Written by AbangNara | May 17th, 2012

Ekoran Aidil membuat tuntutan supaya Rita Rudaini berpindah ke rumah miliknya di USJ1 sebagai tanda taat setia, Rita Rudaini melabelkan tuntutan suaminya itu seperti budak-budak. Bagi Rita, tuntutan tersebut tidak masuk akal kerana selama ini dia tidak pernah melanggar perintah suami ataupun membelakangkannya.

rita rudaini

Kata Rita:-

Dia tuntut saya supaya kembali taat? Haa… memang betul-betul kelakar. Saya tergelak dengar tuntutan dia. Selama ini siapa yang tidak taat? Saya menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik untuk dia dan anak-anak. Saya juga tidak pernah lari atau keluar dari rumah tetapi dia yang buat (keluar rumah) senyap-senyap dan tinggalkan saya dengan dua orang anak bersendirian,

Malah kata Rita, dia tidak ada sebab untuk berpindah kerana sudah lebih 4 tahun menghuni di kediamannya di Damansara:-

Buat apa saya nak pindah? Sudah empat tahun kami tinggal bersama di Damansara. Kenapa dia tak balik rumah dan tinggal bersama saya serta anak-anak kalau dia suami yang bertanggungjawab? Sewa rumah sebanyak RM3,000 sebulan itu kami kongsi untuk bayar sama-sama. Bayangkan, bayaran yang separuh dia keluarkan itu pun dipertikaikan, apatah lagi nafkah anak-anak?

rita
Sementara itu Aidil menafikan yang dia mempunyai wanita lain dan mengakui masih menyayangi isterinya walaupun sedikit tawar hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Rita di dalam media.

Tuduhan itu adalah satu dakwaan yang mengarut kerana saya tidak berlaku curang dengannya, apalagi dengan kesibukan menjalani latihan bola sepak. Saya tiada masa untuk semua itu. Saya berpendapat Rita menuduh saya menjalinkan hubungan dengan wanita lain berdasarkan komen yang dibuat oleh peminat-peminatnya menerusi laman sosial Twitter. Saya masih lagi menyayanginya, cuma hati saya sedikit tawar dengan kenyataannya yang telah keluar di media. Apa-apa pun, saya harap dia kembali kepada saya dengan syarat dia perlu menjadi isteri yang baik dan mendengar kata.

Secara logiknya, memang benar kata-kata yang dikeluarkan oleh Rita mengenai tuntutan Aidil. Namun kalau betul masih sayangkan suami dan anak-anak, duduklah berbincang. Buang ego masing-masing. Tak salah rasanya untuk salah seorang daripada mereka mengalah untuk masa depan anak-anak. Tak gitu?

P.S : Ingin mencari blouse ala Korea untuk pergi kerja, kelas, mahupun santai? Anda boleh layari website www.vanitymask.com. Pihak VanityMask juga memberikan Coupon bernilai RM5 untuk para pembaca setia BeautifulNara sempena pembukaan site baru mereka. Semasa checkout, hanya pilih “Coupon” masukkan Coupon Code di bawah semasa checkout. Cepat, stok mereka terhad! Maklumlah baru saja berniaga.
Bila lagi mau ke kerja lagak artis Korea kan? Layari www.vanitymask.com sekarang.
Written by AbangNara | May 16th, 2012

Akhirnya berita gembira tiba jua untuk Rita Rudaini yang sangat tabah menempuh segala ranjau dalam rumah tangganya. Hari ini, di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Aidil Zafuan telah pun menarik balik permohonan cerai yang dilakukan sebelum ini dan memohon Rita untuk berpindah ke rumahnya sebagai tanda taat setia.

rita aidil

Ahmad Nazib Johari , selaku peguam Aidil berkata:-

Anak guam saya telah memfailkan notis dengan alasan permohonan di bawah Seksyen 47 enakmen itu tidak boleh digunakan kerana Rita tidak bersetuju untuk bercerai ketika kes berkenaan disebut pada 30 April lalu. Aidil pula menuntut untuk berdamai dan tinggal bersama demi anak-anak dan jika kedua-dua mereka melantik ahli keluarga masing-masing bagi menyelesaikan masalah, dia bimbang, situasi berkenaan menjadi lebih buruk. Berdasarkan kepada alasan ini, anak guam saya memutuskan untuk membatalkan permohonan bercerai terhadap isterinya.

Sementara itu Aidil yang ditemu di luar mahkamah telah berkata:-

Meminta sebab adalah tanda dia (Rita Rudaini) tidak mahu bercerai & saya tarik balik. Saya juga menuntut dia dan anak anak untuk berpindah ke rumah saya di USJ 1 sebagai tanda taat & setia kepada suami.

Ini adalah satu berita gembira untuk Rita Rudaini dan anak-anak. Diharap dengan jalan penyelesaian ini, Aidil, Rita dan anak-anak akan duduk sebumbung dan kembali mesra seperti dulu. Abang Nara doakan agar hubungan mereka selepas ini tidak lagi berantakan. Kredit info Mstar dan RotiKaya.

Written by AbangNara | April 30th, 2012

Petang tadi telah berlangsungnya prosiding enceraian Rita Rudaini dan suaminya, Aidil Zafuan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya. Ternyata Rita tidak bersetuju dengan permohonan penceraian yang dibuat oleh suaminya dan memohon Aidil memberikan alasan kukuh. Untuk makluman, Aidil dan Rita tidak pernah berbincang secara bersemuka semenjak Aidil keluar daripada rumah 4 bulan yang lalu.

rita rudaini

Berikut ialah kata-kata Rita Rudaini:-

Selagi saya tidak dapat alasan kukuh mengapa dia ingin bercerai dengan saya, maka saya tidak akan bersetuju dengan permohonan cerainya itu. Malah, ketika prosiding berlangsung, dia seperti teragak-agak apabila menjelaskan sebab-sebabnya dan hanya berkata kami sudah tidak serasi. Adakah itu satu alasan kerana sebelum dia keluar rumah, kami tidak bergaduh langsung. Saya masih lagi sayangkan perkahwinan ini kerana kami telah melalui pelbagai dugaan bersama. Tetapi seandainya kami tiada jodoh, saya tidak boleh nak berbuat apa-apa

Rita turut berkata yang Aidil merupakan seorang yang tidak berpendirian tetap kerana urusan rumah tangga mereka dicampuri oleh keluarga Aidil.

Saya pelik dengan kelakuannya kerana sebelum ini ketika kami berpisah sekejap dan kembali berdamai, dia telah berjanji akan menjaga rumah tangga kami tanpa sebarang campur tangan daripada pihak lain. Dan tak sangka selepas dia keluar rumah pada awal Januari lalu tanpa pertelingkahan, dia tidak lagi pulang ke rumah. Bagi saya, dia sebagai suami perlu pikul tanggungjawab dan buat keputusan sendiri tanpa pengaruh orang lain

Sementara itu Aidil hanya sempat memberikan kenyataan ringkas seperti di bawah:-

Kita tunggu saja nanti, jika ada jodoh, adalah.

Prosiding seterusnya akan berlangsung pada 16 Mei ini. Sama-sama kita nantikan perkembangan mereka. Abang Nara doakan agar semua ini dapat diselesaikan segera dengan jalan penyelesaian yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak. Sumber Mstar Online.

Written by AbangNara | April 30th, 2012

Abang Nara tak tahu apa hubungan penulis Berita Harian, Raja Nurfatimah Mawar dengan Rita Rudaini, namun Abang Nara kagum kerana dia banyak memberikan maklumat terkini perkembangan Rita dan Aidil. Terbaru semalam di dalam BiPop, di dalam ruangan Raja, Rita Rudaini mendakwa yang Aidil banyak menipu ketika memberi kenyataan kepada media.

rita rudaini

Berikut ialah artikel penuh tulisan Raja Nurfatimah Mawar di dalam BiPop semalam untuk tatapan anda:-

Apabila hati disiat-siat, tiada lagi kebaikan yang kita nampak. Gelora pelakon cantik, Rita Rudaini Mokhtar menghadapi krisis rumah tangga bersama suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak bagaikan gelombang tsunami. Seorang kata begitu, seorang kata begini.

 

Tapi Rita bengang dengan kenyataan Aidil yang didakwanya banyak berbohong, banyak bermuka-muka. Rita juga sedih dengan kenyataan Aidil dalam sebuah program TV minggu lalu. Aidil kononnya tidak mahu mengaib dan memburukkan Rita.

 

“Apa maksud Aidil, buruk sangat tingkah laku saya sehingga memaksanya bertindak meninggalkan keluarga? Kalau Aidil nak tahu, saya lagi rasa aib dengan tindakannya meninggalkan saya dan anak-anak! Kami bagaikan tiada harga langsung buatnya”.

 

“Saya nak tanya Aidil, apa perkara yang mengaibkan sangat? Saya cabar Aidil dedahkan. Saya tidak takut, saya dan anak-anak adalah orang yang teraniaya.”

 

Hakikatnya, Aidil banyak menipu dalam kenyataan sama ada dalam program TV atau di dada akhbar dan majalah. Sudah-sudahlah menipu Aidil. Ingatlah, Tuhan tahu pembohongannya itu. Saya hairan mengenai Aidil. Dulu dia tidak pandai berbohong. Tapi, hari ini, saya lihat sisi lain pada diri Aidil. Percakapannya banyak menipu dan propa! Orang luar pun dapat menilai ketelusan hatinya.

 

“Konon terlalu merindui anak, siang malam teringatkan anak dan menafikan abaikan tanggungjawab, tapi sudah masuk lima bulan meninggalkan saya bersama Airit Rayyan Rizqin, 4 dan Airit Qaqa Arjuna, 1, berapa dihulurnya?”

 

Kalau SMS pun tanya anak but apa? Bukannya nak tanya susu anak masih ada ke, makanan anak cukup ke? Sejuk sikit hati saya kerana masih ada sifat tanggungjawab. Ini tidak, nafi abaikan tanggungjawab, tapi keperluan anak tidak pernah tanya pun. Itu yang dibilangnya masih waras?”

 

“Siapa pun boleh tanya anak buat apa, bukan kena duit pun. Saya ingat lagi kenyataan Aidil dalam program TV berkenaan, ‘tanya khabar anak, itupun sudah cukup’. Saya pegang kata-kata Aidil, cukuplah sekadar bertanya khabar. Selepas ini, jangan pula timbul cerita lain, nak ambil anak atau nak bawa mereka bermalam.

 

“Bagi saya, jika Aidil seorang lelaki gentleman dia akan melafazkan talak dalam rumah. Tapi apabila suami meninggalkan saya dan anak-anak begini, abai nafkah zahir dan batin, dia bukan lelaki sejati. Buruk baik, Aidil tidak sepatutnya meninggalkan rumah tangganya.”

 

“Saya reda dan boleh terima jika Aidil merasakan kami sudah tidak sehaluan dan mengajak saya ke pejabat agama tanpa dia meninggalkan rumah. Kalau talak di tangan saya, mungkin sudah seribukan sudah jatuh talak dengan perangai seumpama ini.”

 

“Nak bercerai biarlah secara elok, bukan lari seperti perompak. Kalau tiada anak, tidak mengapa, ini ada empat biji mata di rumah. Kasihanlah anak-anak saya!” kata Rita.

Es0k(hari ini)kes lafaz cerai Rita akan disebut di Mahkamah Syariah Petaling Jaya. Kita tunggulah apa akan berlaku…

Semoga kisah rumah tangga Rita Rudaini dan Aidil akan dijadikan pengajaran dan iktibar untuk kita mengharungi kehidupan sebagai suami isteri.