Written by Bella | July 10th, 2017

Tidak dinafikan hampir semua wanita pasti ingin tampil lebih anggun dan berkasut tumit tinggi ketika majlis raja sehari mereka, tetapi lain pula buat pelakon Anis Al- Idrus yang selesa memakai kasut sneakers ketika majlis akad nikahnya yang berlangsung baru-baru ini. Meskipun menerima pelbagai kritikan daripada netizen, Anis nampaknya enggan terlalu mengambil pusing mengenai isu tersebut.

Saya sebenarnya pakai baju kurung pun guna sneakers. Saya pakai kasut begini kerana nak selesa, sebab kalau pakai ‘heels’ mesti jatuh. Saya ingatkan kasut ini tidak kelihatan maklumlah dah tertutup dengan busana, rupanya nampak juga.

Tak terlintas langsung nak jadi pengantin viral atau pun sengaja tarik perhatian orang. Tak kisahlah apa orang nak kata yang penting saya selesa dan majlis pun dah selesai. Alhamdulillah.

Sebenarnya, Anis pernah mengalami situasi yang agak memalukan ketika memakai kasut tumit tinggi sebelum ini.  Tidak mengapalah jika ada yang mengkritik, apa yang penting kita merasa selesa dengan apa yang dipakai. Tak gitu?

Sumber Berita : Astro Gempak

Kredit Foto : kaki5photo

Written by Bella | July 8th, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Anis Al-Idrus yang sudah selamat diijabkabulkan dengan cinta hatinya, Mohd Rafzan dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di Shah Alam malam semalam.

Anis dan Mohd Rafzan kelihatan manis dan kacak dalam persalinan sedondon berwarna putih.  Pihak perempuan menyerahkan lima dulang hantar berbalas tiga dulang hantaran daripada pihak lelaki. Anis turut menerima satu set barang kemas sebagai mas kahwin. Walaubagaimanapun, pasangan ini memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran perkahwinan.

Pasangan pengantin dinikahkan oleh bapa Anis sendiri iaitu Syed Zainal Syed Abu Bakar Al-Idrus, di hadapan Imam dan jurunikah Masjid Al-I’tisam TTDI Jaya, Ustaz Mohd Fairus Shuaib, kira-kira jam 9.40 malam.

Syukur akhirnya semua dipermudahkan dan doakan agar kami terus bersama di dunia dan akhirat. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan memeriahkan majlis sederhana kami.

Sekali lagi kami ucapkan tahniah kepada Anis dan suaminya. Semoga perkahwinan mereka kekal sehingga ke akhir hayat.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : kaki5photo

Written by Bella | May 31st, 2017

Baru-baru ini, pelakon Anis Al Idrus telah mengadakan satu sidang media khas bagi mengumumkan tarikh perkahwinannya yang bakal berlangsung pada 7 Julai depan. Walaubagaimanapun, netizen mempertikaikan foto-foto sewaktu sidang media tersebut dimana Anis dikatakan bergambar terlalu “intim” serta mesra bersama tunangnya.

Tidak mahu isu tersebut terus berpanjangan, Anis menjelaskan foto-foto tersebut diambil secara spontan. Anis turut meminta maaf sekiranya “aksi” mesra  beliau itu mengundang rasa tidak selesa dikalangan masyarakat.

Terlebih dahulu saya minta maaf sekiranya gambar-gambar tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang peminat. Gambar tersebut diambil secara spontan kerana usikan manja daripada jurugambar. Lagipun saya sudah terbiasa dengan sesi fotografi sebelum ini. Macam Aiman, dia tidak pernah terlibat dengan dunia seni jadi dia agak takut-takut dan kaku.

Harapnya dengan penjelasan serta permohona maaf Anis ini, tiada lagi pihak yang terus membangkitkan isu tersebut. Biasalah, ketika bergambar kadang-kadang kita tidak perasan apa yang dilakukan.

Sumber Berita : Utusan Online

Kredit Foto : kaki5photo

Written by Bella | May 24th, 2017

Semalam, pelakon Anis Al Idrus menerusi satu sidang media khas mengumumkan beliau bakal bernikah dengan Aiman Rafzan pada 7 Julai depan. Untuk pengetahuan anda, bakal suaminya itu sebenarnya seorang duda anak satu. Walaubagaimanapun, Anis sedikit pun tidak kisah dengan status bakal suaminya itu dan mengakui sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada anak lelaki Aiman.

Saya tidak kisah dengan status dia sebagai duda dan sudah mempunyai seorang anak, malah anak dia juga sudah boleh menerima saya sebagai ibu. Saya terima dia seperti mana dia menerima saya seadanya. Lagi pula dia berjaya buka hati saya untuk memikirkan tentang masa depan.

Atas permintaan keluarga saya majlis ini berlangsung secara sederhana yang hanya dihadiri 350 orang tetamu. Keluarga juga tidak mahu ada perarakan atau persandingan.

Jadi, majlis itu nanti cuma akad nikah dan makan-makan sahaja, tapi ada pelamin untuk tetamu bergambar. Bukan apa, keluarga kami memang jenis yang tidak adakan majlis resepsi besar-besaran. Saya jemput kawan-kawan dan media yang rapat, serta beberapa rakan artis yang baik dengan saya sahaja.

Terdahulu, Anis dan Aiman mengikat tali pertunangan pada 24 Mac lepas dalam sebuah majlis tertutup. Semoga perancangan mereka untuk ke jinjang pelamin berjalan lancar.

Sumber Berita : mStar Online