Written by AbangNara | December 7th, 2012

Nampaknya peminat Kpop Malaysia pastinya akan melonjak sakan mendengar berita gembira ini. Anugerah Muzik Kpop yang terhebat iaitu Golden Disk Awards yang ke 27 akan dianjurkan di Malaysia pada 15 dan 16 Januari 2013 bertempat di Litar Antarabangsa Sepang(SIC).

golden disk awards

Sebelum ini, Golden Disk Awards ke 26 telah dilangsungkan di Osaka, Jepun. Antara nama besar yang bakal turun Malaysia untuk membuat persembahan ialah PSY, Big Bang, Super Junior, KARA, T-ara, CNBlue, FT Island, Infinite, Girls Generation dan Beast.

golden disk awards

Acara tahunan Golden Disk Awards yang dianggap sebagai Anugerah Grammy Korea paling berprestij adalah anugerah muzik K-Pop begitu berprestij bagi pencapaian terkemuka dalam industri muzik. Jadi kalau anda seorang peminat Kpop, jangan lepaskan peluang untuk melihat acara berprestij ini dengan mata anda sendiri.

golden disk awards

Tiket-tiket berharga RM688 dan RM999 untuk kedua-dua hari acara tersebut boleh dibeli melalui www.ticketpro.com.my, info@ticketpro.com.my, atau telefon 03-78807999 mulai 9 Disember.

Written by serenity | October 29th, 2012

Demam BigBang, kumpulan K-pop dari Korea Selatan bukan saja merebak pada skala tempatan, malah kumpulan ini digilai di seluruh dunia. Kemunculan single ‘Monster’ baru-baru ini menyemarakkan lagi populariti kumpulan ini yang sememangnya tidak pernah padam sejak kemunculan mereka di persada muzik antarabangsa sejak enam tahun lalu.

Kumpulan yang dianggotai lima jejaka bernama G-Dragon, T.O.P, Taeyang, Daesung dan Seungri ini  telah mengadakan konsert pertama mereka di negara ini pada malam 27 Oktober lepas di Stadium Merdeka. Dikatakan 15,000 peminat telah membanjiri stadium dan tiket-tiket pula khabarnya sudah habis dijual awal-awal lagi.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Apa yang menarik, ahli kumpulan itu, G-Dragon telah memberitahu yang peminat-peminat di Malaysia adalah yang terbaik.

Kami sungguh terharu kerana akhirnya kami dapat sampai ke sini dan begitu gembira melihat sokongan yang sebegini hebat. Banyak-banyak tempat kami singgah setakat ini, peminat di Malaysia yang terbaik sekali.

Anggota BigBang juga dikatakan cuba untuk berbahasa Malaysia dengan menyebut: “Apa khabar?” dan “Aku Cinta Padamu” dalam persembahan mereka yang ditonton oleh para peminat yang setia memberikan sambutan dan sokongan sehingga ke akhir konsert walaupun dalam keadaan cuaca hujan yang tidak menentu.

Kami amat sukakan Malaysia. Kamu semua menakjubkan! Terima kasih tidak terhingga di atas sokongan anda seikhlasnya dari hati kami.

Saya berjanji, kami pasti akan datang semula ke sini untuk anda.

Selepas konsert di Malaysia yang menelan kos perbelanjaan RM 4 juta, BigBang akan terbang ke Amerika Syarikat (AS) dan kembali semula ke Asia untuk menyudahkan siri jelajah BigBang Alive Galaxy 2012.

BigBang Alive Galaxy Tour 2012 In Malaysia dibawakan YG Entertainment dan Live Entertainment, anjuran Running Into The Sun dengan PMP serta ditaja Samsung Galaxy. Kredit info Harian Metro dan kredit gambar pada BigBang Worldwide. Lagi 141 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

***

Pertandingan Akhir Lagu Melayu Antarabangsa 2012 akan berlangsung di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri pada 3 November 2012 (Sabtu), jam 8.00 malam. Seramai 10 orang peserta dari 10 buah negara iaitu Botswana, United Kingdom, Iraq, Korea, Nigeria, China, Nepal, Sudan, Mauritius dan  Cambodia akan bertanding bagi merebut gelaran juara dan hadiah utama iaitu wang bernilai RM 10,000.

Anda juga boleh saksikan siaran pertandingan ini secara langsung di TV2 pada tarikh dan waktu yang sama. Jangan lupa saksikannya! Maklumat lanjut, layari Facebook Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara .

 
Written by AbangNara | October 15th, 2012

Gyeah ~~ Semakin terserlah kecomelan gadis-gadis Wonder Girls ini apabila memakai baju kurng menyanyikan lagu Be My Baby sempena konsert mereka di Kuala Lumpur. Pandai sungguh mereka mengambil hati rakyat Malaysia.

wonder girls pakai baju kurung

Layankan video comel tahap Wonder Girls di bawah. Kalau bawak balik rumah untuk dijadikan menantu, pasti dapat green light. Tak gitu?

Cute gila kan? Diharap Big Bang yang bakal membuat konsert 2 minggu lagi akan memakai baju Melayu pulak. Pasti lebih awesome.

P.S: 17 gambar terjunan 128,000 kaki daripada Felix Baumgartner.

Written by AbangNara | July 13th, 2012

Sekarang ini di serata dunia semuanya sedang demam Kpop. Malaysia pun tak kurang hebatnya juga. Setiap kali ada artis Korea datang ke Malaysia, boleh dikatakan sold out jugaklah tiket-tiketnya. Paling hebat pastinya kehadiran Big Bang Ke Malaysia pada bulan Oktober nanti. Namun bagaimanakah Kpop ini bermula di Malaysia sebenarnya?

KPOP

Ketika Abang Nara sambung belajar di Korea pada tahun 2001, dunia masih tidak mengenali Korea. Samsung masih merupakan satu jenama yang dipandang rendah berbanding Sony. Drama-drama dan lagu-lagu Jepun masih kuat pengaruhnya di kalangan rakyat Malaysia. Namun segalanya bermula dengan penyebaran video klip lagu “Because I’m a girl” daripada kumpulan KISS.

Dengan melodi yang menyedihkan, lirik lagu yang menyentuh perasaan dan paling penting, video klip yang mampu mengalirkan air mata, sejarah Kpop bermula secara viral di Malaysia. Ramai yang mula tertanya-tanya tiada lagikah produk dari Korea yang sehebat lagu ini? Bermula dari sinilah masuknya drama-drama seperti Winter Sonata, Autumn In My Heart dan Stairway To Heaven.

kpop

Kemudian kemunculan idola Kpop yang bukan sahaja boleh menyanyi dan menari iaitu Rain menerusi lakonannya di dalam drama FullHouse menghangatkan lagi demam Kpop di Malaysia. Ramai gadis-gadis remaja jatuh cinta dengan lakonan Rain di dalam drama ini sekaligus mengisytiharkan Rain sebagai kekasih impian mereka.

KPOP

Perlu diingatkan ketika ini penyanyi-penyanyi berkumpulan seperti Big Bang, Wondergirls, Girl Generation, KARA dan banyak lagi masih belum sampai pengaruhnya ke Malaysia. Pada ketika ini, kira-kira tahun 2007-2008, Kpop meluaskan empayarnya terlebih dahulu menerusi eksport drama-drama mereka. Kemungkinan besar kekacakan wajah hero dan kecantikan heroin drama Korea ditambah pula dengan jalan cerita yang sedih tahap gaban menyebabkan populariti Kpop meningkat secara mendadak.

KPOP

Nantikan part II yang akan menyusul minggu depan untuk informasi selanjutnya tentang fenomena Kpop di Malaysia. Kalau anda ada informasi yang menarik, ada fakta yang ingin diperbetulkan atau ingin berkongsi pengalaman Kpop anda, sila tinggalkannya di ruangan komen di bawah.