Written by AbangNara | August 28th, 2017

Nama Afifah Nasir popular sekelip mata selepas kontroversinya dengan pasangan suami isteri, Aliff Aziz dan Bella Astillah. Ramai yang menjangkakan karier lakonan Afifah akan malap selepas kontroversi tersebut. Namun ternyata Afifah terus mendapat tawaran dan kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri 70 episod iaitu Syurga Yang Kedua disamping Fasha Sandha, Zarul Husin dan Siti Elizad.

afifah nasir

Akan tetapi Afifah kini lebih berhati-hati di dalam pergaulan agar pisang tidak berbuah 2 kali. Kata Afifah:-

Kehidupan kena diteruskan dan Alhamdulillah apa yang berlaku tidak mematahkan semangat saya. Cuma saya perlu lebih berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk saya agar tidak lagi terpalit dengan kontroversi.

Saya semakin matang dan kejadian itu juga banyak mengajar saya agar tidak mudah mempercayai orang disekeliling kita. Takkan orang baik, kita hendak buat sombong pulakan? Apabila saya kata tidak mahu percaya orang sekeliling bukanlah bererti saya mengasingkan dan menyendiri.

Saya tetap seperti biasa cuma lebih berhati-hati kerana kita tidak tahu niat orang ini macam mana.

afifah

Rakyat Malaysia memang mudah melupakan dan mudah memaafkan. Namun diharap Afifah tidak memandang enteng sikap pemaaf pengikut industri lakonan tanah air. Cuba elakkan dari terlibat sebarang kontroversi dan tingkatkan mutu lakonan anda ke tahap yang lebih baik. Semoga satu hari nanti orang akan berbicara tentang kehebatan lakonan anda dan bukannya kontroversi yang melanda. Sumber Mstar Online.

Written by serenity | August 15th, 2017

Nampaknya banyak pengajaran yang diperoleh Aliff Aziz berikutan isu diserbu di sebuah pusat karaoke oleh isterinya Bella Astillah ketika berduaan dengan Afifah Nasir. Pernah dikenali sebagai bad boy industri hiburan, segalanya sekan berubah apabila Aliff bertemu Bella dan beberapa tahun lepas.

Setelah bertemu Bella, Aliff memberitahu dia telah berubah dari seorang artis yang diketahui sering menimbulkan masalah sebelum itu kepada seseorang yang berbeza.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | August 15th, 2017

Kisah Aliff Aziz dan Afifah Nasir berkaraoke berdua dalam bilik VIP sebuah pusat karaoke di Cheras beberapa minggu lepas masih hangat sehingga ke hari ini. Hangat kerana keduanya diserbu oleh isteri Aliff, Bella Astillah, yang ketika itu baru 20 hari melahirkan anak mereka.


Akibatnya, berlaku pergelutan dalam bilik tersebut yang menyebabkan Bella cedera di wajah dan lutut. Dan disebabkan laporan polis yang dibuat oleh Bella, Aliff telah ditahan polis dan terpaksa menghabiskan masa di lokap selama dua hari.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | August 11th, 2017

Akhirnya, Aliff Aziz sendiri mengakui betapa kita selaku rakyat Malaysia sudah bosan dengan kontroversi yang melanda dirinya dan juga Afifah Nasir. Tambah membosankan apabila masing-masing ada penjelasan sendiri sampai kita keliru nak buat kesimpulan. Rasanya sudah 2 minggu kontroversi ini berlarutan dan nampak tiada pengakhiran kerana masing-masing ingin berada di pihak yang benar.
aliff aziz
Kata Aliff Aziz:-

Saya fikir rakyat Malaysia sudah penat dengan isu ini. Saya fikir rakyat Malaysia sudah penat dengan isu ini. Saya sudah cakap bahagian saya.

Tiada apa lagi nak cakap. Melalui kenyataan pengarah drama, semua orang boleh menilai. Bagi saya, di situ sudah terjawab segala persoalan. Saya pun sudah penat dengan apa yang berlaku

aliff azizAbang Nara rasa kita dah boleh tutup buku dan jangan bercerita tentang hal ini lagi. Abang Nara pun dah malas nak tulis pasal diorang nie. Biarlah diorang dengan versi kebenaran masing-masing. Deep down masing-masing tahu apa sebenarnya yang terjadi. Yang penting, jangan ulangi kesilapan yang sama. Buat Aliff Aziz, ingatlah status anda sebagai suami. Jangan nak gatal-gatal lagi dah. Setialah pada isteri tercinta. Jadi role model untuk anak anda. Sumber Berita Harian.