Written by Bella | July 11th, 2017

Bakal bernikah dengan Dr Izzar pada 3 Ogos depan, pelakon Ummi Nazeera memberitahu beliau menolak tajaan perkahwinan yang lain dan hanya menerima satu tajaan sahaja iaitu berinai. Ummi bukanlah ingin menolak rezeki yang diberikan sebaliknya tidak mahu menerima tajaan pada perkara yang dirasakan tidak perlu.

Bukan tak ada yang nak menaja sebaliknya ramai berminat untuk tujuan itu, namun saya hanya terima satu tajaan sahaja iaitu berinai. Bukan tolak rezeki tetapi saya rasa hanya berinai yang saya perlukan sementara untuk persiapan lain, saya dan keluarga boleh uruskan sendiri, InsyaAllah,

Saya berdebar bukan kerana memikirkan soal persiapan majlis sebaliknya berdebar kerana bakal bergelar seorang isteri. Tidak perlulah saya mengulas lanjut tentang perkara itu.

Dalam pada itu, Ummi dan Izzar merancang untuk berbulan madu di dua lokasi iaitu Sabah dan Switzerland selepas selesainya majlis resepsi ketiga perkahwinan mereka yang bakal berlangsung di Dewan Banquet FELDA pada 12 Ogos depan.

Untuk makluman anda, Ummi dan Izzar mengikat tali pertunangan pada 11 Disember 2016 di kediaman keluarga pihak perempuan selepas beberapa bulan berkenalan.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | July 6th, 2017

Bakal melangsungkan pernikah pada 3 Ogos ini, pelakon Ummi Nazeera sudah mula mengedarkan kad undangan perkahwinannya. Ummi turut berkongsi foto kad tersebut dengan peminatnya di Instagram.

Reka bentuk kad tersebut yang cukup klasik dan eksklusif yang memaparkan foto ketika beliau dan Mr I bertunang mendapat pujian daripada netizen. Buat mereka, rekaan kad tersebut cukup ringkas tetapi tetap kelihatan cantik.

Pada masa yang sama, mereka juga mendoakan agar majlis perkahwinan Ummi nanti berjalan dengan lancar dan semoga beliau dan bakal suami berbahagia.

Difahamkan, Ummi dan Mr I bakal bernikah dalam satu majlis tertutup dan hanya akan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja bertempat di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Written by Bella | April 21st, 2017

Seperti yang dijanjikan, hari ini pelakon Ummi Nazeera mengumumkan beliau bakal bernikah dengan tunangnya, Dr Izzar pada 3 Ogos depan.

Ummi membuat pengumuman tersebut menerusi Instagram Live dan juga menerusi kapsyen di akaun Instagramnya. Menurut Ummi, majlis itu akan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak sahaja.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk makluman semua sahabat handai dan rakan taulan yang Ummi kasihi.  InsyaAllah dengan izin Allah swt, majlis Ijab Qabul Ummi dan Dr Izzar akan diadakan pada 3hb Ogos 2017 bersamaan 10hb Zulkaedah 1438 Hijriah. Majlis ini akan diadakan secara tertutup dan hanya akan dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja.

Majlis Resepsi sebelah Ummi akan diadakan sebanyak dua kali iaitu pada 5hb Ogos 2017 bersamaan 12hb Zulkaedah 1438 Hijriah dan pada 12hb Ogos 2017 bersamaan 19hb Zulkaedah 1438 Hijriah. Kad jemputan akan akan mula diedarkan pada bulan Jun kelak.

Ummi berdoa agar semua urusan yang dirancang berlangsung dengan lancar dan dimudahkan Illahi. Amin Ya Rabbal Alamin.

Terdahulu, Ummi dan Dr Izzar mengikat tali pertunangan juga dalam sebuah majlis tertutup pada 11 Disember 2016.  Mereka berkenalan selepas diperkenalkan oleh keluarga masing-masing.

Written by Bella | April 18th, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon cantik manis, Ummi Nazeera yang bakal melangsungkan perkahwinan bersama tunangnya, Dr Izzar sekitar bulan Ogos depan. Berita gembira tersebut diumumkan oleh Ummi sendiri menerusi akaun Instagramnya.

Ummi akan memberitahu tarikh sebenar majlis akad nikah dan resepsinya pada Jumaat ini. Menurut Ummi, bulan tersebut juga merupakan bulan kelahiran beliau dimana Ummi akan genap berusia 27 tahun pada 20 Ogos depan.

Saya dan juga tunang saya Dr. Izzar akan mengumumkan tarikh akan berlangsungnya pernikahan dan resepsi kami berdua pada hari Jumaat ini. Don’t book anything yet ya! We have chosen the month of August which is the month of our birthday to complete half of our deen in shaa Allah. Banyak dugaan bila bertunang ni haha! Doa ya!

Semoga segala persiapan perkahwinan Ummi Nazeera dan pasangan akan berjalan dengan lancar. Kami mendoakan agar perkahwinan yang bakal dibina tidak lama lagi kekal sehingga ke syurga.