Written by Bella | November 14th, 2017

Pemilihan lagu untuk mara ke pentas Anugerah Juara Lagu Ke 32 kali ini nampaknya benar-benar hangat diperkatakan dan mengundang pelbagai komen daripada netizen yang menyatakan pendapat mereka.

Terbaru, ada individu yang tidak berpuas hati apabila lagu Amboi nyanyian Altimet mara ke AJL 32 dan meminta agar Altimet tarik diri daripada AJL 32.

Tidak begitu terkesan dengan provokasi tersebut, Altimet  dengan bersahaja meminta individu terbabit adakan satu petisyen untuk batalkan penyertaannya.

Sabarlah Altimet, haters ini ada dimana-mana dan memang selalu cuba untuk meraih perhatian. Kami harap isu ini tidak diperbesarkan lagi,  sudah tentu juri profesional dan pengalaman sudah memilih lagu yang terbaik untuk ke pentas gah seperti AJL 32.

Written by Bella | December 21st, 2016

Muzik rap kini sudah mula mendapat tempat di hati peminat muzik tempatan, malah beberapa pelakon seperti Zizan Razak dan Syamsul Yusof mempunyai kejayaan mereka tersendiri ketika membawakan lagu dengan genre tersebut. Kata orang, mereka juga sudah bergelar “rapper”.

Berbicara mengenai pembaharuan itu, “rapper” terkenal Altimet memberitahu ia adalah perkembangan bagus dalam bidang muzik dan memberikan saingan yang agak baik.

Bagi saya, perkembangan ini merupakan sesuatu yang sangat bagus. Kalau lagi ramai terlibat dalam bidang muzik hip hop dan rap pun, tidak mengapa. Walaupun kehadiran mereka menjadi saingan kepada rapper yang sedia ada, perkara ini harus dipandang positif. Bila ada saingan sengit, baru industri kita berkembangan maju.

Menurut  Altimet, seorang pelakon yang bergelar “rapper”  harus menulis lirik sendiri untuk menjadi seorang “rapper “ yang baik.

Ada beza antara rapper dan rap vocalist. Seorang rapper menulis lirik sendiri dalam setiap karya yang diciptakan manakala seorang rap vocalist hanya menyanyikan lirik yang sudah disediakan.

Untuk menjadi seorang rapper yang baik, seorang itu harus menulis lirik sendiri. Mungkin perkara tersebut tiada bezanya di telinga pendengar, tetapi perkara itu membawa beza yang besar dalam lingkungan muzik hip hop dan rap.

Perkembangan baik seperti ini yang kita mahu ada didalam industri muzik tanah air. Siapa tahu selepas ini ada lagi pelakon yang berbakat mula menunjukkan mereka juga boleh jadi penyanyi rap yang bagus.

Sumber Berita : Astro Gempak