Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

(TAHNIAH)Diana Danielle Jadi Duta Produk Barang Kemas

Friday, March 5th, 2010

diana danielle

Tuah ayam nampak di kaki, tuah Diana Danielle dapat jadi duta barang emas. Beruntung betul si Diana nie. Muda-muda lagi dah boleh kumpul duit. Berlakon boleh, menyanyi boleh. Sekarang nie dah jadi duta produk barang kemas Public Jewellery pulak. Memang rezeki dia betullah.

Itulah kelebihan bila imej kita bersih. Dan imej yang bersihlah menyebabkan Diana Daniell dipilih walaupun umur dia baru setahun jagung:-

Kami melihat Diana dari pelbagai aspek. Imej dia bersih dan kami anggap dia bakal menjadi artis antarabangsa yang pandai berlakon dan menyanyi serta bijak

Tahniah buat Diana. Rezeki jangan ditolak. Semoga selepas ini terus lebih maju dalam apa jua bidang yang diceburi. Sumber berita dan gambar dari Murai.

Lagi gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Sekarang nie tengah confuse pulak antara Lisa Surihani ngan Diana Danielle, siapa yang lagi best nak dijadikan artis pujaan BeautifulNara tahun 2010. Susah betul nak buat pilihan.

(more…)

(GAMBAR)Selebriti Wanita Sempena Tema ABPBH 2009

Thursday, March 4th, 2010

abpbh 2009

Korang tahu tak tema Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 kali ini ialah “warna” atau dalam bahasa omputihnya “colour”. Jadi kami rasa artis-artis Malaysia confirm akan bergaya sakan dengan tema yang macam nie. Almaklumlah, macam-macam warna baju yang boleh dipakai untuk menyerlahkan kecantikan masing-masing. Lagi-lagi kalau artis wanita.

Baru-baru nie masa pre-majlis ABPBH 2009 nie, dah ramai selebriti wanita kita yang bergaya dengan fesyen-fesyen yang meletop. Not bad jugak rekaan designer tempatan kita. Memang terserlah kecantikan dan keayuan. Kira ada sense of fashion jugaklah. Tahniah kami ucapkan kepada selebriti wanita kita.

Lagi 19 keping gambar selebriti wanita sempena tema ABPBH 2009 dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Harap-harap time ABPBH 2009 nanti bergaya biarlah kena dengan caranya dan tak over sangat. Gambar ehsan CuteCarry.

(more…)

Selebriti Malaysia Mana Yang Layak Jadi Ikon?

Thursday, February 18th, 2010

Ramai artis-artis Malaysia yang sentap  bila Wardina mengeluarkan kenyataan yang selebriti Malaysia tak layak bergelar ikon minggu lepas. Tapi kami faham perasaan Wardina. Almaklumlah, artis-artis muda Malaysia sekarang nie kebanyakannya femes kerana kontroversi, bukan kerana bakat lakonan atau nyanyian diorang.

Kami di BeautifulNara pun kadang-kadang tercari-cari gosip-gosip atau pun berita-berita yang baik mengenai artis Malaysia untuk dikongsikan bersama anda semua. Tapi sayangnya dalam 10 berita yang kami kongsikan, 9 daripadanya adalah benda-benda sensasi yang mengarut-marut. Sekali sekala adalah terselit cerita-cerita artis yang dah insaf dan sebagainya. Tapi kebanyakkannya adalah gosip-gosip sampah yang menjatuhkan maruah artis Malaysia kita.

Mungkin artis Malaysia kita nie berpegang kepada kata-kata Donald Trump yang berbunyi lebih kurang begini:-

Publisiti yang buruk adalah lebih baik daripada tak ada publisiti langsung.

Tapi siapa kata hanya dengan cerita sensasi sahaja artis kita akan popular. Sila ambil contoh Diana Danielle. Dulu dia memang penuh dengan kontroversi tapi sekarang ini berita tentang Diana Danielle kebanyakkannya hanya benda-benda yang baik saja. Lawatan ke rumah orang asli, lawatan ke rumah panjang orang Iban dan macam-macam lagilah. Tak ada kontroversi tapi still mampu menaikkan nama DD.

Contoh lain adalah penyanyi indie wanita, Yunalis Zarai. Jarang kita dengar cerita-cerita buruk tentang dia. Mungkin ada sesetengah wartawan yang cuba menjatuhkan Yuna dengan gosip Yuna sombong dengan wartawan. Tapi semua itu kami rasa hanya propaganda wartawan-wartawan kita. Dan yang paling penting imej bersih yang dibawa Yuna dari awal sampai sekarang dah menunjukkan yang artis kita mampu popular tanpa gosip teruk.

Cuma yang dikesalkan kebanyakkan artis Malaysia nie cuba mengambil jalan short-cut untuk cepat femes. Taknak bekerja keras. Itu yang keluar statement-statement tak masuk akal. Update status Facebook dengan ugutan membunuh. Keluar gambar berfoya-foya dalam kelab sambil teguk botol arak. Dan macam-macam lagilah. Memanglah nama mereka akan dikenali ramai selepas kontroversi tue, tapi berapa lama sangat kepopularitian sebegitu akan bertahan?

Uishh ~~ Panjang pulak kami berleter hari ini. Jadi kesimpulannya kat sini kami nak tanya anda semua. Siapakah artis Malaysia yang anda rasa layak digelar ikon? Dato’ Siti Nurhaliza? Misha Omar? Lisa Surihani? Kalau boleh nyatakan lah sebabnya sekali. Nak jugak tahu pendapat anda semua.

(GAMBAR)Super Cute Diana Danielle Versi Iban

Thursday, January 28th, 2010

diana danielle

Kami dulu tak ada lah minat sangat kat si Diana Danielle nie. Suka sikit-sikit tue adalah sebab yang dia memang comel, cute dan sedap mata memandang. Tapi time dulu-dulu kontroversi banyak sangat. Tapi semenjak gambar Diana Danielle melawat orang asli Batek keluar, persepsi kami kat dia dah start berubah. Baik jugak budak nie. Ada bakat jadi duta keamanan Malaysia nie.

Dan yang terbaru baru-baru nie Diana Danielle pergi melawat perkampungan orang Iban pulak. Cool kan? Dan yang bestnya, dia pergi nie atas usaha sendiri. Bukan ada orang taja, atau orang suruh pergi. Cuma atas kesedaran diri dia sendiri. Dan kami bertambah yakin dia tak buat nie untuk publisiti murahan sebab mana ada suratkhabar yang keluarkan cerita pasal benda nie.

Tahniah buat DD. Semoga teruskan usaha anda untuk menunjukkan yang artis-artis Malaysia nie pun ada kesedaran untuk  melakukan perkara-perkara kebajikan macam nie. U go girl ~~

Lagi 30 gambar Diana Danielle semasa melawat perkampungan orang Iban dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

(TAHNIAH)Diana Danielle Pulak Dilamar Syarikat Antarabangsa

Friday, January 22nd, 2010

diana danielle

Lepas sorang, sorang lagi artis Malaysia dilamar syarikat antarabangsa untuk buat rakaman album. Kalau sebelum nie Yuna dalam proses perbincangan dengan sebuah syarikat Amerika, skang nie Diana Danielle pun dah dapat tawaran yang sama. Adakah bakat artis Malaysia kini dah pun diiktiraf oleh orang luar?

Secara ikhlasnya kami rasa suara Diana Danielle nie not bad lah jugak. Kalau nak compare dengan Liyana Jasmay, kami lagi suka suara DD. Walaupun macam tak boleh nak pergi high note sangat, tapi takderlah sakit telinga dengar suara si DD nie. Rasanya dia tau kot lagu yang jenis macam mana sesuai ngan tone suara dia.

Walaupun tawaran yang diterima tue datangnya daripada kawan baik mak dia (kira macam guna orang dalam gak la nie), tapi peduli apa kan? Bukan senang nak dapat tawaran dari syarikat antarabangsa nie. Kalau dah ada peluang tue, amik jer. Pedulikan apa orang kata. Yang penting boleh penuhi hajat di hati. Tak gitu?