Written by serenity | November 15th, 2017

Sejak dua hari lepas, perbualan Ayda Jebat dengan peminatnya di Instagram telah menjadi viral kerana kenyataan Ayda yang membuat telahan bahawa lagu Mata yang dinyanyikannya di peringkat separuh akhir AJL32 mungkin tidak layak ke akhir kerana ‘juri tidak sukakannya’.

Ia menyebabkan dia menerima reaksi negatif Netizen yang menganggap kenyataan itu tidak berpijak di bumi yang nyata. Kepada Harian Metro, Ayda menyatakan bahawa isu itu sebenarnya tidak perlu diperbesarkan.

Isu ini sebenarnya tidak perlu diperbesarkan. Saya sekadar meluahkan perasaan kecewa termasuk ingin tahu kriteria pemilihan sesuatu lagu itu untuk melayakkannya bertanding di AJL.

Sebagai penyanyi, saya hanya ingin tahu adakah lagu tidak layak disebabkan melodi tidak kuat atau penulisan lirik yang lemah. Jika betul, saya boleh perbaiki kelemahan itu pada masa akan datang.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | November 15th, 2017

Baru-baru ini penyanyi Ayda Jebat mencetuskan isu hangat apabila mempertikaikan keputusan juri kerana lagu Mata dendangannya gagal ke AJL 32. Ayda juga menerima kecaman daripada netizen yang berpendapat Ayda seharusnya bersyukur kerana sudah juga mempunyai rezeki dan berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 32.

Sedar perkara ini telah menimbulkan salah faham dan berkemungkinan membuatkan pihak yang berkaitan dengan AJL 32 terasa, pihak pengurusan Ayda iaitu Paranormal Talents memberitahu,  mungkin apa yang dikatakan oleh Ayda itu adalah luahan rasa kecewa.

Ayda sudah memberikan komitmen yang sangat tinggi dari segi nyanyian serta persembahannya untuk Separuh Akhir Muzik Muzik 32 agar lagu Mata dapat menarik perhatian juri. Malam itu, Ayda berusaha dengan koreografi tarian yang unik dengan kostum yang memukau.

Tidak dinafikan memang akan ada rasa kecewa setelah berpenat lelah memberikan yang terbaik. Walaubagaimanapun, seperti yang kami katakan sebelum ini, belum ada lagi rezeki Ayda untuk ke AJL. Janganlah putus asa dan mempersoalkan keputusan orang lain, usaha lagi sehingga berjaya satu hari nanti.

Sumber Berita : Sinar Harian

Written by serenity | November 14th, 2017

Apabila satu majlis hiburan selesai, biasanya ada cakap-cakap mengenainya. Itu boleh dikatakan perkara biasa di arena muzik Malaysia. Bak kata orang, ‘rumah sudah siap, pahat masih berbunyi.

Semalam, respon Ayda Jebat kepada peminatnya di Instagram mengenai lagu Mata dendangannya tidak terpilih ke Akhir AJL 32 berkemungkinan kerana juri tidak sukakannya, telah mendapat perhatian ramai. Seorang Netizen di Twitter telah menulis mengenai Ayda yang dianggapnya ‘kaduk naik junjung’ oleh kerana kenyataan tersebut.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.