Written by AbangNara | March 30th, 2013

Zaquan Adha telah pun berkongsi gambar putera sulungnya hasil perkahwinan dengan Ayu Raudhah menerusi akaun Twitternya. Sangat-sangat comel. Sekali pandang macam muka Zaquan pun ada. Tahniah diucapkan atas kehadiran cahaya mata ini.

gambar anak ayu raudhah

Turut sama hadir untuk menyambut kehadiran ahli keluarga baru mereka ini ialah kembar Zaquan, Aidil Zafuan. Pasti Aidil pun teruja untuk mendapat anak buah.

gambar anak ayu raudhah

Semoga si comel ini akan membesar dengan sihat dan sempurna. Tahniah diucapkan buat Ayu Raudhah dan Zaquan sekali lagi. Selamat berjaga malam menjaga si comel anda.

P.S: Parody Teman Pengganti.

Written by AbangNara | March 29th, 2013

Selain daripada Irma Hasmie dan Redza, hari ini juga merupakan hari gembira buat pasangan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha. Kira-kira jam 2.17 petang tadi, Zaquan telah berkongsi berita gembira yang isterinya telah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

gambar anak ayu raudhah

Ayu Raudhah telah melahirkan putera sulungnya ini di Hospital Columbia Asia di Johor. Jutaan tahniah diucapkan buat mereka berdua. Cepat-cepatlah kongsi gambar si comel anda. Pasti ramai yang tak sabar untuk melihat.

Written by AbangNara | March 22nd, 2013

Selain daripada Fasha Sandha dan Irma Hasmie, Ayu Raudhah merupakan salah seorang selebriti yang bakal bergelar ibu buat pertama kali dalam masa terdekat ini. Berkata kepada portal Murai, Ayu Raudhah memaklumkan yang dia bakal bersalin pada 29 Mac ini. Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi.

anak ayu raudhah

Pastinya Ayu dan Zaquan sedang berdebar-debar menunggu detik bahagia ini. Daripada hasil “scan“, jantina bayi pasangan ini ialah lelaki. Kata Ayu Raudhah:-

Insya Allah saya akan melahirkan bayi lelaki saya ini secara normal di Hospital Columbia Asia di Johor kerana Zaquan akan menjalani latihan bola semua disini. Cuma, perasaaan saya ketika ini bercampur baur. Yelah, bila dah nak dekat saat melahirkan ini, rasa takut ada dan teruja pun ada, bila nak lihat bayi pertama saya keluar. Tapi saya berdoa agar semuanya akan berjalan dengan lancar dan selamat.

anak ayu raudhah

Yang menariknya, Zaquan turut sama teruja dengan kelahiran ini sehingga sudah pun membeli beberapa baju jersi bola sepak. Teringat Abang Nara dulu pun buat perangai serupa. Kata Ayu lagi:-

Semua barang-barang keperluan termasuk bajunya kami sudah siapkan. Malah kami bersama-sama menghias bilik tidurnya. Bahkan, saya lihat Zaquan pula yang paling bersemangat dalam memilih baju dan kasut anak kami nanti. Dia banyak memilih baju-baju bola. Malah kasut pun sudah banyak dibelinya walaupun terpaksa tunggu anak kami berusia setahun. Saya gembira melihat keterujaannya.

Semoga segalanya akan berjalan lancar buat Ayu apabila tiba masanya nanti. Semoga anak yang lahir sihat tubuh badan dan akan membesar dengan sempurna. Sama-samalah kita doakan.

Written by AbangNara | September 24th, 2012

Lega hati Abang Nara apabila membaca berita ini. Akhirnya tamat sudah persengketaan di antara Ayu Raudhah dan Rita Rudaini. Rasanya ramai yang sudah cukup muak dengan pergaduhan yang timbul di antara mereka berdua dan berdoa agar ianya dapat segera ditamatkan.

ayu raudhah

Berkata kepada wartawan Kosmo, Ayu Raudhah berkata:-

Saya anggap apabila dia (Rita) tidak mahu jumpa saya untuk berbincang, isu ini selesai. Lagipun dia cakap tulisannya di Twitter tiada kaitan dengan saya. Saya hormati pendiriannya untuk tenang bersama anak-anaknya. Begitu juga saya. Harap tiada apa-apa yang berkait lagi.

Kan bagus kalau macam ini. Abang Nara berharap agar kedua-duanya tidak lagi mengeluarkan statement yang boleh memburukkan keadaan. Lebih baik kedua-duanya beri tumpuan kepada keluarga. Ayu Raudhah tak lama lagi pun nak bergelar seorang ibu. Daripada stress memikirkan hal ini, lebih baik berehat menenangkan minda. Tak gitu?
P.S: Bas mewah yang confirm tak ada kat Malaysia.