Written by AbangNara | July 11th, 2012

Nampaknya penantian peminat-peminat Big Bang Malaysia yang dikenali dengan nama VIP telah pun berakhir. Tiket konsert Big Bang sempena BIGBANG Alive Galaxy Tour 2012 akan mula dijual pada 28 Julai 2012 tepat jam 10.30 pagi. Bersiap-sedialah anda semua di depan komputer pada saat dan ketika itu.

ticket big bang konsert

Kalau tak silap Abang Nara, tiket konsert Big Bang di Singapura telah habis dijual dalam masa 10 minit sahaja. Kemungkinan besar perkara yang sama akan turut berlaku di Malaysia ini. Tiket dijual bermula dengan harga RM98 sehingga RM688. So silalah kumpul duit kalau anda memang VIP yang sejati.

ticket big bang konsert

Tiket konsert Big Bang yang akan diadakan pada 27 Oktober 2012 di Stadium Merdeka ini boleh dibeli secara online di AirAsia RedTix dan Ticketcharge. Sila bookmark kedua-kedua website itu hari ini jugak dan letak reminder di smartphone anda.

Written by AbangNara | June 2nd, 2012

Nampaknya peminat-peminat kumpulan daripada Korea, Big Bang pasti bersorak sakan apabila kumpulan ini disahkan akan turun ke Malaysia pada 27 Oktober nanti. Konsert besar-besaran Big Bang sempena Alive Tour ini akan diadakan di Stadium Merdeka. Anda teruja?

big bang

Abang Nara masih tidak tahu bilakah jualan tiket untuk konsert ini akan dibuka. Nanti bila sudah ada informasi rasmi, Abang Nara akan update di sini. Buat masa ini, layankan lagu kegemaran Abang Nara daripada Big Bang di bawah.

P.S: Komputer Apple yang ditukar menjadi akuarium cantik.