Written by Bella | May 19th, 2017

Dikecam teruk oleh rakyat Malaysia, David Teo telah tampil mempertahankan dirinya.  David memberitahu beliau tidak bertindak biadab kerana Perdana Menteri Malaysia sendiri yang sudah memberikan keizinan untuk beliau bercakap. Namun, Mat Over tiba-tiba datang menyerang beliau sebelum sempat untuk mengajukan sebarang soalan kepada PM.

Bukan niat saya untuk bersikap biadab kepada perdana menteri. Saya cuma beritahu Rosyam sebahagian peserta tidak diberikan peluang yang sama untuk bercakap. Saya belum bercakap dengan perdana menteri. Saya tiada masalah dengan sesiapa. Bagaimana saya dikatakan biadab dengan perdana menteri?

Terdahulu, beberapa pihak mendakwa kejadian itu berlaku kerana David bersikap “kurang ajar” di hadapan Datuk Seri Najib Razak. Kejadian berlaku ketika  David cuba bertanyakan soalan pada sesi program Dialog TN50 Bersama Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni.

Menurut beberapa sumber, David juga dikatakan tidak berpuas hati dengan cara Datuk Rosyam Nor sebagai moderator yang mengendalikan majlis tersebut. Mat Over yang tiba-tiba muncul dari tempat duduk penonton meluru ke arah David dan meminta David menghormati Datuk Seri Najib Razak sebelum bertindak menampar penerbit tersebut.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE