Written by Bella | February 4th, 2016

Jika Aizat Amdan pernah menafikan beliau bercinta dengan Aisyah Aziz, hari ini penyanyi wanita itu juga tampil dengan kenyataan yang sama setelah diasak dengan pelbagai persoalan daripada peminat.

Namun, Aisyah yang hanya berkawan baik dengan Aizat tidak menolak seandainya satu hari mereka dijodohkan untuk bersama.

Terus-terang, kami hanya berkawan baik dan keakraban kami tercetus sejak kami bekerjasama iaitu ketika dia menghasilkan lagu buat saya berjudul Pilihan Sejati.

Apa yang boleh saya katakan, buat masa ini, kami hanyalah sekadar kawan semata-mata, namun saya tidak berani cakap apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Jodoh itu kita tidak akan tahu sekarang.

Aisyah turut mengakui cukup selesa berkawan dengan Aizat dan antara rakan lelaki yang cukup rapat dengan dirinya.

Saya akui dia antara kawan lelaki yang agak rapat juga kerana kami senang berbincang dan bercakap mengenai muzik walapun citarasa muziknya dengan saya tidak sama.

Lagipun saya selesa berkawan dengannya kerana dia seorang yang tenang dan pendengar masalah yang baik.

Kalau ada jodoh apa salahnya, dua-dua pun selesa berkawan serta meminati bidang yang sama.  Aizat dan Aisyah mungkin sahaja boleh jadi pasangan yang ideal..Hehe

Sumber Berita: Murai

Written by Bella | January 28th, 2016

Sering kelihatan keluar bersama, Aizat Amdan dan Aisyah Aziz dikatakan mempunyai hubungan istimewa.

Walaubagaimanapun, Aizat  yang mengakui pernah keluar makan bersama dengan Aisyah tetap sekerasnya menafikan gosip tersebut dan menjelaskan hubungan mereka tidak lebih daripada seorang sahabat biasa.

Eh… Jangan salah anggap. Kami berkawan sahaja. Benar kami keluar makan bersama tetapi hubungan yang dijalinkan itu tidak lebih daripada sebagai kawan.

Biasalah, apabila selesai dengan urusan kerja di studio, saya dan rakan artis akan ke kedai makan.

Buat masa ini Aizat masih belum bertemu dengan wanita istimewa yang dapat mengisi kekosongan didalam hatinya.

Aizat mengimpikan seorang wanita yang beriman, memahami dirinya dan sependapat dengan beliau.

Dalam perkembangan lain, Aizat kini  tampil dengan sedikit pembaharuan dalam kariernya di mana dia akan menghasilkan sebuah lagu setiap bulan yang akan dibuat sehingga akhir tahun ini. Ia salah satu strategi oleh Aizat agar menarik minat serta perhatian ramai akan setiap lagu baharu yang bakal dikeluarkan.

Agak lama jugak Aizat tidak aktif dalam bidang nyanyian seperti dahulu, mungkin kali ini beliau boleh tampil dengan lagu hitz seperti dulu. Soal percintaan pula, tidak semestinya keluar bersama terus dilabelkan bercinta bukan?

Sumber Berita: mStar Online

Written by AbangNara | May 27th, 2013

Akhirnya yang dinanti-dinanti dan diimpi-impi selama ini tiba jua.  Gabungan Aizat dan Yuna menjadi kenyataan. Pasti ramai yang melompat kegembiraan dengan kemunculan lagu Dwihati yang menyaksikan kelunakan suara 2 penyanyi hebat ini.

dwi hati

telekung

P.S: Telekung travel ini terbaik sangat jika anda ingin pergi berjalan-jalan. Mudah dibawa, kecil dan ringan. Boleh masuk dalam handbag dengan mudah. Hanya RM29 sahaja. Pelbagai saiz boleh didapati. Layari Facebook Gudang.My untuk info lanjut.

Kekacakan Aizat memang makin terserlah sejak tampil dengan imej berkumis ini. Pasti banyak gadis di luar sana yang tergoda. Abang Nara pun terasa nak simpan kumis pulak. Boleh nampak matang dan cool macam Aizat. Video klip Dwihati di bawah untuk tatapan anda.

Abang Nara turut ingin mencadangkan agar Aizat dan Yuna bercinta. Mereka berdua memang sangat sesuai. Sama cantik sama padan. Sama-sama suara sedap. Sama-sama kreatif. Sama-sama saling melengkapi. Memang akan menjadi pasangan yang sangat romantis dan awesome di pandangan Abang Nara. Apa pula kata anda?

P.S: Mitsubishi Triton hanya RM72,000 sahaja

Written by AbangNara | January 10th, 2013

Walaupun AJL27 telah berlangsung kira-kira seminggu, baru hari ini Uji Rashid tampil di Utusan Malaysia untuk meluahkan isi hati tentang kontroversi yang melanda dirinya. Selama ini memang tidak pernah sebarang “statement” dikeluarkan daripada pihak Uji Rashid.

uji rashid

Untuk anda yang tidak tahu, Uji Rashid telah dipilih oleh Yuna untuk menyanyikan lagunya sebelum digantikan oleh Aizat di saat-saat akhir. Bagi Uji Rashid, cara dirinya disingkirkan adalah sangat tidak sopan dan tidak beradab.

Sebaliknya saya kecewa dengan cara mereka ‘menyingkirkan’ saya tanpa adab dan sopan seperti sepatutnya. Saya hanya diberitahu tiga hari sebelum majlis anugerah berlangsung. Ketika itu mereka sudah memilih Aizat menggantikan tugas saya, sedangkan pelbagai persediaan sudahpun saya lakukan sebelum itu. Saya anggap ini penghinaan kepada artis lama seperti saya. Sepanjang 38 tahun menyanyi, detik-detik ini adalah sesuatu yang paling mengecewakan saya.

Abang Nara sebenarnya pelik kerana baru-baru ini boss TV3 iaitu Ahmad Izham Omar memaklumkan bukan TV3 yang menggugurkan Uji Rashid. Sebaliknya keputusan tersebut telah diambil oleh pihak pengurusan Yuna. Memang agak confusing di situ. Susah nak pastikan siapa sebenarnya yang berada di pihak yang benar.

uji rashid

Apa-apa pun, kepada Uji Rashid, bersabarlah. Pasti ada hikmah di sebalik dugaan ini. Abang Nara pasti selepas ini akan lebih terbuka pintu rezeki buat Uji Rashid. Yang penting kena anggap ini sebagai salah satu liku cabaran dalam kehidupan. Tak ke gitu?

P.S: Pantai di sebalik gua di Sepanyol