Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

(TAHNIAH)Diana Danielle Pulak Dilamar Syarikat Antarabangsa

Friday, January 22nd, 2010

diana danielle

Lepas sorang, sorang lagi artis Malaysia dilamar syarikat antarabangsa untuk buat rakaman album. Kalau sebelum nie Yuna dalam proses perbincangan dengan sebuah syarikat Amerika, skang nie Diana Danielle pun dah dapat tawaran yang sama. Adakah bakat artis Malaysia kini dah pun diiktiraf oleh orang luar?

Secara ikhlasnya kami rasa suara Diana Danielle nie not bad lah jugak. Kalau nak compare dengan Liyana Jasmay, kami lagi suka suara DD. Walaupun macam tak boleh nak pergi high note sangat, tapi takderlah sakit telinga dengar suara si DD nie. Rasanya dia tau kot lagu yang jenis macam mana sesuai ngan tone suara dia.

Walaupun tawaran yang diterima tue datangnya daripada kawan baik mak dia (kira macam guna orang dalam gak la nie), tapi peduli apa kan? Bukan senang nak dapat tawaran dari syarikat antarabangsa nie. Kalau dah ada peluang tue, amik jer. Pedulikan apa orang kata. Yang penting boleh penuhi hajat di hati. Tak gitu?

Bahana Jadi Popular, Penyamaran Merata-Merata

Wednesday, January 13th, 2010

facebook rasmi diana danielle

Kesian betul ngan artis-artis Malaysia nie. Bertambah kesian bila benda-benda menyamar nie terjadi kat artis secomel Diana Danielle. Tak dapat kami bayangkan betapa sedihnya hati DD bila ada orang menyamar jadi dia kat Facebook dan start add orang lain. Bayangkan kalau tetiba Facebook tiruan nie buat status yang bukan-bukan? Diana Danielle gak yang dapat nama busuk.

facebook diana danielle

Jadi untuk menghilangkan rasa sedih Diana Danielle, sekali lagi kami ingin mengwar-warkan satu-satunya Facebook Rasmi Diana Danielle. Tiada yang lain ini jerlah FB DD. Segala update, segala status, segala komen yang ditulis datangnya 100% dari Diana Danielle sendiri. Memang close to the fans gitu.

Kepada artis-artis lain yang masih tak ada Facebook dan Twitter, kami sangat-sangat mengalakkan anda membuat akaun anda sekarang jugak. Senang sikit berinteraksi dengan peminat. Kalau ada salah faham ke, gosip yang tak betul ke, leh terus wat penerangan kat situ. Tak payah tunggu nak kuar suratkhabar.

(GOSIP)Diana Danielle Sah Bercinta Dengan Farid Kamil

Wednesday, June 10th, 2009

diana daniele

Dasar orang cantik, Diana Danielle dah pun dapat jumpa pakwe baru untuk gantikan si Syamsul tue. Boleh tahan high taste jugak si DD nie. Khabarnya Farid Kamil adalah pakwe baru Diana Danielle.

Pelik jugak kitorang sebab sebelum nie kecoh Farid Kamil dengan Lisa Surihani. Mungkin ke cintanya ditolak Lisa jadi Farid Kamil pergi ngorat Diana Danielle pulak?

Dah la sekarang nie DD tengah PLKN lagi. Pelik jugak macam mana diorang sempat wat hubungan cinta. Mungkinkah Farid Kamil terjatuh hati lepas tengok gambar DD pakai baju askar kat Kem Heliza?

Kalau korang nak tengok gambar terbaru Diana Danielle di PLKN Kem Heliza, sila baca artikel ini sepenuhnya.

(more…)