Written by AbangNara | February 21st, 2013

Fuh ~~ Dengan solekan dan pakaian serba hitam, Siti Saleha memang nampak seksi menghiasi muka depan majalah Cosmopolitan. Pasti ramai kaum Adam yang jatuh cinta melihat penampilan Siti Saleha kali ini. Marvelous!!!

null

Abang Nara tertanya-tanya apakah “Big Dreams” yang dimaksudkan oleh Siti Saleha. Nampak gayanya kena pergi majalah Cosmopolitan di kedai mamak untuk mengetahui kisah sepenuhnya. Korang pun kalau berminat, silalah pergi beli sekarang sebelum stok habis.

P.S: Blackberry Z10 dilancarkan di Malaysia

Written by AbangNara | August 16th, 2012

Nampak tak sesuatu yang lain di wajah Anzalna kali ini? Kalau anda perasan, anda memang peminat setia Anzalna. Kalau tidak, mungkin anda perlu tingkatkan lagi usaha gigih untuk mengenali Anzalna yang comel lote ini. Cuba tengok betul-betul. Anda pasti akan perasan sesuatu yang lain.

cosmo

Kesian pulak Abang Nara melihat mata anda terkebil-kebil mencari kelainan di wajah Anzalna kali ini. Jawapannya tak lain tak bukan ialah Anzalna telah meluruskan rambutnya untuk menghiasi muka depan majalah Cosmopolitan kali ini. Abang Nara tengok Anzalna memang sesuai dengan gaya begini. Lebih anggun dan gorgeous. Tak gitu?

Written by AbangNara | May 29th, 2012

Adakah masuk akal penggunaan lip lap untuk tajuk entri Abang Nara di atas? Abang Nara tak berapa tahu baju perempuan, tetapi rasanya baju yang Neelofa pakai untuk majalah Cosmopolitan edisi Jun 2012 akan bersinar seperti lampu sekiranya keadaan gelap. Mungkin pembaca BeautifulNara yang lebih arif tentang fesyen dapat membantu Abang Nara.

cosmo neelofa

Jangan lupa untuk mendapatkan majalah Cosmopolitan Jun 2012 sekiranya anda peminat Neelofa.Kalau bukan peminat pun rasanya tak salah untuk membeli kerana banyak info lain yang boleh didapati daripada majalah ini. Tak gitu?