Written by Bella | March 23rd, 2017

Filem Kimchi Untuk Awak belum lagi ditayangkan, namun ia dihimpit  kontroversi apabila ada babak romantik antara pelakon utamanya, Aiman Hakim Ridza dan Emma Maembong menimbulkan rasa kurang senang netizen. Adegan berpelukan dan babak intim lain di anggap tidak sesuai buat Emma sebagai wanita berhijab juga Aiman sebagai seorang lelaki Muslim.

Berbicara mengenai isu panas ini, Aiman sebenarnya berharap agar penonton bersikap lebih terbuka dan sepatutnya lebih fokus kepada jalan cerita filem berkenaan. Buat Aiman, babak romantik mereka tidaklah melampau sehingga boleh menimbulkan nafsu dan keghairahan.

Kita kena hentikan memberi fokus kepada isu berpegangan atau babak romantik sebaliknya menghargai sesebuah filem itu dengan cara sepatutnya. Sebenarnya babak romantik yang dipaparkan pun tidaklah keterlaluan dan bagi saya ia tidak mendatangkan syahwat pun. Paling penting jalan ceritanya bagus dan ada pengajaran yang hendak disampaikan.

Ditanya mengapa beliau tidak menolak untuk melakukan adegan itu, Aiman menjelaskan beliau menghormati setiap jalan cerita seperti yang dikehendaki oleh pengarah.

Saya tidak boleh berpura-pura atau menjadi hipokrit dan apa yang saya lakukan dan tonjolkan dalam filem ini adalah kerana keikhlasan hati saya sebagai pelakon. Saya melihatnya dari sudut seni selain menghormati skrip dan apa yang dipaparkan itu hanyalah lakonan dan tidak berlebih-lebihan pun.

Filem pun belum keluar lagi, jadi apa kata kita lihat dahulu jalan ceritanya bagaimana. Kemudian barulah kita tentukan adakah adegan Aiman dan Emma itu melampau ataupun sebaliknya. Biasalah tu, kadang-kadang aksi romantik mungkin cara pengarah untuk menarik minat penonton. Heh..

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | March 20th, 2017

Percintaan antara Aiman Hakim Ridza dan Fathia Latiff sudah berakhir lebih daripada setahun, tetapi bukan mudah sebenarnya buat Aiman untuk melupakan kisah cinta mereka yang terjalin selama empat tahun sebelum berpisah. Aiman akui beliau masih menyayangi Fathia dan tidak dapat melupakan bekas kekasihnya itu sepenuhnya.

Mungkin percintaan mereka sudah tamat tetapi mereka juga kerap bertanya khabar dan berborak menerusi telefon. Buat Aiman, Fathia adalan seorang wanita yang cukup sempurna.

Kami masih berkawan. Adalah sekali kami bertemu selepas putus cinta. Bagaimanapun, kami selalu juga berborak dan bertanya khabar menerusi telefon. Saya masih menyanyanginya sebagai kawan. Saya tetap mengambil berat mengenainya. Bagi saya, Fathia ialah wanita yang cukup sempurna. Saya belajar banyak perkara mengenai kematangan hidup dengannya.

Saya boleh anggap pengalaman percintaan bersamanya sesuatu yang sangat manis, Fathia banyak membuka minda dan berkongsi pengalaman hidup dengan saya. Sampai hari ini pun, saya belum berupaya melepas dan memulihkan perasaan saya sepenuhnya. Saya memang tidak buat kenyataan selepas putus dengannya kerana saya menghormatinya.

Aiman bagaimanapun masih enggan bercerita mengenai punca perpisahan mereka demi menjaga hati keluarganya dan Fathia. Biarlah apa yang berlaku menjadi rahsia mereka berdua.

Saya rasa tidak perlulah orang luar mengetahui apa yang berlaku, cukuplah sekadar kami berdua sahaja. Saya juga perlu menjaga hati keluarga saya dan Fathia. Jadi biarlah kisah cinta kami disimpan di lubuk hati paling dalam.

Tidak mudah untuk terus “move on” dan melupakan seseorang yang bertahun lamanya bertakhta didalam hati dan hidup kita.

Sumber Berita : Berita Harian

Written by Bella | October 17th, 2016

Mengakui ada berhubung dengan Aiman Hakim Ridza untuk bertanya khabar, pelakon Fathia menjelaskan beliau melakukan semua itu atas tuntutan agama Islam yang melarang seorang Muslim itu memutuskan hubungan silaturahim.

Saya dan Aiman kembali berhubung namun sebagai seorang sahabat kerana pada saya tiada kesudahanya kami saling bermasam muka sedang Islam menuntut umatnya menjaga hubungan silaturahim dan bukan terus memanjangkan sengketa.

Soal kami pernah berjumpa atau tidak dan siapa memulakan komunikasi rasanya tidak perlu saya kongsikan tetapi hubungan kami sekarang dalam keadaan baik.

Menurut Fathia, beliau sangat bahagia hidup solo kerana dapat menerokai perkara baharu selain sibuk menguruskan perniagaan beliau. Malah, beliau kini berpeluang untuk lebih meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Fokus saya sekarang bukan cinta tambahan pula saya dikelilingi oleh orang yang membahagiakan termasuk keluarga. Sebelum ini saya jarang dapat bersama mereka kerana sibuk dan sekarang Alhamdulillah lebih banyak waktu berkualiti dengan famili.

Meskipun cinta tidak kesampaian, kami harus hormati prinsip Fathia yang enggan terus bermasam muka dengan Aiman. Harapnya, mereka dapat mengekalkan hubungan baik ini sehingga akhir hayat dan terus menyokong antara satu sama lain.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | October 13th, 2016

Kisah percintaan antara pelakon Fathia Latiff dan Aiman Hakim Ridza sudah lama berakhir, malah mereka kini nampaknya cukup gembira menjalani kehidupan masing-masing.

Namun, baru-baru ini ada pula khabar angin mengatakan Fathia dan Aiman dalam diam sudah kembali bercinta.

Mengakui ada menghubungi Aiman untuk bertanya khabar serta perkembangan terkini masing-masing, Fathia bagaimanapun menafikan beliau dan Aiman sudah kembali bergelar pasangan kekasih.

Saya menghubunginya hanya sekadar sebagai rakan artis, itu saja. Saya sendiri tidak tahu dari mana pihak terbabit mendapat cerita yang kami sudah kembali bercinta.

Fathia juga eggan meletakkan harapan untuk kembali kepada Aiman. Buat masa ini beliau juga selesa untuk hidup solo dan menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT.

Buat masa ini, saya bersyukur dan bahagia dengan kehidupan dilalui hari ini. Saya juga belum ada pengganti dan masih dengan status solo sekarang. Soal jodoh, saya serahkan kepada Allah SWT.

Tidak salah untuk saling bertanya khabar bukan? Bila putus cinta, tidak semestinya kena bermasam muka dan menyimpan dendam.

Sumber Berita : Harian Metro