Written by AbangNara | July 18th, 2012

Sememang budak kecil kalau bertudung makin comel dibuatnya. Nampaknya Nur Aisyah Humaira makin hari makin selesa dengan pemakaian bertudung. Semoga diteruskan sehingga besar nanti. Mana tahu bila besar nanti boleh cipta jenama tudung sendiri. Confirm ramai yang akan beli punyalah.

aisyah

Comel kan? Bila tengok gambar si cilik nie, Abang Nara rasa tak sabar pulak nak ada anak perempuan. Mesti lagi best dan lagi seronok sebab kebanyakan barangan dan perhiasan kat kedai adalah untuk anak perempuan. Nampaknya Abang Nara kena berusaha keras lagilah nie. Hehehe.

aisyah

10 lagi gambar Nur Aisyah Humairah dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kalau anda ingin menghubungi Aisyah, sila lawati Facebook Nur Aisyah Humairah.

 
Written by AbangNara | May 25th, 2011

tiz dan aisyah

Ala comelnya kedua-dua makhluk ciptaan Allah di atas. Nampak gayanya Tiz memang ada ciri-ciri ibu penyayang. Tengok teknik dia memegang Aisyah pun dah tahu. Rasa-rasa nanti kalau Tiz terjadi kahwin ngan Remy Ishak, confirm anak diorang secomel Aisyah. Tak gitu?

Lagi beberapa keping gambar Tiz Zaqyah dan Nur Aisyah dengan membaca entri ini sepenuhnya. Jangan lupa follow Tiz di Twitter dan LIKE Facebook Aisyah.

P.S: Menangis Abang Nara melihat ketabahan adik Tae Ho ini.

 
Written by AbangNara | May 4th, 2011

gambar nur aisyah humaira

Sejak Abang Nara keluarkan entri si cilik comel, Nur Aisyah Humairah baru-baru ini, dah ramai orang mula memberikan perhatian kepada kecomelan dan bakat Aisyah. Menurut ayahnya, Aisyah kini sudah mula mengenal warna dan sudah “casting” di beberapa syarikat perfileman terkemuka Malaysia. Harapan Abang Nara dengan kehadiran Aisyah dapatlah mewarnai industri tanah air kita yang kekurangan bintang-bintang kecil.

Oh ye sebelum terlupa, bulan lepas Abang Nara sempat berjumpa ibu, ayah dan Aisyah sendiri di Sogo. Mereka sekeluarga memang sangat baik hati. Aisyah pun sangat cute dan cepat mesra walaupun baru pertama kali berjumpa Abang Nara. Selang 5 saat, confirm pipi Aisyah merah kena cubit ngan Abang Nara. Tak tahan comel sangat.

Layankan lagi beberapa keping gambar ekslusif Nur Aisyah Humairah dengan membaca entri ini sepenuhnya. Sekiranya anda geram dengan kecomelannya, jangan segan silu untuk LIKE Facebook Nur Aisyah Humairah. Sebarang pertanyaan boleh kemukakan kepada ayah Aisyah di helmi_7744@yahoo.com.