Written by Bella | May 6th, 2015

Aiman Hakim Ridza yang baru-baru mengeluarkan kenyataan sudah bersedia untuk memperisterikan Fathia Latiff selepas dua tahun bercinta membuatkan tuan empunya badan merasa sedikit terkejut kerana mereka tidak pernah membincangkan perkara tersebut.

Walaubagaimanapun, pada masa yang sama Fathia merasa gembira dengan perkhabaran itu dan menyerahkan segalanya kepada pihak lelaki untuk melangkah ke fasa yang lebih serius dalam perhubungan mereka.

Tidak dinafikan saya gembira apabila dikhabarkan mengenai perkara ini. Terkejut juga kerana secara tiba-tiba timbul cerita ini kerana beliau tidak pula memberitahu saya berhubung sebarang kenyataan yang dibuat olehnya.

Saya rasa tidak manis untuk membuka mulut mengulas lanjut perkara ini kerana berpendapat lebih baik hal ini diserahkan kepada pihak lelaki untuk membawa hubungan ini ke peringkat seterusnya.

Sebelum ini, Aiman meluahkan hasratnya untuk bertunang terlebih dahulu sebelum bernikah. Namun, beliau enggan menetapkan sebarang tarikh dan berserah kepada ketentuan Allah SWT.

Nampaknya Fathia tidak mempunyai sebarang tentangan berhubung hasrat Aiman Hakim Ridza untuk berkahwin dengannya. Kami harap segala yang kalian inginkan berjalan dengan lancar. Kata orang kalau sudah sayang cepatlah masuk meminang. Heh

Sumber Berita: BH Online

 

Written by Bella | May 5th, 2015

Siapa yang tidak kenal dengan pasangan sama cantik sama padan iaitu Aiman Hakim Ridza dan Fatia Latiff. Pernah putus seketika sekitar bulan Februari lepas, namun kekuatan cinta dalam hati masing-masing membuatkan mereka bersatu kembali.

Sudah dua tahun menyulam kasih, Aiman dalam satu kenyataan akhbar berkata beliau berharap hubungan mereka akan berakhir di jinjang pelamin secepat mungkin.

Insya-Allah, kami merancang untuk memulakan dengan majlis pertunangan terlebih dulu sebelum sah bergelar suami isteri.  Bagaimanapun, saya belum menetapkan tarikh pernikahan kerana bimbang ia tidak menjadi. Maka, saya serahkan kepada Allah SWT .

Sudah dua tahun kami bercinta, jadi sudah tiba waktunya kami memikirkan tentang halatuju yang lebih serius dalam perhubungan.

Mengakui tidak mempunyai begitu banyak persamaan bersama Fathia, tetapi buat aktor drama Isteri Separuh Masa  itu, kekasihnya menepati ciri-ciri wanita idamannya dan sebenarnya seorang yang agak kelakar. Apa yang penting, Fathia selalu ingin menjadi dirinya sendiri dan berfikiran terbuka.

Terus terang, kami tidak mempunyai banyak persamaan tetapi perbezaan yang ada itulah membuatkan saya ingin mengenalinya dengan lebih dekat. Satu perkara yang paling saya suka mengenai dirinya adalah dia tidak pernah meniru cara orang lain dalam segala hal malah sentiasa berfikiran terbuka.

Bella rasa memang pasangan ni nampak sweet dan sudah tiba masanya untuk mereka bersatu bukan? Perkara yang elok janganlah di tangguhkan, InshaAllah niat yang baik akan selalu diberkati dan dipermudahkan.

Sumber Berita: Utusan Online