Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

AJL24 Mana Ada Unsur FreeMason

Tuesday, January 26th, 2010

penerbit ajl24

Kalau korang belum baca pasal AJL 24 dan unsur Illuminati serta Freemason, kami sarankan anda baca terlebih dahulu supaya korang tak blank. Seperti yang kami rasakan di dalam hati naluri kami nie, penerbit AJL24 telah pun membuat kenyataan bahawa persembahan pada malam itu tidak dirancang supaya menyerupai unsur Illuminati dan Freemason.

Ahmad Shaifullizam Arshad atau Gbam adalah penerbit AJL24 dan dia cakap hanya opening dan interlude saja yang dirancang oleh pihak penerbit. Persembahan artis-artis semuanya dirancang oleh mereka sendiri. Jadi tak logik nak katakan semua artis yang terlibat tue sengaja nak menyelitkan unsur Illuminati nie.

Dengar sikit apa Gbam nie cakap:-

Mungkin ia adalah satu kebetulan. Saya pun tak tahu sangat pasal Freemason. Yang saya tahu, ia pernah ditonjolkan dalam filem dari Hollywood tapi saya tak ‘gila’ untuk merancang perkara seperti itu. Mungkin ia satu kebetulan. Bukan saya tak sensitif. Tetapi pada masa akan datang, saya akan lebih berhati-hati dan sensitif. Secara tak langsung saya nak minta maaf juga.

Bagi kami, baguslah at least keluarkan kenyataan untuk membersihkan nama sendiri. Kami pun rasanya percaya apa yang Gbam nie cakap. Mungkin secara kebetulan. Manusia kalau suka mencari kesilapan orang, sekecil zarah pun akan nampak. Tapi kami suka dengan si Gbam nie sebab kenyataan dia kat bawah nie:-

Yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari kelemahan saya sendiri.

Kami respek sama lu bro!!! Teruskan berjuang sebab AJL 24 bagi kami antara yang terbaik pernah kami lihat. Jangan lemah semangat sebab benda-benda kebetulan nie. Wallahualam. Lagi berita penuh di Mstar.

P.S: Secara jujur kami pun rasa artis-artis Malaysia nie tak tahu pun apa itu FreeMason. Tak percaya gi tanya kat diorang yang terlibat time AJL tue. Compem semua pun baru tau sebab baca suratkhabar Pancaindera Ahad lepas.

AJL24 Ada Unsur Illuminati?

Saturday, January 16th, 2010

Disclaimer: Segala apa yang anda baca di dalam artikel ini bukanlah hasil penulisan kami. Kesemuanya kami ambil sepenuhnya dari blog Jejaki Tinggalan Rasul. Terima kasih kepada penulis blog tersebut yang mengupas isu ini dengan begitu terperinci sekali. Percaya atau tidak, itu terpulang kepada diri anda sendiri untuk menentukan

UPDATE: Artikel ini telah keluar di Pancaindera dengan tajuk “AJL24 Ada Unsur Illuminati?“.

Minggu lepas, blog Jejaki Tinggalan Rasul (JTR) mengajak anda memerhati dalam Negara kita sendiri apa yang telah dilakukan oleh si Antichrist berkaitan dengan senibina KLCC. Terdapat pelbagai clue-clue menarik yang sangat memeranjatkan bagi mereka yang asing dalam dunia penuh penipuan ini. Kali ini saya pula ingin mengajak anda, selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut?

Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.

1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;

(more…)

(SERAM) Ada Hantu Di AJL 24?

Tuesday, January 12th, 2010

hantu Ajl24

Huhuh. Takutnya kitaorang tengok gambar kat atas tue. Korang perasan ke tak? Katanya benda tue muncul masa persembahan Aizad lagu Kau Aku.  Mula-mulanya ramai yang spekulasi tue adalah penari FT. Maklumlah penari dia kan ada yang terbang-terbang. Tapi takkan la terbang sampai ke situ kan?

Ini ialah apa yang dikatakan oleh klubbkidd (orang yang amik gambar nie):-

Time ni masa Aizat wat show Kau Aku. Ada benda atas scaffolding kat atas pentas. Ada ‘orang’ yang berbalut serba putih. Terkejut gak.. tapi kita bayangkan penari Faizal yang wat show pastuh… yang sorang itam sorang pakai putih tuh….yang terbang2. Masaalahnya… satu… ‘orang’ tu tetiba lambai2 kat arah kita.. pastuh menghilang terus! Secondly dia tak pakai baju ketat dancer terbang… dan kain longgar2 cam terbukak sikit flapping gituh, tak cam baju dancer.

Seram gile nie beb!! Ada makhluk lain pun nak berhibur time AJL 24. Takutnya ~~~ Buat mereka yang berani, ada gambar close up selepas nie. Kalau lemah semangat sila jangan tengok yek.

(more…)

(GAMBAR)Red Carpet AJL 24

Monday, January 11th, 2010

red carpet ajl24

Keputusan AJL 24 dah pun diketahui. Macam biasa kalau ada event besar macam nie, mesti kena ada red carpet. Kami belum sempat upload gambar red carpet AJL 24. Cuma sempat letak satu jer. Iaitu gambar Liyana Jasmay kat atas tue.

Nanti balik kerja nanti kami akan uploadkan terus kat sini.

UPDATE: Kitorang dah letakkan gambar-gambar red carpet AJL24. Jom layan ~~ Kredit kepada Mstar.

(more…)

Siapa Bakal Juara Anugerah Juara Lagu 24 (AJL24)?

Friday, January 8th, 2010

juara ajl24

Secara ikhlas kami bagitau kami tak pernah tengok Muzik-Muzik melainkan bila tibanya Anugerah Juara Lagu. Kali nie dah masuk yang ke 24 kali dah. AJL24 nampaknya lebih sengit sebab tak ada kategori. Semua bersaing secara open. Dan yang paling best banyak lagu-lagu selalu dengar kat radio dapat masuk AJL24 kali nie.

Siapakah yang anda rasa layak untuk jadi juara? Kami dah pun cakap pilihan kami ialah Yunalis Zarai dengan lagu Dan Sebenarnya. Tak tau kenapa tapi kami dapat rasakan yang Yuna ada aura dia yang tersendiri. Lirik dan melodi lagu Dan Sebenarnya pun best jugak. Simple tapi catchy.

Nie senarai lagu final Anugerah Juara Lagu 24 (AJL24):-

01. Aku Skandal – Hujan (komposer/penulis lirik: Noh)

02. Tak Mungkin Kerna Sayang – Alyah (komposer: Ajai, penulis lirik: Habsah Hassan)

03. Aurora – Estranged (komposer/penulis lirik: Estranged)

04. Bengang – Akim (komposer: Amir, penulis lirik: Sheikh Qalam)

05. Aku Rindu Sayang Kamu – Black (komposer/penulis lirik: Yuzai)

06. Dan Sebenarnya – Yuna (komposer/penulis lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil)

07. Rindu Terhenti – Tomok (komposer: Aubrey Suwito, penulis lirik: Tinta)

08. Pakai Buang – Stacy (komposer/penulis lirik: Edry)

09. Kau Aku – Aizat (komposer/penulis lirik: Aizat)

10. Pergi – Aizat (komposer/penulis lirik: Pete Teo)

11. Situasi – Bunkface (komposer/penulis lirik: Sam)

12. Bencinta – Faizal Tahir (komposer: Audi Mok, penulis lirik: Faizal Tahir)

13. Cinta Adam Dan Hawa – Misha Omar (komposer: Azmeer, penulis lirik: Allahyarham Loloq)

14. Masih Jelas – Hafiz (komposer: Aidit Alfian, penulis lirik: Ad Samad)

Sapakah feveret anda? Moh kita bajet-bajet sapa bakal jadi juara sambil nak tunggu 10hb Januari nie. Gambar kredit kepada Gua.