Written by Bella | May 19th, 2017

Kejayaan penyanyi Yuna di Amerika Syarikat sudah cukup membanggakan kita semua. Terbaru, Yuna telah mencipta sejarah apabila menjadi penyanyi Malaysia pertama yang berjaya tercalon di dalam anugerah BET di Amerika Syarikat menerusi lagu Crush duet bersama penyanyi Hollywood terkenal, Usher.

Lagu popular tersebut disenarai dalam kategori Centric Award. Yuna turut bersaing dengan lima lagi penyanyi lain iaitu Fantasia, Kehlani, Mary J. Blige, Solange, dan SYD. Antara bintang-bintang Hollywood lain yang turut tercalon di dalam anugerah  tersebut ialah Rihanna, Beyonce, Bruno Mars dan ramai lagi.

Anugerah BET akan  berlangsung pada 25 Jun 2017  di Microsoft Theater, Los Angeles.

Sumber Berita : Astro Gempak