keluarga tercinta. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran Cahaya Malaika selepas 3 tahun perkahwinannya dengan Ekin. Semoga kebahagiaan ini akan berkekalan dan semoga keluarga Mawi akan bertambah bilangannya di masa hadapan.

mawi dan keluarga

Jangan lupa dapatkan majalah Media Hiburan yang terbaru untuk membaca kisah di sebalik kehadiran Cahaya Malaika di dalam kehidupan Mawi. Apa-apa pun, Mawi tetap wordl!!!

Written by AbangNara | March 26th, 2012

Ada berita yang kurang gembira untuk kita semua selepas kekenyangan makan tengah hari. Rumah Mawi di Bangi telah dimasuki perompak kira-kira jam 4 pagi tadi dan kerugian hampir RM10,000 dilaporkan. Yang penting, Mawi dan keluarga berada di dalam keadaan selamat.

mawi dirompak

Mengikut info yang ditonton menerusi TV3 sebentar tadi, Mawi khabarnya telah diikat oleh perompak. Mawi baru sahaja pulang daripada jelajah ABPBH di Johor Bahru sekitar jam 2 pagi sebelum rumahnya dimasuki perompak 2 jam selepas itu. Ketika kejadian, Mawi, ibu mertuanya, Ekin dan anaknya, Cahaya Malaika turut berada di rumah.

Marilah sama-sama kita doakan agar Mawi dan keluarga bersabar atas dugaan ini. Semoga kesihatan Mawi dan keluarga tidak terjejas atas kejadian ini. Amin.

Written by AbangNara | March 1st, 2012

Akhirnya gambar anak Mawi dan Ekin yang diberi nama Cahaya Malaika sudah pun dapat dilihat oleh orang ramai. Serius sangat comel. Muka Mawi pun nampak sangat teruja mendukung puteri sulungnya.

gambar anak mawi ekin cahaya malaika

Cute kan? Kalau anda geram dengan kecutean anak Mawi dan Ekin ini, sila cubit pipi anda sendiri. Hehehe.

Update: 1 lagi gambar anak Mawi dan Ekin untuk tatapan anda di bawah.

mawi ekin

Khas untuk sang suami sahaja, Dato’ Harimau untuk anda.

mawi ekinInfo di sini..