Written by AbangNara | July 16th, 2014

Popular menerusi drama Setia Ke Hujung Nyawa satu ketika dahulu, Amar Asyraf kini sudah pun bergelar seorang bapa kepada seorang anak lelaki yang diberi nama, Amar Taufiq. Telah berkahwin dengan Arna Salleh pada Jun 2013, kehadiran cahaya mata pertama ini pastinya melengkapkan lagi keluarga pelakon tampan ini. Abang Nara suka melihat keterujaan dan kebahagiaan yang terpancar di wajah suami isteri ini ketika memeluk anak mereka.

anak amar asyraf

Menariknya gambar-gambar yang diambil oleh Camora Arts kali ini menggunakan ‘props’ terbaru sempena promosi ‘newborn’ yang ditawarkan oleh mereka. Cute sangat konsep yang ditampilkan oleh mereka. Mana tahan tengok si bayi comel dalam kostum ladybird. Comel sangat-sangat jadinya. Ini kalau ada depan mata nie memang dah kena cium dah si Amar Taufiq nie. Hehehe.

anak amar asyraf

Kepada anda yang ingin mengabadikan gambar anak tercinta di awal kelahiran kelak, jangan lupa LIKE Facebook Camora Arts dan gunakan promosi yang sedang ditawarkan sekarang ini (RM1,100 sahaja). Kalau anda sedang mengandung sekarang ini, ia adalah waktu terbaik untuk membuat tempahan. Nanti lepas bersalin, Camora Arts akan datang ke rumah anda dan ambil gambar anak anda yang comel untuk diabadikan dalam album gambar buat tatapan anda.

camora arts

Lagi beberapa gambar si comel Amar Taufiq, anak sulung Amar Asyraf dan Arna Salleh dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | July 14th, 2014

Dulu masa bujang, setiap kali balik kampung dan berkumpul satu keluarga, antara soalan wajib yang ditanya kepada Abang Nara ialah “kau bila nak kahwin?”. Hehehe. Abang Nara percaya korang pun ada pengalaman macam ini terutamanya kaum Hawa. Itu yang bila Abang Nara tahu Watsons Malaysia bekerjasama dengan TV3 dalam drama ekslusif “Raya Ni Mesti Kahwin” sempena kempen Hari Raya. Mereka, terus secara automatik senyuman terukir di bibir. Teringat disoal bertubi-tubi oleh makcik-makcik ketika sedang enak memakan rendang. Hehehe.

watsons malaysia

Dibintangi oleh Azlee Khairi, Amar Asyraf dan Nina Iskandar, drama “Raya Ni Mesti Kahwin” menceritakan mengenai Nana (Nina Iskandar) yang cuak apabila housematenya nak kahwin 3 minggu lepas raya sedangkan dirinya pakwe pun tak ada lagi. Tidak mahu kelihatan seperti tidak laku, Nana berazam untuk mencari lelaki idaman dan berkahwin pada Hari Raya kali ini. Jeng, jeng, jeng.

Siapakah lelaki yang akan berjaya mencuri hati Nana? Adakah Nana akan menemui cinta sejati? Berjayakah cita-cita Nana untuk berkahwin di Hari Raya tercapai? Menarik kan drama ekslusif TV3 dan Watsons Malaysia ini? Ingin mengetahui cara untuk menjawab soalan kahwin, sekarang anda boleh saksikan drama Raya Ni Mesti Kahwin di TV3 pada setiap Sabtu dan Ahad pada 9.30 malam.

watsons malaysia

Bersempena dengan tayangan drama ekslusif “Raya Ni Mesti Kahwin” ini juga, Watsons Malaysia akan memberikan hadiah berupa pakej penginapan 3H2M di Holiday Villa Cherating dan pakej kecantikan dari Facial First dan Bizzy Body untuk dua orang dengan hanya memuat naik gambar bersama pasangan ke Facebook Malaysia Watsons atau Instagram dengan #watsonssiapanakkahwin. Letaklah gambar-gambar anda dengan suami/isteri yang romantik-romantik sikit. Kalau belum kahwin pun boleh join jugak. Menang nanti boleh terus berbulan madu kat Cherating.

watsons malaysia

Yang best sekali, bersempena dengan tayangan drama ini dan musim perayaan, Watsons akan mengadakan Jualan Raya Mega Sale sehingga 50% bermula sekarang sehingga 6 Ogos. Selain daripada itu, dengan pembelian RM30 dan ke atas, anda boleh mendapat Paket Raya Watsons eksklusif sementara stok masih ada.

Selain daripada itu, anda juga berpeluang bertemu pelakon-pelakon utama drama “Raya Ni Mesti Kahwin” dengan membelanjakan RM80 dan ke atas dengan jenama tertentu di Watson Malaysia. Peluang ini terhad kepada 1,000 orang sahaja dan juga mereka yang terpilih akan berpeluang memenangi voucher RM200 dan peluang membeli belah di Watsons Malaysia bersama dengan pelakon-pelakon drama ini. Best gak tue kan?

watsons malaysia

Jadi pastikan anda tidak terlepas menonton drama “Raya Ni Nak Kahwin” di TV3 setiap minggu, Sabtu dan Ahad pada jam 9.30 malam. Drama ni akan disiarkan sehingga 26 Julai sahaja. Jangan lupa juga untuk sertai peraduan #watsonssiapanakkahwin dan membeli-belah di Watsons Malaysia dengan harga diskaun 50% untuk peluang bertemu pelakon-pelakon drama ‘Raya Ni Nak Kahwin’. Maklumat lanjut singah di kedai Watsons terdekat anda atau layari Facebook Watsons Malaysia dan laman web Watsons Malaysia www.watsons.com.my.

Ada juga beberapa tips daripada Watsons Malaysia mengenai cara-cara penjagaan kesihatan, kecantikan, kulit dan keperibadian. Menarik informasi yang diberikan. Tengok video di bawah.

1. Kekal cergas dengan Watsons 

2. Tampil menarik dengan produk kosmetik dari Watsons

3. Kulit cerah berseri dengan Watsons

4. Serlahkan keyakinan diri dengan barang penjagaan peribadi bersama Watsons

Written by AbangNara | July 9th, 2014

Jutaan tahniah diucapkan buat pelakon Amar Asyraf yang popular menerusi drama Setia Ke Hujung Nyawa kerana telah pun bergelar seorang bapa dengan kelahiran seorang anak lelaki. Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Amar sendiri menerusi akaun Instagramnya. Memang terserlah sifat kebapaan melihat gaya Amar mendukung anaknya.
amar asyraf Amar Asyraf telah pun mendirikan rumah tangga dengan Arna Salleh pada bulan Jun 2013. Semoga dengan kehadiran si comel ini akan melengkapkan lagi rumah tangga mereka. Tahniah diucapkan kepada Amar dan Arna. Selamat berjaga malam!!!

Written by AbangNara | January 23rd, 2014

Tahun 2014 nampaknya ramai selebriti yang akan bergelar ibu bapa. Berkahwin pada Jun 2013, Amar Asyraf dan isterinya, Arna Salleh mendapat gembira mengenai kehadiran anak sulung mereka. Arna Salleh kini telah pun hamil 3 bulan. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan. Memang murah rezeki anda berdua.

isteri amar asyraf mengandung

Agak kasihan juga apabila isteri Amar Asyraf mengalami muntah-muntah. Namun itu perkara biasa untuk wanita yang sedang hamil. Kata Amar Asyraf kepada Utusan Malaysia:-

Cuma dia muntah-muntah di awal pagi dan akan baik selepas itu. Jika waktu malam, masa tidur dia tiba-tiba akan terjaga. Bukan untuk apa, hanya untuk muntah. Masa itulah saya akan berjaga-jaga. Isteri saya juga risau dan takut jika saya tidur lebih awal kerana dia sentiasa terbayangkan sesuatu

amar asyraf hamil

Insya Allah trimester kedua nanti hilanglah muntah-muntah itu. Diharap Arna Salleh bersabar dengan dugaan kecil ini. Yang penting, kesihatan harus dijaga. Jangan lupa makan ubat yang dibekalkan oleh doktor. Jangan buat kerja berat-berat sangat. Tahniah sekali lagi buat anda berdua.