Written by serenity | November 20th, 2012

Di petang hari ini apa kata kita layan gambar-gambar majlis pelancaran koleksi fesyen Ratu yang direka oleh Ezuwan Ismail. Koleksi ini dilancarkan pada 10 November lepas dalam sebuah majlis di Hotel Royal Chulan, oleh seniwati lakonan yang tidak asing lagi, Dato’ Dr. Sarimah Ahmad.

Photobucket
Photobucket
Antara yang turut memeriahkan majlis pada malam tersebut ialah duta Ratu iaitu Wilma Muhammad, serta artis-artis seperti Adibah Noor, Fouziah Ghous, Tasha Shila, Anzalna Nasir, Marsha Londoh, Julia Ziegler, Sharifah Sakinah dan selebriti Leuniey Natasha. Misha Omar dan Noryn Aziz turit membuat persembahan pada malam tersebut, manakala juruacara majlis ialah Irma Hasmie dan pengacara TV Al-Hijrah, Amin Idris.

Boleh dikatakan koleksi Ratu rekaan Ezuwan memang menarik kerana fesyennya yang sopan dan moden serta menarik. Fabrik yang digunakan pula ialah dari jenis sifon dan lycra dan dihiasi dengan batu-batu jemeki yang menyerlahkan lagi rekaannya.

Ratu by Ezuwan Ismail bakal dijual pada harga antara RM300 hingga RM350 sepasang di 15 lokasi terpilih seluruh negara yang terlibat dalam jualan khas koleksi tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila ke Facebook Ratu. Kesemua gambar boleh anda lihat dengan membaca entri in sepenuhnya.

 
Written by serenity | August 5th, 2012

Mungkin ramai di kalangan anda yang pernah membaca novel tulisan Aisya Sofea, iaitu Adam dan Hawa. Novel ini telah diadaptasikan dalam bentuk drama dan kini sedang menunggu masa tayangan saja. Dikhabarkan drama ini akan ditayangkan hanya di Astro Mustika HD mulai 27 Ogos, Isnin hingga Jumaat jam 9.00 malam.

Watak utama untuk drama ini iaitu Adam Mukhriz dilakonkan oleh pelakon kacak yang tidak asing lagi dengan magika telenovelanya iaitu Aaron Aziz, bergandingan dengan Nadiya Nissa yang melakonkan watak Ain Hawani. Turut membintangi drama ini ialah bekas peserta Dewi Remaja 2010 iaitu Anzalna Nasir yang melakonkan watak Dee, serta pelakon-pelakon seperti Puteri Sarah Liyana, Lydiawati dan lain-lain. Drama ini diarahkan oleh Feroz Kader dan ada 80 episod kesemuanya.


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Difahamkan juga yang pelakon-pelakon yang membintangi drama ini dipilih sendiri oleh penulis novelnya iaitu Aisya sofea. Lagi 45 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar, Facebook Adam dan Hawa.

 
Written by AbangNara | March 27th, 2012

Lama tak mendengar cerita tentang salah seorang jejaka kacak di dunia hiburan Malaysia iaitu Fizo Omar. Selalu kalau ada cerita mengenai Fizo pun time puasa dan raya. Sebabnya tak lain tak bukan kerana Fizo kan ada jual serunding Fizo Omar yang sungguh lazat. Jarang sungguh kita mendengar gosip percintaan Fizo Omar ini. Namun sebentar tadi Abang Nara ada menerima satu email yang mengepilkan 2 gambar Fizo Omar bersama Diana Nasir.

fizo omar dan diana nasir

Untuk makluman, Diana Nasir adalah kakak kepada Anzalna Nasir, salah seorang peserta Dewi Remaja yang semakin popular sekarang ini. Abang Nara tengok Fizo dan Diana ini memang sama cantik sama padan. Namun tak tahulah pulak apa hubungan mereka berdua. Mungkin sekadar kawan.

fizo omar dan diana nasir

Namun Abang Nara dapat rasakan aura percintaan apabila membaca tweet-tweet Diana Nasir. Antara contohnya seperti di bawah:-

fizo omar dan diana nasir

Mungkin tanda “love” di atas adalah sekadar suka-suka. Maklumlah dunia twitter kan banyak dengan perkara yang agak mengarut. Namun bagi Abang Nara tak salah pun kalau Fizo betul-betul bercinta dengan Diana Nasir. Sampai bila nak membujang kan? Tak gitu?