Written by Bella | September 26th, 2016

Pelakon drama Lara Terindah, Aidil Aziz telah ditahan pihak polis pada jam 12.40 tengah hari semalam kerana disyaki memiliki dadah dan senjata berbahaya.

Menurut portal Astro Gempak, sebuah pasukan risikan telah merampas beberapa pokok yang ditanam dalam pasu serta dedaun kering dalam bekas kaca yang disyaki ganja. Malah, mereka juga menemui sebuah pengisar yang mengandungi daun kering dipercayai ganja.

Antara barangan lain yang dirampas ialah lampu spotlight, baja, penyembur air, biji benih pokok ganja, tujuh bilah pedang samurai, 21 bilah pisau, tiga buku lima, empat pucuk pistol angin, dua laras senapang angin, sebilah kapak dan sehelai vest Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM25,000 dan kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 6B AKta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39B ADB 1952, Seksyen 4 Akta Senjatapi 1960, Seksyen 7(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357).

Dua  lagi suspek yang ditangkap bersama Aidil ialah seorang penganggur Omar Sayeed Ghulam Mohammad, dan  seorang pekerja pengurusan IT warganegara Fillipina, R.Guevara Cortez.

Mereka semua telah dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Wangsa Maju untuk siasatan lanjut.

Sumber Berita : Astro Gempak

Written by serenity | October 12th, 2012

Pelakon yang merupakan anak gadis Rohana Jalil ini pernah melakonkan adegan berkemban dalam filem pertamanya, iaitu Karak. Hasilnya ia menjadi buah mulut orang ramai.

Kini, menurut Kilafairy, dia lebih berhati-hati dalam memilih watak kerana tidak lagi mahu melakonkan adegan seperti itu. Kilafairy memberitahu sebegitu kepada Utusan Online.

Cukuplah Kila menjadi buah mulut orang sebelum ini kerana berkemban. Sekarang ini sebelum setuju, Kila akan baca skrip dulu tengok ada atau tidak adegan sebegitu. Kalau ada, pasti Kila tolak kerana tidak mahu lagi tampil imej seksi.

Sebagai orang baru dalam bidang seni lakon, Kila mahu tampil dengan pelbagai watak dan tidak terikat pada satu watak atau imej.

Pelakon cantik ini sedang popular dalam drama bersiri 26 episod, Saiful Nita yang ditayangkan di TV3, bergandingan bersama dengan seorang pendatang baru dalam dunia lakonan iaitu Aidil Aziz. Menurut Kilafairy, inilah kali pertama dia melakonkan watak utama dalam drama bersiri.

Untuk pengetahuan anda, dalam diam Kila sudah mempunyai perniagaan butik sendiri iaitu Butik Rack di USJ 19 City Mall, Subang Jaya, Selangor, tetapi perniagaan hanya dilakukan secara online. Menurut Kila:

Permintaan untuk jualan di Rack memang banyak, cuma Kila saja tidak ada masa untuk urus sebab sibuk. Kalau orang nak barulah Kila buka butik itu. Bukan apa nak cari orang yang boleh dipercayai untuk menjaga butik susah.

Sekarang ini, kalau ada yang nak membeli bolehlah beli terus dalam talian. Itupun Kila tengah buat sebab baru ada waktu cuti.

Hasil tinjauan kami, Kila bakal menampilkan fesyen kasut rekaan sendiri di butiknya. Satu perkembangan yang baik untuk seorang pelakon yang sedang meningkat naik sepertinya.

Kila juga mendakwa tidak jatuh cinta di lokasi walaupun dia nampak serasi sebagai pasangan Aidil dalam drama itu. Katanya dia masih muda dan lokasi ialah tempat mencari makan, bukan kekasih.

Kelassss kau Maria! Kredit gambar, Twitter Kilafairy.

***

Tiada sebab anda akan bosan! Hujung minggu yang penuh aktiviti di kotaraya ini! Jom pelbagai aktiviti menarik untuk anda penuhi- Ada Bazar Seni Industri Budaya & Semarak Bangsawan pada 12-14 Oktober di Panggung Bandaraya, Inspitari 2012 pada 12 & 13 Oktober di Auditorium DBKL dan Konsert Mini PERMATA Seni Koir pada 14 Oktober jam 3.00 petang & 8.30 malam!