Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

Gebu Gila Kulit Dato’ Siti, Jelesnya Diri Ini Melihat Kegebuan Itu

Tuesday, November 24th, 2009

kulit siti nurhaliza

Sapa yang tak jeles tengok kulit muka Dato’ Siti Nurhaliza memang kami respek. Gebu, mulus, putih, halus dan semuanyalah yang menggambarkan kecantikan kulit dia. Respek!!!!

P.S:  Nak hantar SMS kat member-member cakap pasal ButikNara petang tadi. Ingatkan kredit tak cukup. Nasib baik Xpax bonus bulanan XXL punya kredit dah dapat. Dapatlah RM3 sebab guna minimum RM50 bulan nie. Tima kasih XPAX.

(GAMBAR)Siti Nurhaliza Di Malaysia International Fashion Week

Monday, November 16th, 2009

siti nurhaliza

Ingat lagi gambar-gambar artis kat Malaysia International Fashion Week(MIFW) yang kitorang kongsikan baru-baru ni? Rupa-rupanya Dato’ Siti Nurhaliza pun ada gak kat sana. Siap jadi model lagi. Rasanya untuk koleksi baju Riezman. Tak sangka Dato’ Siti dah naik setaraf lagi dengan berjaya buat catwalk macam model-model professional. Tahniah~~

Lagi 18 gambar Dato’ Siti Nurhaliza di MIFW dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

(GAMBAR)Mek Pun Tiru Macam Siti Nurhaliza

Thursday, November 5th, 2009

Sungguh hebat penangan gaya fesyen bertudung nampak jambul Dato’ Siti Nurhaliza. Sampai Mek pun terikut sama ~~ Kelas gitu ~~ Renung-renungkan dan selamat beramal ~~

(TAHNIAH)Aset Dato’ Siti Nurhaliza Bernilai RM50 Juta

Tuesday, September 8th, 2009

siti nurhaliza

Mak aih. Kagum dan tabik spring kami kat Dato’ Siti Nurhaliza. Mana taknya, jumlah aset Siti Nurhaliza kesemua sekali bernilai RM50 juta. Ish,ish,ish. Manusia biasa seperti kami nie jangan katakan aset RM1 juta, RM10 ribu pun tak ada lagi skarang nie. Sangat-sangat kami berbangga dengan pencapaian Dato’ Siti nie.

Entah-entah sekarang nie aset Dato’ Siti Nurhaliza sebenarnya dah lebih daripada RM50 juta nie. Sebabnya sumber diambil dari laman web rasmi 2008 MTV Asia Awards. Rasanya logik jugak kot lebih daripada RM50 juta sebab sekarang nie pun Dato’ Siti dah ada jenama kosmetik sendiri. Itu pun harganya mau dah 2, 3 juta tue.

Apa-apa pun tahniah kami ucapkan buat Dato’ Siti Nurhaliza. Tak sia-sia selama 13 tahun bergelumang dalam dunia seni dapat mengumpul harta sebanyak tue. Kiranya pandai jugaklah Dato’ Siti jaga duit-duit dia. At least untuk hari tua nanti dah tak perlu risau nak carik duit dah. Boleh rileks jer kat rumah jaga anak-anak dan cucu-cucu.

Luahan Hati Seorang Peminat Kepada Dato’ Siti Nurhaliza

Monday, March 2nd, 2009

gambar terbaru siti nurhaliza

Ke hadapan Dato Siti Nurhaliza yang disayangi,

Saya sebenarnya terharu sangat bila Dato Siti cakap yang Dato nak pakai tudung selepas balik umrah. Saya bangga sangat masa tue. Iyalah, Dato dah nak berubah kepada lebih baik. Saya pun terus terasa nak pakai tudung sebab nak jadikan Dato idola saya.

Tapi Dato Siti, apa yang saya tengok sekarang bukannya tudung yang Dato’ pakai. Kalau dulu saya masih boleh terima cara pemakaian tudung Dato’. Biasalah nampak rambut sikit-sikit dekat depan. Mungkin tak sedar tudung dah senget. Tapi sekarang nie, kalau tengok gambar yang saya kepilkan nie pun dah tau yang Dato’ pakai tue bukannya tudung tapi sekadar penutup kepala.

Dato’ sedar tak yang leher Dato’ yang jinjang tue terserlah jelas bila Dato buat fesyen macam nie. Rambut yang terkeluar tue mmg nampak macam dah sengaja keluarkan dah. Saya kecewa sangat-sangat. Ini bukan janji Dato’ yang dulu. Kalau tak boleh tunaikan janji, bukak ajerlah selendang tue Dato’. Tak payah pakai terus, nanti takut ramai yang terikut fesyen Dato’ nie. Dato jugak yang dapat dosa.

Eh, Dato’ kata ini satu jer gambar yang nampak leher Dato’? Jangan cakap macam tue Dato’. Kalau Dato’ tak percaya, Dato’ baca surat saya nie sepenuhnya. Banyak lagi gambar yang saya dah kepilkan untuk Dato’ renung balik janji-janji Dato dahulu.

(more…)