Written by serenity | January 24th, 2013

Boleh tahan juga sedap lagu terbaru Ana Raffali yang baru kami dengar. Liriknya juga menurut Ana, merupakan satu doa, dan yang menarik doa dalam lagu. Sesuai dengan imej Ana yag kini bertudung, lagu ini mendoakan hasrat seorang isteri yang ingin jodoh bersama suami berpanjangan dan berterusan hingga ke syurga. Till Jannah, kalau ikut trend di Twitter.

Ana yang berkahwin dengan kawan baiknya, Ahmad Aznaim Abdullah Februari tahun lepas, baru-baru ini turut mengakui masih menantikan kehadiran anak untuk menyerikan kehidupan mereka berdua.

Apa kata anda dengarkan sendiri lagu Ana melalui video unik ini. Untuk makluman, lagu dan lirik Jauh Ke Syurga adalah ciptaan Ana sendiri.

Written by AbangNara | July 24th, 2012

Semenjak sudah berkahwin ini, semakin kurang berita yang Abang Nara dengar tentang Ana Raffali. Mungkin Ana sedang mengurangkan aktiviti nyanyianya untuk memberikan lebih tumpuan kepada kehidupan sebagai seorang isteri. Itu sebenarnya satu langkah yang amat bagus. Lagi-lagi ini adalah kali pertama Ana Raffali berpuasa dengan seorang suami.

ana rafali baru

Rasanya ramai peminat Ana Raffali yang rindukan buah tangan terbaru daripadanya. Kemungkinan besar Ana sedang sibuk mencari material baru untuk album barunya nanti. Sama-samalah kita nantikan. Selain itu Abang Nara doakan agar Ana dimurahkan rezeki dan dikurniakan cahaya mata secepat mungkin. Pasti Ana pun dah tak sabar-sabar untuk bergelar seorang ibu kan?

ana rafali baru

6 lagi gambar Ana Raffali yang diambil daripada Twitter Ana Raffali dengan membaca entri ini sepenuhnya.

ana rafali

P.S: Teringin nak buat website tapi tak berapa pandai? Teringin nak ada website tapi harga pasaran terlalu mahal? Jangan risau sebab Abang Nara telah wujudkan perkhidmatan membuat website dengan harga yang sangat berpatutan. Namun promosi ini hanya untuk bulan Ramadhan ini. Tempah sekarang di www.cara.com.my/beautifulnara untuk kepuasan yang dijamin 100%.

 
Written by AbangNara | February 27th, 2012

Memang cantik-cantik belaka gambar majlis perkahwinan Ana Raffali dan Naim yang diambil oleh JanggutTouch ini. Untuk makluman, JanggutTouch adalah juragambar rasmi untuk majlis perkahwinan pengantin baru ini. Abang Nara teruja melihat ke”awesome”an gambar yang dibidik oleh team JanggutTouch.

gambar persandingan ana raffali

Lagi 35 keping gambar sekitar majlis perkahwinan Ana Raffali dan Naim dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kalau anda sudah jatuh cinta dengan gambar-gambar ini, apa kata lawati laman web JanggutTouch ataupun LIKE Facebook JanggutTouch tanda terima kasih kepada mereka.

 
Written by AbangNara | February 26th, 2012

Sesungguhnya Ana Raffali nampak sangat manis di hari pernikahannya semalam. Wife Abang Nara turut memuji kecantikan Ana Raffali yang semakin bertambah sejak mengambil keputusan untuk bertudung. Sudah pasti di hari pernikahannya semalam, wajah Ana Raffali sangat berseri-seri. Pengantin barulah katakan.

gambar pernikahan ana raffali

Lagi 5 keping gambar pengantin baru kita Ana Raffali dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada CipotzRed.