Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

(Video) BCL & Ashraff Sinclair

Thursday, March 11th, 2010

Kena tengok sampai habis tau utk melihat kecomelan pasangan ini…Thanks to Mimie yg telah email kami.

Juicy Couture Lock-It Dream It Bag dalam gambar kat atas tue memang nampak menarik dan tertarik. Memang sesuai kalau dipakai oleh pembaca-pembaca perempuan BeautifulNara.com. Paling best, harga beg nie pun dah murah. Dari USD 268 dah ada diskaun jadi USD 201 jer. Kalau berminat nak tengok, boleh ushar beg Juicy Couture nie kat sini.

Disebabkan beg ini hanya boleh dihantar ke alamat di Amerika Syarikat jer, time inilah penggunaan vsHub sangat-sangat berguna. Korang daftar dulu dengan vsHub untuk dapatkan alamat di US, dan nanti masa beli beg Juicy Couture tue, just letak address US yang diberi oleh vsHub nanti.

Paling best kesemua penghantaran dari US ke depan pintu rumah anda akan diuruskan oleh vsHub. Korang cuma perlu daftar vsHub, shopping beg Juicy Couture tue, isi alamat US yang diberi oleh vsHub dan tunggu beg korang sampai. Senang kan?

Kalau tak faham boleh baca entri kami pasal vsHub di sini.

(TAKZIAH)Ashraff Sinclair Masuk Hospital Sakit Usus

Friday, December 11th, 2009

ashraff sinclair

Ribuan takziah kami ucapkan kepada Ashraff Sinclair yang masuk hospital disebabkan sakit usus. Nampak gayanya agak serius sebab terus kena operate usus dia tue. Harap-harap bukan kanser usus. Sebab kanser usus nie boleh membawa kematian.

Pengalaman peribadi kami melibatkan pakcik kami yang meninggal dunia disebabkan kanser usus memang menyedihkan. Walaupun si Ashraff nie dah jadi macam orang Indonesia dan dah tak reti nak balik Malaysia, marilah sama-sama kita doakan agar dia kembali sihat.

Nasib baik ada bini yang cun melecun temankan dia kat hospital. Taklah sunyi sangat kan?

P.S: Jutaan terima kasih kepada mereka yang telah membeli tudung di ButikNara. Siap ada seorang blogger lagi buat review pasal tudung yang dia beli. Boleh baca kat review tu di sini kalau berminat. Terima kasih banyak-banyak.

(GAMBAR)Berbulan Madu Ashraff Sinclair Bunga Citra Lestari Part II

Monday, July 20th, 2009

bcl honeymoon

Kalau dalam part I gambar berbulan madu @ honeymoon Bunga Citra Lestari (BCL) dan Ashraff Sinclair banyak pose-pose seksi dan menarik dari si isteri. Kali ini dalam part II fokusnya lebih kepada suami. Asyik-asyik BCL je tak best jugak kan. Ashraff pun nak interframe jugak. Tak gitu?

Ada pembaca yang cakap tempat Bunga Citra dan Ashraff Sinclair honeymoon nie adalah Maldives. Memang nampak lawa dan menarik tempat nie. Kalau ada duit nanti kami pun nak bercadang wat bulan madu kat situlah nanti.

Lagi gambar-gambar honeymoon @ bulan madu Bunga Citra Lestari dan Ashraff Sinclair dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

(GAMBAR LAMA)Bunga Cinta Lestari Yang Menawan Hati

Wednesday, April 1st, 2009

koleksi foto bunga cinta lestari

Patutlah si Ashraff Sinclair terpikat dengan Bunga Cinta Lestari. Lawa jugak minah Indonesia ini bila make up betul-betul. Tercair sebentar kami di BeautifulNara.

Sila layan lagi koleksi foto Bunga Cinta Lestari. Siap ada satu gambar lama time dia tengah feeling kena urut. Sedap sangat kot.

Baca artikel sepenuhnya untuk lihat gambar.

(more…)

(Gambar) Filem Saus Kacang, BCL & Ashaf Sinclair

Thursday, March 26th, 2009

Tentu anda sebenarnya teringin nak tengok gambar promo filem terbaru Saus Kacang yang menampilkan pasangan suami isteri iaitu artis wanita yang dengan selamba jalan-jalan kat Ikea tapi tak pakai coli, Bunga Cinta Lestari dan lakinya, Ashraff Sinclair.

Kami  belum pegi tengok lagi filem Saus Kacang ini, jadi takleh la nak komen lebih-lebih, tapi Saus Kacang tu menurut bibik rumah jiran kami, sama macam Kuah Kacang yang kita dok makan dengan satay. Cuma namanya kalau di Indon dipanggil Saus Kacang ya Pak!

Jika anda mahu belajar cara membuat Saus Kacang dari chef Indon yang cantik, marilah ke panggung wayang berdekatan. Dengar khabarnya kutipan filem ini di Indonesia memang hebat. Kita tengok macam mana pulak kutipan kat Malaysia nanti.

Lagi gambar dari promosi filem Saus Kacang dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

(more…)