Written by Bella | January 17th, 2017

Sejak mendirikan rumah tangga November lepas, Amyra Rosli dan Amar Baharin sering dihimpit dengan persoalan tentang cahaya mata.

Amar pernah memberitahu ia sebenarnya tidak adil untuk menilai mereka kerana baru sahaja mendirikan rumah tangga. Buat Amyra pula, beliau sedikit pun tidak marah mahupun tertekan dengan persoalan berkenaan.

Ketika bujang, orang asyik bertanya bila nak kahwin. Selepas berkahwin, ditanya pula bila nak dapat anak. Dalam soal ini ia berbalik kepada rezeki Allah. Tak pernah terdetik rasa nak marah atau tertekan. Bagi saya, ini adalah perkara biasa yang mana turut dilalui orang lain. Lambat atau cepat saya dan suami hanya berserah kepada Allah.

Amyra menganggap  pertanyaan itu lebih kepada  sikap ambil berat orang ramai terhadap beliau dan Amar.

Saya dan Amar cuba menjalani kehidupan suami isteri ini dengan tenang. Apa yang kami boleh lakukan adalah dengan sentiasa berdoa.

Kita doakan yang terbaik buat Amyra Rosli dan Amar Baharin. InshaAllah satu hari nanti ada rezeki mereka untuk menimang cahaya mata.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | January 10th, 2017

Populariti pasangan Amar Baharin dan Amyra Rosli tidak boleh disangkal lagi, mereka sering mencuri tumpuan peminat. Sejak mendirikan rumah tangga, mereka semakin “digilai” dan mempunyai pengikut yang ramai di media sosial.

Disebabkan populariti yang mereka kecapi, ada pihak dengan sewenang-wenangnya menggunakan nama Amar dan Amyra tanpa kebenaran untuk penganjuran sebuah pertandingan di laman sosial Facebook  yang menjanjikan hadiah lumayan seperti iPhone.

Tidak mahu orang ramai terus keliru, Amar dan Amyra memberitahu mereka berdua sama sekali tidak terlibat dengan pertandingan tersebut dan pihak berkenaan hanya menggunakan nama serta wajah mereka demi menarik perhatian ramai.

Keadaan begini telah pun berulang banyak kali. Tambahan pula membabitkan penganjuran majlis di lokasi-lokasi tertentu. Pihak tidakbertanggungjawab itu turut menggunakan wajah kami sebagai ‘pelaris. Saya pernah tegur secara baik kepada mereka. Kita maklum tentang bisnes dan strategi pemasaran mereka tapi tidak eloklah menggunakan cara sebegitu.

Lagipun kita sebagai masyarakat Melayu ini ada adab dan cara tersendiri terutama dalam bab menegur orang lain yang baru dikenal.  Paling tidak pun, saya akan berdiam diri membiarkan saja tindakan pihak tersebut walaupun secara terang-terangannya itu memang salah. Bagaimanapun semakin saya berdiam diri, semakin pula menjadi-jadi. Itu yang buat saya tidak boleh duduk diam itu. Saya perlu melakukan sesuatu.

Amar memberitahu mereka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu sebagai pengajaran agar perkara itu tidak berulang lagi di masa hadapan.

Dengan cara tindakan sebegini, saya dapat memastikan kejadian yang sama tidak lagi berulang. Bukan marah tetapi kecewa. Sudah banyak kali kami kena berdepan dengan hal macam ini, berulang kali. Harap-harap selepas ini tidak lagi berlaku. Tolong faham, ini juga membabitkan periuk nasi kami suami isteri.

Bersabarlah Amar dan Amyra, ini adalah salah satu dugaan bila sudah popular tetapi ia tidak bermaksud perkara seperti ini harus dipandang ringan. Kalau terjadi penipuan dan sebagainya, nama Amar dan Amyra turut terkena tempiasnya.

Sumber Berita : Utusan Online