Written by Bella | June 7th, 2017

Ayda Jebat pernah mengakui tidak kisah gosip percintaannya bersama Redza Rosli terus diperkatakan. Namun, ia tidak bermaksud hubungan rapat yang terjalin membawa makna mereka sedang bercinta.

Mungkin kerana saya quite charming (ketawa), mungkin sebab saya friendly, still single dan berlakon dengan orang yang gandingannya juga masih single, jadi orang kaitkan kami bercinta.

Apa yang boleh saya katakan, hubungan saya dengan Redza memang baik dan bagi saya dia seorang lelaki yang baik dan lebih layak mendapat perempuan yang lebih baik. Bukan bermaksud saya tak baik, tapi mungkin tidak cukup baik untuknya.

Sejujurnya, Ayda berharap kisah cintanya yang sering dimainkan itu melebihi karier nyanyian dan lakonannya. Dalam erti kata lain, Ayda mahu orang mengenalinya kerana karier beliau dan bukanlah gosip cinta semata-mata.

Sumber Berita : Sinar Harian

Written by Bella | May 30th, 2017

Apabila Ayda Jebat mula rapat dengan pelakon Redza Rosli, ada pihak mengatakan Ayda sengaja memberi harapan kepada penyampai radio ERA fm yang sebelum ini dikatakan bercinta dengan beliau. Ia menampakkan Ayda seakan membuatkan Radin kecewa dengan hubungan rapat Ayda dan Redza.

Walaubagaimanapun, Ayda menjelaskan beliau dan Radin tidak pernah bercinta dan seharusnya isu kekecewaan tidak harus timbul.

Saya tidak pasti perkataan kecewa itu sebab saya dengan dia tidak pernah bercinta. Saya tidak tahu jika ada orang kata Ayda tinggalkan Raden sebab Redza. Saya rasa dia tidak kecewa sebab kami hanya berkawan.

Berbicara mengenai hubungannya bersama Redza, Ayda yang sebenarnya sudah mengenali pelakon lelaki itu sejak lima tahun lepas tidak mempunyai sebarang perancangan untuk ke fasa yang lebih serius bersama Redza.

Saya kenal dia sudah lama sejak lima tahun lalu tetapi bila dia menjadi hero dalam drama kami berlakon bersama, kami habiskan masa bersama. Kami berkawan macam biasa seperti dahulu tetapi di set penggambaran sekarang berjumpa hari-hari, itu saja. Saya tidak mahu bercakap lebih tentang hal peribadi kerana saya tidak tahu lepas ini saya akan berkawan dengan siapa. Buat masa ini kami berkawan lagi.

Ayda dan Redza semakin mesra  selepas menjalani penggambaran bersama dalam drama Ku Kirim Cinta.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Written by Bella | May 19th, 2017

Ketika ini, pelakon Ayda Jebat sedang hangat dikatakan bercinta dengan seorang pelakon lelaki yang agak kacak iaitu Redza Rosli. Kalau anda lihat, mereka ini sering tersipu malu bila bersama di dalam majlis hiburan tetapi pada masa yang sama wujud juga kemesraan antara mereka berdua.

Ayda juga memberitahu beliau tidak kisah digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan Redza. Bagi Ayda, perkara seperti ini sudah menjadi lumrah kehidupan seorang artis dan menerima dengan hati yang terbuka meskipun timbul dakwaan sesetengah pihak kononnya dia seolah-olah sengaja menjual kisah cinta.

Kalau boleh memang saya tidak mahu dianggap menjual kisah cinta tapi benda ni datang sendiri. Misalnya, produksi atau stesen TV beri gambar babak lakonan saya dan hero saya untuk saya buat promo di laman soaial. Dan gambar tu pula nampak nampak sweet, jadi apabila saya muat naik di Instagram terus orang ingat saya bercinta dengan dia.

Saya tak boleh lari dari persepsi itu sebab kalau kita single dan dapat pula hero single, memang orang tetap kaitkan.

Kata orang, mula-mula berkawan dahulu selepas itu mungkin akan timbul rasa cinta di dalam hati. Apa-apa pun, kami mendoakan yang terbaik buat Ayda dan Redza.

Sumber Berita : Malaysian Digest

Written by Bella | May 16th, 2017

Redza Rosli dan Ayda Jebat kini sedang mendapat perhatian ramai kerana kemesraan mereka. Ramai peminat yang mendoakan hubungan teman tapi mesra mereka menjadi hubungan percintaan.

Menerusi portal BH PLUS, Redza mengakui beliau tidak menolak jika beliau ditakdirkan mempunyai jodoh bersama Ayda. Buat masa ini, Ayda sahaja wanita yang paling rapat dengan beliau.

Ditanya adakah beliau mempunyai perasaan cinta terhadap Ayda, Redza bagaimanapun enggan menjelaskannya dengan lebih lanjut dan biarlah beliau memendam setiap perasaan terhadap Ayda.

Kalau bercinta pun apa salahnya. Saya senang bekerja dengannya. Begitupun saya tidaklah mengatakan rakan sebelum ini tak bagus. Ayda banyak membantu memudahkan kerja lakonan saya. Malah dia banyak mengubah pergaulan saya. Malah dialah wanita yang rapat dengan saya saat ini.

Saya jarang memuat naik gambar bersama perempuan di laman sosial. Jadi bila tiba-tiba saya kerap berkongsi gambar dengan Ayda ada yang mengandaikan kami bercinta. Kalau ditanya andai saya bercinta dengannya, biarlah saya simpan saja perasaan itu.

Kalau ada jodoh tidak kemana, kalau dah rapat dan rasa sesuai juga janganlah tunggu lama-lama. Tidak salah untuk mencuba bukan?

Sumber Berita : BH PLUS