Written by Bella | January 11th, 2017

Beberapa kali Nora Danish memberitahu beliau mempunyai rancangan untuk mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya, Nedim Nazri. Namun, sehingga hari ini masih belum ada sebarang perkembangan lanjut mengenai perkara itu.

Berbicara kepada pihak media mengenai perkahwinannya, Nora memberitahu beliau tidak akan mengadakan sebuah majlis yang besar dan cukup sekadar akad nikah di rumah sahaja.

Insya-Allah, saya tidak mahu cakap bila (kahwin) kerana perkara ini sudah berkali-kali saya kata nak kahwin dan tidak juga jadi. Kalau kali ini jadi, saya tidak akan buat sebarang sidang media kerana tiada majlis besar-besaran. Cukuplah akad nikah sahaja secara kecil-kecilan yang berlangsung di rumah, tiada majlis pertunangan dan sebarang hantaran.

Dalam pada itu, Nora yang aktif dalam bidang fesyen dan mempunyai tudung dan jubah jenama beliau sendiri mengakui beliau ada terdetik didalam hati untuk menutup aurat.

Sejak saya menceburi bidang perniagaan tudung, jubah dan baju muslimah beberapa tahun lalu, sudah ada niat untuk ke arah itu (bertudung). Cuma saya tidak mahu menjadi antara orang yang tidak istiqamah iaitu pakai dan buka, perkara ini adalah sesuatu yang sangat sensitif. Insya-Allah saya akan berubah menjadi yang lebih baik.

Soal perkahwinan adalah benda yang baik, tak salah untuk Nora berkongsi berita gembira itu dengan peminat yang memang sudah ternanti-nanti bilakah agaknya Nora akan mendirikan rumah tangga.  Mengenai niat Nora untuk menutup aurat pula, apa yang dikatakan Nora itu betul, beliau kena bersedia sepenuhnya untuk berhijab agar terus beristiqamah dan mengekalkan perubahan beliau ke akhir hayat.

Sumber Berita : mStar Online

 

Written by Bella | February 29th, 2016

Sabtu lepas, Yatt Hamzah telah sah bergelar isteri kepada Muhammad Zulfadli didalam satu majlis kad nikah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Majlis tersebut berjalan dengan cukup lancar dengan kehadiran keluarga kedua-dua belah pihak dan teman rapat. Ia satu hari yang amat bermakna buat pasangan ini apatah lagi ia juga hari yang sama dengan ulangtahun kelahiran anak Yatt iaitu Suci Hanania Malika.

Jom kita layan beberapa lagi foto sekitar majlis pernikah Yatt Hamzah dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Kredit Foto : 712studio

 
Written by Bella | November 21st, 2015

Semalam Shukri Yahaya dan Tya Adnan telah sah bergelar pasangan suami isteri dengan sekali lafaz dan kami ada kongsi beberapa foto sewaktu majlis tersebut berlangsung di Masjid Tuanku Zainal Abidin, Putrajaya.

Ibarat pinang dibelah dua, Shukri dan Tya cukup anggun dan kacak mengenakan busana berwarna putih dan jelas terpancar cinta serta kebahagiaan di mata mereka.

Majlis resepsi mereka akann diadakan hari ini di  di A-Park, Kampung Pulau Meranti Puchong.

Sementara itu, kami kongsikan 65 lagi foto akad nikah mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | August 31st, 2015

Tahniah! Bekas pelajar Akademi Fantasia, Nubhan telah sah menjadi suami kepada pasangan Afifah Hidayah Ahmad Tawfek hanya dengan sekali lafaz pada hari Sabtu lepas kira-kira jam 3.30 petang dalam satu majlis tertutup di rumah pengantin perempuan yang terletak di Seremban 2, Negeri Sembilan.

Afifah telah menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 dan wang hantaran berjumlah RM20,000. Pasangan ini telah dinikahkan oleh bapa Afifah sendiri iaitu Ahmad Tawfek Zulkifly. Pihak lelaki telah menyerahkan 5 dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang hantaran oleh pihak perempuan.

Untuk pengetahuan anda, Afifah merupakan seorang pelajar perubatan di Mesir dan bakal menamatkan pengajian beliau pada Jun 2016.

Semoga Nubhan dan Afifah bahagia sehingga ke jannah dan pupuklah kasih sayang serta sifat toleransi dalam rumah tangga.

Jom kita layan beberapa foto sekitar majlis akad nikah Nubhan dan Afifah dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Sumber Foto: Instagram Nubhan