Written by AbangNara | August 18th, 2012

Di kala semua manusia bergembira menyambut ketibaan Syawal, nampaknya Rini dan suami diberi ujian yang sangat hebat. Setelah dimasukkan ke wad ICU akibat lemas, anak sulung perempuan Rini AF, Maryam Joanna telah disahkan meninggal dunia pada 16 Ogos.

anak rini af meninggal dunia

Berita kematian ini telah disahkan oleh Isma AF yang telah melawat jenazah. Menurut Isma, Rini AF kelihatan tenang dan redha dengan pemergian anak sulungnya. Sesungguhnya ini merupakan satu dugaan dan cabaran yang pastinya sangat besar kepada Rini dan keluarga.

anak rini af meninggal dunia
Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada anak Rini AF, Maryam Joanna. Semoga mereka akan ditemukan nanti di syurga kelak. Amin.

Written by AbangNara | August 15th, 2012

Sedihnya Abang Nara mendengar perkhabaran ini. Selepas gembira selamat melahirkan cahaya mata sulungnya baru-baru ini, anak Rini AF terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan selepas lemas akibat jatuh katil. Bayi yang diberi nama Maryam Joanna ini telah dilahirkan secara pembedahan dengan berat 4.25kg.

bayi rini af

Maryam Joanna kini berada di Hospital Kajang dan menggunakan alat bantuan pernafasan. Bercerita tentang tragedi ini, Rini berkata kepada portal Murai:-

Saya betul-betul sedih kerana anak saya kini berada dalam keadaan kritikal di hospital Kajang. Baby saya tidak sedarkan diri dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan. Pada malam saya pulang ke rumah dari hospital (10 Ogos), saya menyusukan dia kemudian meletakkan dia di atas katil. Apabila bangun pagi, baru saya sedar anak saya sudah terjatuh di tilam yang berada di sebelah bawah. Waktu itu, saya dapati anak saya sudah lemas dan tidak sedarkan diri. Alhamdulillah, sekarang saya sudah okay walaupun sebelum ini saya seakan tidak boleh menerima hakikat apa yang berlaku.

Abang Nara berharap agar Rini dan suami tabah menghadapi dugaan yang besar ini. Sama-samalah kita doakan agar anak Rini akan sembuh dan kembali sihat seperti sediakala. Moga-moga dapat discharge awal untuk sambut Hari Raya bersama-sama. Amin~~