Written by Bella | June 13th, 2017

Baru-baru ini, pelakon Amar Baharin memuat naik foto isterinya, Amyra Rosli yang kelihatan cukup berseri-seri mengayakan busana merah jambu. Lebih menarik perhatian netizen ialah baby bump Amyra yang semakin membesar.

Rata-rata netizen juga turut mendoakan kesihatan Amyra dan bayi didalam kandungan semoga berada dalam keadaan baik.

Berikut antara komen netizen :-

Kami di Beautifulnara juga tidak menafikan bahawa Amyra tetap cantik walaupun sedang berbadan dua.  Semoga segala proses bersalin nanti berjalan dengan lancar, tidak sabar hendak lihat wajah anak beliau dan Amar nanti. Mesti comel..

Written by Bella | January 17th, 2017

Sejak mendirikan rumah tangga November lepas, Amyra Rosli dan Amar Baharin sering dihimpit dengan persoalan tentang cahaya mata.

Amar pernah memberitahu ia sebenarnya tidak adil untuk menilai mereka kerana baru sahaja mendirikan rumah tangga. Buat Amyra pula, beliau sedikit pun tidak marah mahupun tertekan dengan persoalan berkenaan.

Ketika bujang, orang asyik bertanya bila nak kahwin. Selepas berkahwin, ditanya pula bila nak dapat anak. Dalam soal ini ia berbalik kepada rezeki Allah. Tak pernah terdetik rasa nak marah atau tertekan. Bagi saya, ini adalah perkara biasa yang mana turut dilalui orang lain. Lambat atau cepat saya dan suami hanya berserah kepada Allah.

Amyra menganggap  pertanyaan itu lebih kepada  sikap ambil berat orang ramai terhadap beliau dan Amar.

Saya dan Amar cuba menjalani kehidupan suami isteri ini dengan tenang. Apa yang kami boleh lakukan adalah dengan sentiasa berdoa.

Kita doakan yang terbaik buat Amyra Rosli dan Amar Baharin. InshaAllah satu hari nanti ada rezeki mereka untuk menimang cahaya mata.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | January 10th, 2017

Populariti pasangan Amar Baharin dan Amyra Rosli tidak boleh disangkal lagi, mereka sering mencuri tumpuan peminat. Sejak mendirikan rumah tangga, mereka semakin “digilai” dan mempunyai pengikut yang ramai di media sosial.

Disebabkan populariti yang mereka kecapi, ada pihak dengan sewenang-wenangnya menggunakan nama Amar dan Amyra tanpa kebenaran untuk penganjuran sebuah pertandingan di laman sosial Facebook  yang menjanjikan hadiah lumayan seperti iPhone.

Tidak mahu orang ramai terus keliru, Amar dan Amyra memberitahu mereka berdua sama sekali tidak terlibat dengan pertandingan tersebut dan pihak berkenaan hanya menggunakan nama serta wajah mereka demi menarik perhatian ramai.

Keadaan begini telah pun berulang banyak kali. Tambahan pula membabitkan penganjuran majlis di lokasi-lokasi tertentu. Pihak tidakbertanggungjawab itu turut menggunakan wajah kami sebagai ‘pelaris. Saya pernah tegur secara baik kepada mereka. Kita maklum tentang bisnes dan strategi pemasaran mereka tapi tidak eloklah menggunakan cara sebegitu.

Lagipun kita sebagai masyarakat Melayu ini ada adab dan cara tersendiri terutama dalam bab menegur orang lain yang baru dikenal.  Paling tidak pun, saya akan berdiam diri membiarkan saja tindakan pihak tersebut walaupun secara terang-terangannya itu memang salah. Bagaimanapun semakin saya berdiam diri, semakin pula menjadi-jadi. Itu yang buat saya tidak boleh duduk diam itu. Saya perlu melakukan sesuatu.

Amar memberitahu mereka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu sebagai pengajaran agar perkara itu tidak berulang lagi di masa hadapan.

Dengan cara tindakan sebegini, saya dapat memastikan kejadian yang sama tidak lagi berulang. Bukan marah tetapi kecewa. Sudah banyak kali kami kena berdepan dengan hal macam ini, berulang kali. Harap-harap selepas ini tidak lagi berlaku. Tolong faham, ini juga membabitkan periuk nasi kami suami isteri.

Bersabarlah Amar dan Amyra, ini adalah salah satu dugaan bila sudah popular tetapi ia tidak bermaksud perkara seperti ini harus dipandang ringan. Kalau terjadi penipuan dan sebagainya, nama Amar dan Amyra turut terkena tempiasnya.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | January 9th, 2017

Walaupun baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016, pasangan Amar Baharin dan Amyra Rosli sudah dihujani dengan pertanyaan bilakah agaknya mereka bakal mendapatkan zuriat. Ramai yang sudah tidak sabar untuk melihat pasangan ini menimang cahaya mata.

Menurut Amar, urusan untuk mendapatkan zuriat adalah diluar kemampuan mereka suami isteri. Amar sedikit pun tidak pernah mendesak Amyra untuk hamil dalam waktu terdekat kerana percaya rezeki untuk menimang cahaya mata juga terletak pada takdir yang ditentukan oleh Allah SWT.

Sebenarnya masih terlalu awak untuk memperkatakan tentang perkara ini. Tidak adil juga untuk menilai kami sebagai pasangan suami isteri yang masih hijau dalam alam rumah tangga ini.

Apa yang mampu dilakukan adalah doa yang baik-baik daripada semua buat kami berdua. Sebab perkara ini membabitkan rezeki.

Sekarang ini pun rezeki yang mendatang membabitkan kami sudah melimpah ruah. Kami bersyukur kerana apa yang diharapkan selama ini menjadi kenyataan.

Masyarakat kita sebenarnya tidak boleh lari dengan soalan tentang cahaya mata meskipun baru mendirikan rumah tangga beberapa bulan.  Soal cahaya mata ini tidak boleh dipaksa juga kerana ia bergantung kepada rezeki dan takdir. Doakan yang baik-baik sahaja buat Amar Baharin dan Amyra Rosli, inshaAllah satu hari nanti pasti mereka berpeluang untuk menjadi ibu dan bapa.

Sumber Berita : Utusan Malaysia