Written by AbangNara | March 26th, 2015

15 Mei bakal menjadi tarikh bersatunya Lana Nodin dan kekasih hatinya, David McKeinzie atau nama Islamnya, Mohd Daud McKeinzie. Untuk makluman, bakal suami Lana telah pun memeluk Islam pada 5 Disember tahun lalu. Kalau buat kiraan kasar, tak sampai 2 bulan pun lagi tarikh pernikahan tersebut. Menurut Lana yang kini berusia 35 tahun, dia tidak mengimpikan gelaran ‘wedding of the year’ sebaliknya hanya mahu cepat-cepat menghalalkan hubungannya dengan Daud.
lana nodin Bukan senang mahu berjumpa dengan perempuan seperti Lana Nodin yang hanya mahukan perkara wajib dilakukan. Selalu kalau orang nak kahwin, kena bertunang dulu, buat malam berinailah, lepas itu nikah, lepas itu resepsi dan macam-macam lagi. Abang Nara respek dengan keputusan Lana ini. Dapat jimat duit dan paling penting, hubungan dah halal dan boleh ikut suami ke mana-mana. Kata Lana:-

Saya tak berangan nak kan Wedding of the Year tapi saya berangan nak cepat-cepat nikah. Perempuan mana yang tak impikankan majlis perkahwinannya macam ‘Wedding of the Year’. Tapi dalam waktu yang singkat sebelum majlis perkahwinan kami nanti, rasanya memang sukar untuk mengadakan majlis seperti itu.

Bagi saya, biar cepat halalkan dulu perhubungan kami. Jadi selepas kahwin nanti, saya boleh mengikuti David yang akan menyertai kejohanan bola tampar di Amerika. Saya akan berada di sana selama dua hingga tiga bulan untuk memberi sokongan moral semasa dia menyertai kejohanan itu. Semasa di sana nanti, kami juga boleh berbulan madu sekali.

lana nodin Tentu seronok dapat berbulan madu di Amerika Syarikat sambil melihat suami beraksi di atas gelanggang bola tampar. Tahniah kepada Lana dan Daud kerana mendahulukan perkara yang wajib. Nanti dah tak sibuk bolehlah buat majlis resepsi dan sebagainya. Tak sabar nak tunggu tarikh 15 Mei ini. Pasti Lana Nodin akan kelihatan cantik berseri-seri seperti bidadari di hari bahagianya. Sama-samalah kita doakan semuanya berjalan lancar. Sumber ManggaOnline.