Written by AbangNara | August 6th, 2014

Bila tengok gambar Ashraf Muslim dan kedua-dua isterinya beserta anak sulung, Abang Nara terus terasa nak menyanyi lagu ‘Keluarga Bahagia’ nyanyian kumpulan Saujana. Seronok tengok mereka. Senyuman sentiasa terukir. Kebahagiaan yang dicari sudah pun ditemui. Lagi seronok bila tengok mereka sangat gembira di Aidilfitri. Semoga kebahagiaan ini akan terus menjadi milik Ashraf Muslim sekeluarga.

ashraf muslim keluarga

Rasanya sudah tiada lagi yang memandang serong terhadap Ashraf Muslim selepas episod hitam yang pernah menjadi kontroversi suatu ketika dahulu. Ashraf Muslim telah membuktikan yang dirinya mampu membahagiakan kedua-dua isterinya. Tahniah Ashraf Muslim. Semoga semakin dimurahkan rezeki dan dikurniakan cahaya mata yang ramai.

ashraf muslim keluarga

Lagi beberapa gambar keluarga bahagia Ashraf Muslim di Aidilfitri dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | June 30th, 2014

Suka sangat Abang Nara membaca luahan hati Ashraf Muslim, Dayana dan Wan Sakinah mengenai kehidupan berumah tangga mereka. Kebahagiaan mereka sememangnya harus menjadi contoh kepada mana-mana suami yang mahu beristeri lebih daripada satu. Respek dan tabik hormat Abang Nara kepada ketiga-tiga mereka terutamanya kepada Dayana yang kini redha dengan suratan takdir dirinya. Tambah menarik, Dayana dan Sakinah kini ‘best friend’ lebih-lebih lagi dengan kehadiran Sarah Ashraf, anak Sakinah dan Ashraf Muslim.

ashraf muslim sekeluarga

Kalau dahulunya Dayana pasrah, kini isteri pertama Ashraf Muslim itu sudah redha. Hubungannya dengan Sakinah semakin erat sehingga tidur sekatil untuk menjaga Sarah ketika Ashraf Muslim bekerja di luar. Kata Dayana:-

Walaupun masing-masing tidak tinggal sebumbung, kami sering berhubung dan berkumpul di rumah. Kalau saya datang berehat di rumah Sakinah, hanya saya, Sakinah dan Sarah tidur di bilik dan Ashraf kena tidur di ruang tamu.

Malah, kami mula keluar membeli-belah bersama sebab kami berkongsi cita rasa hampir sama. Bila kami keluar beli-belah, Ashraf jaga anak di rumah.

Alhamdulillah selepas pulang dari umrah dan dikurniakan Sarah, doa saya dimakbulkan. Sikit demi sikit Allah tunjukkan jalan bahawa pilihan dilalui ada hikmah sangat besar.

Ada sebab Allah belum kurniakan anak kepada saya lagi pada masa ini, apatah lagi apabila difikirkan situasi kerja saya yang tidak menentu dan lasak.

sarah ashraf

Terbaik kan? Kagum Abang Nara dengan sifat kepimpinan seorang suami yang ditunjukkan oleh Ashraf Muslim. Namun agak kelakar juga apabila Ashraf Muslim bergurau yang hubungan kedua-dua isterinya semakin erat sampai dia kena gosok baju sendiri. Hehehe. Kata Ashraf:-

Banyak perubahan berlaku disebabkan Sarah. Saya sering beritahu mereka, ini anak kita. Saya seronok sebab banyak perkara dilalui sebelum ini, Allah tunjukkan hikmahnya.

Hubungan kedua-dua isteri saya juga semakin erat ibarat kawan baik. Sampaikan saya kadangkala terpaksa menggosok baju sendiri.

Bila dapat rapatkan mereka, saya lebih mudah mengurus keluarga. Saya juga sering bawa mereka ke majlis ilmu untuk bekalan bersama.

Orang selalu tanya bagaimana saya bersama isteri? Pertama sekali, solat berjemaah dan berdoa untuk kesejahteraan semua. Saya bagi mereka tahu, dalam doa saya, ia untuk kesejahteraan kita.

Paling penting ialah saya dan keluarga saya, sebab ini keluarga yang akan saya pimpn sampai akhir hayat. Saya kena buktikan kepada semua pihak yang saya boleh bahagiakan keluarga sendiri.

Harap masyarakat turut mendoakan yang terbaik buat kami sekeluarga.

sarha ashraf

Ada beberapa tips yang telah diberikan oleh Ashraf Muslim menerusi kata-katanya di atas. Kalau anda ada niat nak pasang dua, bolehlah praktikkan tips-tips tersebut. Kepada Ashraf, Dayana dan Wan Sakinah, Abang Nara yakin ramai yang gembira melihat kebahagiaan anda. Semoga ia berkekalan ke akhir hayat. Tahniah buat anda bertiga. Info asal Harian Metro.

Written by AbangNara | February 4th, 2014

Abang Nara mengerti perasaan Wan Sakinah. Selaku seorang isteri yang sedang mengandung, perasaan teruja itu memang tidak dapat dibendung. Samalah macam wife Abang Nara dulu. Sedangkan Abang Nara yang tak mengandung pun rasa teruja lebih apabila melihat perut isteri yang membesar, inikan pula si ibu yang mengandung. Pasti lebih teruja dan excited tahap tertinggi.

wan sakinah hamil

Mungkin kerana status isteri kedua Ashraf Muslim menyebabkan ramai yang mengkritik dan tidak menggemari perbuatan Wan Sakinah berkongsi gambar dirinya yang sedang sarat mengandung. Kesian Wan Sakinah. Dahlah mengandung, kena kutuk pulak. Menerusi akaun Instagramnya, Wan Sakinah menafikan dirinya mahu “show off” sebaliknya hanya berkongsi rasa teruja. Tulis Wan Sakinah:-

Salam utk sahabat, stalkers & haters. Maaf psl gmbr yg menayangkn gmbr perut sy tu. Terlalu excited tgk perut boyot, tu yg pi upload tu. Bknnya nk show off bagai. Tau, org lain pun pregnant jgk. Tp sblm ni, pantang naik perut sket pi gym la. jog la. Sit up la. Tp now rs lain, bila tau pregnant je, dok tgu bila perut nk besaq.

Time makan pun tak kira. Asal lapaq, makan! Lgpun org dok kata perut sy kecik. Tp bl hmpir 7 bln ni tb2 dia besaq! Tgk dlm gmbr lg nmpk besaq! Tu yg sy pi upload tu. Xrs seksi pun. cuma excited tang perut. xde niat nk sakitkn hati sape2.. Sy dh delete gmbr tu. Terima kasih atas teguran.

InsyaAllah xkn berlaku lg upload gmbr bkn2. Sy mengaku sy salah. Selain mintak ampun kat Allah, mntk maaf pd suami, sy jg mntk maaf pd anda semua. Sy jgk maafkn anda yg xpenat dok maki hamun. Tak pyh la cari kat padang masyar. Jenuh. Ramai org. Ssh nk jmp. Kira 0-0 kat sini je la yea. Satu lg, jgn la hentam suami sy tu teruk sgt. Dia usaha jd suami yg terbaik utk kami berdua. Bkn setakat cukup mkn pakai. Agama pun dia bg. Tp tu la, dlm dok kawal, terlepas jgk.. Hehe.

Sy mntk doakanlah kebahagiaan kami bertiga (Dayana, Ashraf & Sakinah). Doa anak yg bakal dilahirkn nnt jd ank soleh atau solehah, yg sihat tubuh bdnnya & cergas akal fikirannya. Doakn jg Ashraf & teman baik sy, Dayana selamat tb di Mekah & dpt menunaikan ibadat umrah yg mabrur. Salam. -peace-

wan sakinah

Diharap Wan Sakinah bersabar dengan dugaan ini. Biasalah perkara sebegini. Jangan stress-stress. Takut ada impak yang kurang baik kepada anak dalam kandungan. Semoga segalanya berjalan lancar buat Wan Sakinah dan Ashraf Muslim sehingga hari keahiran kelak.

P.S: Ah Beng pembuli jalanraya di Singapura

Written by AbangNara | February 4th, 2014

Kalau tak salah Abang Nara, kehamilan Wan Sakinah, isteri kedua Ashraf Muslim sudah pun memasuki tujuh bulan. Baru-baru ini menerusi akaun Instagramnya, Wan Sakinah telah berkongsi beberapa gambar dirinya bercuti di Pulau Langkawi bersama suami tercinta. Memang romantik dan makin terserlah “baby bump” Wan Sakinah.
wan sakinah hamil

Abang Nara yakin mereka berdua sedang teruja sekarang ini. Wajah Wan Sakinah berseri-seri seperti kebanyakan ibu mengandung di luar sana. Kalau tengok perut nampak gaya macam anak lelaki je.  Hanya tinggal 2 bulan lagi untuk Ashraf Muslim dan Wan Sakinah akan bergelar ibu bapa. Semoga semuanya berjalan lancar.

wan sakinah hamil

Tahniah buat Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Semoga kebahagiaan yang ada terus berkekalan dan bertambah dengan kehadiran cahaya mata. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Potret kanak-kanak pelarian di Afghanistan