Written by Bella | March 20th, 2017

Percintaan antara Aiman Hakim Ridza dan Fathia Latiff sudah berakhir lebih daripada setahun, tetapi bukan mudah sebenarnya buat Aiman untuk melupakan kisah cinta mereka yang terjalin selama empat tahun sebelum berpisah. Aiman akui beliau masih menyayangi Fathia dan tidak dapat melupakan bekas kekasihnya itu sepenuhnya.

Mungkin percintaan mereka sudah tamat tetapi mereka juga kerap bertanya khabar dan berborak menerusi telefon. Buat Aiman, Fathia adalan seorang wanita yang cukup sempurna.

Kami masih berkawan. Adalah sekali kami bertemu selepas putus cinta. Bagaimanapun, kami selalu juga berborak dan bertanya khabar menerusi telefon. Saya masih menyanyanginya sebagai kawan. Saya tetap mengambil berat mengenainya. Bagi saya, Fathia ialah wanita yang cukup sempurna. Saya belajar banyak perkara mengenai kematangan hidup dengannya.

Saya boleh anggap pengalaman percintaan bersamanya sesuatu yang sangat manis, Fathia banyak membuka minda dan berkongsi pengalaman hidup dengan saya. Sampai hari ini pun, saya belum berupaya melepas dan memulihkan perasaan saya sepenuhnya. Saya memang tidak buat kenyataan selepas putus dengannya kerana saya menghormatinya.

Aiman bagaimanapun masih enggan bercerita mengenai punca perpisahan mereka demi menjaga hati keluarganya dan Fathia. Biarlah apa yang berlaku menjadi rahsia mereka berdua.

Saya rasa tidak perlulah orang luar mengetahui apa yang berlaku, cukuplah sekadar kami berdua sahaja. Saya juga perlu menjaga hati keluarga saya dan Fathia. Jadi biarlah kisah cinta kami disimpan di lubuk hati paling dalam.

Tidak mudah untuk terus “move on” dan melupakan seseorang yang bertahun lamanya bertakhta didalam hati dan hidup kita.

Sumber Berita : Berita Harian