Written by Bella | November 15th, 2017

Baru-baru ini penyanyi Ayda Jebat mencetuskan isu hangat apabila mempertikaikan keputusan juri kerana lagu Mata dendangannya gagal ke AJL 32. Ayda juga menerima kecaman daripada netizen yang berpendapat Ayda seharusnya bersyukur kerana sudah juga mempunyai rezeki dan berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 32.

Sedar perkara ini telah menimbulkan salah faham dan berkemungkinan membuatkan pihak yang berkaitan dengan AJL 32 terasa, pihak pengurusan Ayda iaitu Paranormal Talents memberitahu,  mungkin apa yang dikatakan oleh Ayda itu adalah luahan rasa kecewa.

Ayda sudah memberikan komitmen yang sangat tinggi dari segi nyanyian serta persembahannya untuk Separuh Akhir Muzik Muzik 32 agar lagu Mata dapat menarik perhatian juri. Malam itu, Ayda berusaha dengan koreografi tarian yang unik dengan kostum yang memukau.

Tidak dinafikan memang akan ada rasa kecewa setelah berpenat lelah memberikan yang terbaik. Walaubagaimanapun, seperti yang kami katakan sebelum ini, belum ada lagi rezeki Ayda untuk ke AJL. Janganlah putus asa dan mempersoalkan keputusan orang lain, usaha lagi sehingga berjaya satu hari nanti.

Sumber Berita : Sinar Harian

Written by Bella | November 14th, 2017

Pemilihan lagu untuk mara ke pentas Anugerah Juara Lagu Ke 32 kali ini nampaknya benar-benar hangat diperkatakan dan mengundang pelbagai komen daripada netizen yang menyatakan pendapat mereka.

Terbaru, ada individu yang tidak berpuas hati apabila lagu Amboi nyanyian Altimet mara ke AJL 32 dan meminta agar Altimet tarik diri daripada AJL 32.

Tidak begitu terkesan dengan provokasi tersebut, Altimet  dengan bersahaja meminta individu terbabit adakan satu petisyen untuk batalkan penyertaannya.

Sabarlah Altimet, haters ini ada dimana-mana dan memang selalu cuba untuk meraih perhatian. Kami harap isu ini tidak diperbesarkan lagi,  sudah tentu juri profesional dan pengalaman sudah memilih lagu yang terbaik untuk ke pentas gah seperti AJL 32.

Written by Bella | November 13th, 2017

Umum mengetahui 12 buah lagu sudah terpilih untuk berentap di pentas Anugerah Juara Lagu Ke 32 selepas tamatnya program Separuh Akhir Muzik Muzik Ke 32 semalam. Antara penyanyi yang bertanding sebelum ini adalah Ayda Jebat menerusi lagu Mata.

Walaubagaimanapun, Ayda gagal ke AJL 32 dan ia turut membuat peminatnya merasa kecewa. Menerusi sebuah posting berbentuk motivasi diri di akaun Instagramnya, ada beberapa peminat yang memberikan komen apa kurangnya lagu Mata berbandingkan lagu lain yang terpilih.

Ayda ketika membalas komen peminatnya dilihat seakan mempertikaikan keputusan juri. Adakah Ayda tidak berpuas hati lagunya tidak layak ke AJL 32?

Kami yakin pasti juri telah membuat keputusan yang terbaik dalam memilih lagu yang layak untuk mara ke AJL 32 cuma mungkin belum ada lagi rezeki buat Ayda. Janganlah cepat putus asa dan menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.