Written by Bella | May 30th, 2017

Hampir setiap wanita pasti mahukan seorang bakal suami yang kacak tetapi lain pula buat pelakon Elfira Loy yang menginginkan bakal suaminya tahu untuk menggunakan seterika untuk membantunya menggosok pakaian.

Mungkin ada yang terkejut dan merasa pelik mendengar perkara tersebut, tetapi Elfira sebenanrya sering menghadapi masalah ketika ingin menggosok pakaiannya.

Saya mahu berpesan kepada bakal suami supaya dapat membantu saya menggosok pakaian kerana saya mempunyai masalah menggunakannya. Itu merupakan salah satu kriteria yang perlu ada untuk menjadi pasangan saya pada masa depan.

Ermm, kalau ada lelaki yang boleh menggosok pakaian dengan sempurna bolehlah cuba untuk memikat hati Elfira. Lagipun beliau masih lagi solo dan tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa meskipun sering dikaitkan bercinta dan mesra bersama Sufian Suhaimi. Heh..

Sumber Berita : Astro Gempak

Kredit Foto : Kaki Foto

Written by Bella | May 30th, 2017

Tidak tahan dan merasa rimas kerana sering diganggu oleh invidu tidak dikenali termasuk murid sekolah, pelawak Nabil Ahmad terpaksa menukar nombor telefon bimbitnya.  Semuanya berpunca daripada nombor telefonnya yang dimasukkan dalam WhatsApp “Group UPSR”.

Saya mula syak ada yang menyebarkan nombor telefon apabila kerap mendapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Kebanyakan mereka pula adalah murid sekolah. Sudah lama saya memakai nombor itu, malah semua orang yang berurusan dengan saya tahu akan nombor itu. Mahu tidak mahu saya terpaksa juga tukar kerana mereka suka telefon tidak kira masa termasuklah tengah malam.

Saya tidak tahu siapa yang menyebarkan nombor telefon saya. Apa yang mereka lakukan sangat menyusahkan saya. Selepas menukar nombor telefon, saya terpaksa menghubungi semua rakan perniagaan dan kerja untuk memaklumkan mengenai nombor baru saya.

Malah, bukan Nabil seorang yang berdepan dengan masalah tersebut. Menurutnya, pelakon Lisa Surihani turut menerima nasib yang sama apabila nombor telefonnya turut dimasukkan dalam kumpulan WhatsApp tersebut.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | May 29th, 2017

Pelakon Fouziah Gous antara selebriti yang tidak melibatkan anaknya, Muhammad Zeeshan ke dunia komersial melalui medium media sosial mahupun rancangan realiti dan sebagainya.  Menerusi akhbar Berita Harian, Fouziah akui beliau tidak selesa untuk membawa Zeeshan menghadiri mana-mana sesi uji bakat meskipun mendapat beberapa tawaran iklan.

Memang ada tawaran yang mahu Zeeshan terbabit dalam dunia iklan namun kesibukan saya dengan bisnes membataskan masa untuk membawanya menghadiri sesi uji bakat. Saya juga tidak rajin, malah jika ada sesi penggambaran, saya lebih selesa ia dibuat di rumah kerana mudah.

Saya menghormati keputusan selebriti yang terbuka mendedahkan anak mereka dalam dunia komersial. Saya tiada masalah kerana itu rezeki mereka. Biarlah nanti Zeeshan memilih minatnya sendiri.

Setiap selebriti mempunyai pandangan berbeza mengenai anak mereka menceburi bidang komersial. Ada yang menganggap ia sebagai rezeki dan ada yang lebih gemar untuk membiarkan anak mereka hidup secara normal seperti kanak-kanak lain tanpa memikirkan kesibukan mengejar kerja yang ditawarkan.

Sumber Berita : Berita Harian

Written by Bella | May 19th, 2017

Baru sahaja berkahwin dengan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada 30 April lepas, pelakon Juliana Evans akui beliau tidak mahu terburu-buru menimang cahaya mata dan ingin bermanja bersama suami tercinta dahulu.

Saya bukanlah mahu merancang, tetapi rasanya kami takkan menimang cahaya mata dalam masa terdekat. Saya mahu melayari hidup berdua dengan suami dulu, kemudian barulah boleh fikirkan soal anak. Lagipun, kami baru saja berkahwin, jadi biar stabil dulu semua fasa yang sedang dilalui sekarang.

Dalam pada itu, Juliana yang bernikah secara tertutup sebelum ini di Shah Alam memberitahu beliau dan suami bakal mengadakan majlis resepsi secara besar-besaran pada bulan Oktober depan.

Juliana mahu mengundang lebih banyak tetamu berbanding hari pernikahan beliau termasuklah rakan media.

Sumber Berita : BH ONLINE