Written by AbangNara | December 2nd, 2013

Jutaan tahniah diucapkan buat Betty Benafe dan suami yang kini telah pun bergelar ibu dan ayah dengan kelahiran puteri sulung mereka. Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Betty sendiri menerusi akaun Instagram mereka. Pastinya mereka berdua sedang berada di dalam keadaan teruja.

anak betty benafe

Dengan caption “Alhamdulillah.. Finally one happy family Insyallah.. Amin“, puteri sulung Betty Benafe ini selamat dilahirkan pada 1 Disember 2013. Daripada gambar yang dikongsikan, nampak seperti si ibu dan anak berada di dalam keadaan sihat sejahtera.

anak betty benafe

Tahniah sekali lagi buat Betty dan Dargus atas kelahiran cahaya mata mereka. Selamat menjalani kehidupan sebagai ibu dan bapa. Jaga diri dan jaga anak elok-elok. Tahniah!!!

Written by AbangNara | November 19th, 2013

Pastinya Betty Benafe dan suami, Bruce Dargus berada di dalam keadaan yang amat teruja sekarang ini. Mana tidaknya, tidak lama lagi mereka berdua akan bergelar ibu dan ayah. Teringat Abang Nara kenangan ketika isteri disahkan mengandung dahulu. Memang berdebar-debar jantung dibuatnya menunggu hari kelahiran.

maternity shoot betty benafe

Abang Nara suka dengan gambar-gambar maternity shoot yang diambil oleh SazaStudio ini. Nampak menyegarkan, tenang dan jelas terserlah kasih sayang antara pasangan suami isteri ini. Semoga dengan kelahiran anak sulung mereka kelak, maka makin rapat hubungan mereka berdua. Sama-samalah kita doakan.

maternity shoot betty benafe

Lagi beberapa keping gambar maternity shoot Betty Benafe dan Bruce Dargus dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook SazaStudio.

 
Written by AbangNara | July 15th, 2013

Alhamdulillah. Gembira Abang Nara mendengar berita kehamilan Betty Benafe ini. Pasti Betty dan suami sedang teruja menunggu kehadiran cahaya mata pertama mereka. Untuk makluman, Betty telah berkahwin dengan Bruce Darghous pada 8 Disember 2012.

betty benafe

Kata Betty kepada Sinar Harian mengenai kehamilannya:-

Saya sangat teruja menanti kehadiran anak pertama kami. Saya tak kisah jantina anak kami. Tapi saya berharap sekurang-kurangnya kami ada sepasang. Tak kisah mana satu (lelaki atau perempuan) yang dapat dulu. Setakat ini, saya tak ada muntah atau mengidam apa-apa. Cuma berat badan saya turun sampai empat kilo kerana saya tak ada selera makan dalam tempoh tiga bulan pertama itu. Tapi di awal-awal kehamilan, saya rasa panas sampai saya potong rambut pendek. Saya sedar saya hamil apabila kehamilan saya sudah dua minggu

Semoga semuanya berjalan lancar buat Betty dan Dhargous. Kepada Betty, sila jaga kesihatan anda. Jangan lupa makan banyak-banyak ketika bersahur supaya anak anda mendapat khasiat yang secukupnya. Tahniah sekali lagi atas berita gembira ini.
ryaniezP.S: Bakal berkahwin tetapi masih belum berjumpa dengan jurugambar hari bahagia anda? Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan khidmat Ryaniez Moments Photograpy.dengan harga serendah RM1111. Pasti berbaloi dengan kualiti yang mereka berikan. Info lanjut, layari Facebook Ryaniez Moments atau www.ryaniezmoments.com.

Written by AbangNara | December 14th, 2012

Abang Nara suka sungguh gambar-gambar resepsi perkahwinan Betty Benafe dan Bruce Dargus ini. Nampak ceria bangat. Paling Abang Nara suka gambar pengantin baru ini di atas cruise. Super cool kot!!!

betty

Nanti kalau ada duit lebih Abang Nara nak ajak wife gi posing gambar macam nie buat kenangan. Apa pun tahniah kepada Betty dan Bruce yang kini sudah selamat bergelar suami isteri. Semoga kebahagiaan menjadi milik anda berdua selamanya. Cepat-cepat buat anak ye!!!

betty

Lagi 27 keping gambar sekitar resepsi perkahwinan Betty Benafe dan Bruce Dargus dengan membaca entri ini sepenuhnya. Terima kasih kepada SazaStudio kerana sudi berkongsi gambar-gambar ini. Sila LIKE Facebook SazaStudio sebagai tanda penghargaaan.