Written by serenity | November 8th, 2012

Nampaknya Anugerah Skrin 2012 menjanjikan kelainan tahun ini dengan tema fantasinya. Dan debarannya kian terasa kerana akan berlangsung esok. Anugerah Skrin 2012 telah mengangkat ‘Selami Dunia Fantasi Kami’ (Fairy Tale) sebagai konsep, akan berlangsung pada 9 November 2012 (Jumaat) bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dari jam 9.00 malam hingga 11.30 malam.

Apa yang menarik, promo untuk Anugerah ini diadakan secara video bersiri, dan menampilkan si jelita Neelofa yang kelihatan seperti seorang puteri, pelakon kacak yang sedang hangat di pasaran iaitu Aiman Ridza sebagai jejaka idaman, dan pengacara yang tidak asing lagi iaitu Awal Ashaari.

Pastinya ramai yang ternanti-nanti untuk menyaksikan sendiri magika fantasi Anugerah Skrin 2012 yang turut akan disiarkan secara langsung di TV3. Secuit mungkin dari magika itu boleh anda saksikan di promo ini. Kredit gambar We Love Neelofa.

 

Written by AbangNara | October 19th, 2012

Memang gosip yang menyatakan Scha dan suaminya, Awal terlibat di dalam pencurian barang bernilai RM2,000 amatlah tidak logik sekali. Rasanya Scha dan Awal masing-masing mempunyai wang simpanan yang cukup dan tidak perlu mencuri untuk mendapatkan sesuatu. Memang tak masuk dek akal gosip yang dibuat ini.

scha dan awal mencuri

Entah siapa yang menyebarkan berita Awal dan Scha membawa keluar barangan bernilai RM2,000 ketika menghadiri majlis pembukaan gedung terkemuka itu baru-baru ini. Setakat RM2,000 tue, rasanya Scha dan Awal boleh pejam mata swipe credit card je. Kata Scha kepada Mstar Online.

Saya pening sebenarnya. Ada yang mengatakan saya yang mencuri pakaian jenama itu dan ada yang kata Awal yang melakukan perbuatan itu. Walaupun saya tahu untuk orang mempercayai penjelasan saya sangat sedikit, tetapi saya mahu katakan bahawa saya tidak melakukan perkara terkutuk itu, tidak mungkin. Perkara ini benar-benar membuatkan saya tertekan kerana nama saya sudah tercalar.

Sabar jerlah Scha. Dunia ini macam-macam. Tak mencuri dikatanya mencuri. Yang penting kita memang tak buat benda-benda itu. Lagipun pihak gedung membeli-belah tue pun dah sahkan memang tiada kecurian di malam itu. Jadi tak perlu nak risau. Anda memang bersih dan suci daripada tuduhan tak logik ini.

P.S: Wajah ketakutan melihat hantu.

Written by AbangNara | October 17th, 2012

Salah satu acara tahunan yang ditunggu-tunggu oleh peminat hiburan Malaysia ialah Anugerah Skrin. Anugerah Skrin 2011 menyaksikan kehebatan Rozita Che Wan menjadi pengacara buat pertama kalinya. Tahun ini, Awal Ashaari dan Neelofa telah dipilih untuk mengendalikan acara gilang-gemilang ini.

neelofa dan awal

Keupayaan Awal Ashaari dan Neelofa sepatutnya tidak perlu dipertikaikan lagi. Awal Ashaari setiap minggu mengacarakan rancangan Melodi sementara Neelofa pula berganding bahu dengan Fafau untuk rancangan Nona. Gabungan kedua-dua pengacara ini pastinya akan menggamatkan lagi suasana ASK2012 kelak.

neelofa dan awal

Yang menariknya, tema Anugerah Skrin 2012 kali ini ialah “fairytale”. Pasti artis-artis wanita akan bergaya cukup-cukup kali ini. Diharap pihak penganjur menetapkan “dress code” supaya tiada tragedi artis wanita terlampau seksi dengan pakaian mereka. Apa pendapat anda tentang ASK2012 kali ini?

P.S: Dah LIKE Facebook BeautifulNara? Jangan lupa LIKE sebab banyak info menarik di sana.

Written by AbangNara | August 23rd, 2012

Abang Nara sebenarnya tertanya-tanya apa perasaan menjadi saudara mara, sepupu sepapat atau pakcik kepada selebriti-selebriti popular seperti Scha Al Yahya, Juliana Evans dan Lisa Surihani. Pastinya masing-masing sibuk nak bergambar dengan mereka. Yang penting, kemeriahan raya pastinya lebih terasa sekiranya mereka pulang ke kampung. Tak gitu?

awal raya

Kalau anda ada sedara mara yang bergelar selebriti, silalah tulis di ruangan komen tentang hari raya anda. Mana tahu ada berbeza dengan kami semua. Lagi 8 keping gambar selebriti di hari raya dengan membaca entri ini sepenuhnya. Enjoice ~~