Written by Bella | May 19th, 2017

Masih lagi mengenai isu David Teo ditampar oleh Mat Over pada majlis TN50 malam Rabu lepas. Kali ini Afdlin Shauki pula tampil memberikan pendapat beliau mengenai isu hangat tersebut.

Afdlin menerusi akaun Facebooknya menempelak tindakan moderator iaitu Datuk Rosyam Nor yang dianggap gagal untuk mengawal keadaan dengan baik apabila kekecohan tersebut berlaku. Menurut Afdlin moderator tersebut seolah ingin memburukkan lagi keadaan dengan menyatakan sikap kurang ajar David di hadapan Perdana Menteri Malaysia.

Pendapat Afdlin mengundang pelbagai reaksi daripada pengikutnya di Facebook. Ada yang kurang bersetuju mengapa Afdlin mahu menghangatkan lagi situasi. Namun, jelas Afdlin sebagai penggiat seni beliau turut terkesan dengan apa yang berlaku.

Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menerusi portal Free Malaysia Today meminta orang ramai untuk tidak lagi memanjangkan isu David Teo ditampar. Jelas Zed, David dan Mat Over sudah pun memohon maaf antara satu sama lain secara ikhlas pada malam insiden tersebut berlaku.

Sumber Berita : Facebook Afdlin Shauki / Free Malaysia Today

Written by Bella | May 18th, 2017

Pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor berpendapat sikap David Teo yang tidak menghormati Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tuan rumah Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Bersama Perdana Menteri – Segmen Penggiat Seni adalah sesuatu yang memalukan dan tidak patut berlaku.

Datuk Rosyam juga memberitahu Perdana Menteri suka dengan cara beliau mengendalikan program tersebut selaku moderator.

Perdana menteri beritahu beliau suka cara saya kendali dialog itu dan juga idea-idea daripada penggiat seni. Cuma saya agak celaru kerana insiden itu tidak sepatut berlaku kerana kita diberi peluang berdialog oleh pemimpin nombor satu negara. Bila dia (David) bertindak begitu (pertikai cara kendali majlis), nasib saya boleh tahan kemarahan. Tapi bila habis majlis, saya fikir majlis ini untuk anak seni dan panggil mereka berdua untuk mendamaikan keadaan.

Kelihatan agak tenang ketika Mat Over tetiba menampar David yang baru hendak mula berpantun, Datuk Rosyam mengakui pengalaman beliau yang luas dalam bidang seni membuatkan beliau lebih matang.

Saya bukan baru jadi pengcara dan sudah lama dalam dunia seni. Syukur kepada Allah swt  bagi kematangan dalam diri walaupun orang lain belum tentu dapat menanganinya. Namun saya tidak kata saya adalah seorang pengacara yang bagus.

Kami tidak mahu komen lebih mengenai isu ini lagi. Pihak David juga sudah memaafkan Mat Over tetapi kita harus ingat budi bahasa budaya kita.

Sumber Berita : Malaysia Gazette

Written by Bella | May 18th, 2017

Gara-gara insiden David Teo ditampar oleh Mat Over pada majlis TN50 semalam, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Datuk Rosyam Nor selaku moderator yang dianggap gagal untuk mengawal keadaan dengan baik.

Datuk Rosyam dikritik apabila bersikap “bias” kerana menyatakan David sememangnya kurang ajar di hadapan Perdana Menteri Malaysia menerusi video yang tular di media sosial.

Namun, masih ada juga berpendapat bahawa netizen harus bertenang dan tidak menunding jari kepada sesiapa pun kerana tidak mengetahui apakah yang sudah terjadi sebenarnya.

Apa pula pendapat anda?