Written by serenity | September 27th, 2017

Afdlin Shauki kini bergelar Datuk Afdlin Shauki kerana beliau ialah antara 155 individu penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, lapor Utusan Online.

Penganugerahan itu telah dihebahkan oleh Afdlin di laman Instagramnya dan mendapat lebih 7,000 likes dan lebih seratus komen. Ujar Afdlin:

Alhamdulillah, kena pada masanya kerana saya baru sahaja me­nubuhkan Yayasan Af­dlin Shauki supaya kerja amal yang dilakukan lebih teratur dan tertib.

Penghargaan ini tidak boleh dilihat dari sudut anak seni semata-mata memandangkan ada bidang lain juga diberi perhatian kerana saya sentiasa melibatkan diri dalam kerja amal.

Dalam pada itu, ada pihak yang mempersoalkan mengapa Afdlin menerima anugerah tersebut kerana dia hanya seorang anak seni. Afdlin berkata ia terpulang pada citarasa masing-masing:

Saya rasa mereka yang memilih mempunyai sebab tertentu dalam pemilihan siapa yang hendak dianugerahkan darjah atau pingat.

Saya lihat gelaran ini sebagai pendorong untuk mening­katkan kerja amal, saya pun hanya dimaklumkan ming­gu lalu.

Di samping itu, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman yang terkenal sebagai pengasas produk D’Herbs berkata dia tidak menyangka akan menerima anugerah Darjah Sri Sultan Ahmad Shah (SSAP) yang dikurniakan de­ngan membawa gelaran Datuk Seri:

Ia menjadi kenangan manis buat saya dan isteri. Dalam usia 30 tahun, saya berharap anugerah ini menjadikan saya sekeluarga lebih murah rezeki dan dikurniakan kebahagiaan.

Dalam pada itu, ada sesetengah pengikut mendakwa kini mereka faham mengapa Afdlin lantang membidas Zizan Razak yang menimbulkan kontroversi berkenaan jenaka ‘Datuk beli’ nya semasa mengacara di malam Festival Filem Malaysia yang baru berlangsung.

afdlinanugerah

Sekalung tahniah diucapkan buat Afdlin dan Aliff Syukri.-beautifulnara.com

Written by Bella | April 26th, 2017

Pasti anda semua sedar bahawa kebanyakan anugerah-anugerah bagi mereka yang terlibat didalam industri hiburan tanah air selalunya berdasarkan undian bukan? Malah, peminat tegar mereka sanggup habis ribuan ringgit untuk memastikan artis kesayangan mereka menang.  Tentu sekali seseorang artis itu juga harus popular untuk meraih undian.

Isu ini mendapat perhatian pelakon Afdlin Shauki. Menurut Afdlin, masalah utama anugerah seperti ini bukan kerana ia anugerah syok sendiri tetapi anugerah tersebut boleh dimanipulasi undinya oleh sesetengah individu ataupun korporat-korporat  yang mahu memanfaatkan peluang yang ada dengan menaikkan nama artis yang menjadi duta produk mereka. Ia sekaligus turut menaikkan nama jenama mereka. Dalam erti kata lain, peminat sebenarnya tidak mempunyai hak seratus peratus untuk mengundi artis mereka.

Jom baca luahan penuh Afdlin : –

Tidak dinafikan, kadang-kadang ada artis yang lebih berbakat dan layak untuk memenangi sesuatu anugerah tetapi sayangnya semua itu tidak dipandang oleh sesetengah pihak. Apa pula pendapat anda?

Written by AbangNara | August 8th, 2016

Nampaknya kontroversi pengasingan filem terbaik mengikut bahasa di Festival Filem Malaysia yang ke 28 telah berjaya mencuri perhatian para pemimpin negara. Selepas Afdlin Shauki memaklumkan akan memboikot festival ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Abdul Rahman Dahlan turut sama memberikan pandangannya tentang isu ini. Menurut beliau, di dalam industri kreatif dan perfileman, bahasa tidak boleh menjadi isu kerana ia akan membunuh kreativiti mereka yang terbabit dalam bidang ini.
rahman dahlan

Pendapat ini telah diutarakan oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan menerusi akaun Instagramnya. Dengan memuatnaik poster Ola Bola dan Jaga, beliau telah menulis:-

Ola Bola & Jagat are epitome of hard work, creativity & passion of Malaysians. To Finas & PFM… Lighten up please! There is no place for language profiling in creative industry. Don’t use it to curtail their creativity. Let them be & see the spark! .

There are many talented BM speaking talents behind the camera, let’s not deny them recognition just because some feel over patriotic about BM! I hope the good people in Finas and PFM will reverse their decision because it seems to me they are killing the very industry they are trying to save. .

I am a big supporter of creative industry including those hard working & talented ppl in the movie industry. They are the faces of the nation!

rahman dahlan

Kalau dialihbahasakan, ia berbunyi lebih kurang begini:-

Ola Bola dan Jagat merupakan lambang kerja keras, kreativiti dan semangat rakyat negara ini dalam menghasilkan filem yang berkualiti tinggi. Kepada Finas dan PFM, bukalah hati anda. Tiada tempat untuk profil bahasa dalam industri kreatif dan jangan gunakan perkara ini untuk menyekat kreativiti mereka. Biarkan mereka dan lihatlah mereka bersinar.

Ada ramai bakat yang berbahasa Melayu di belakang kamera, jangan nafikan hak mereka untuk diiktiraf hanya kerana sebahagian daripada anda terlebih patriotik tentang Bahasa Melayu. Saya berharap orang-orang di dalam Finas dan PFM akan menarik balik keputusan mereka kerana pada saya, keputusan ini seolah-olah membunuh industri yang mereka cuba selamatkan.

Saya penyokong besar industri kreatif termasuk mereka yang bekerja keras dan artis berbakat dalam bidang perfileman. Mereka adalah wajah-wajah negara

rahman dahlan

Secara jujurnya, Abang Nara juga pelik dengan keputusan PFM dan Finas untuk mengasingkan filem terbaik mengikut bahasa. Bagi Abang Nara, asalkan ia diterbitkan dan diarahkan oleh rakyat Malaysia, itu sudah cukup untuk melayakkan mereka bertanding. Tak perlulah nak tengok bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris. Mentaliti sebegini memang akan merosakkan industri perfileman kita yang tak seberapa. Silap-silap tahun depan langsung semua orang tak nak masuk FFM dan buat festival filem yang lain. Masa itu barulah nak menyesal. Diharap mereka yang terbabit akan segera menarik balik keputusan ini sebelum terlewat.

Written by Bella | August 5th, 2016

Pelakon Afdlin Shauki hari ini membuat satu tindakan yang mengejutkan apabila beliau mengumumkan akan memboikot  Festival Filem Malaysia ke 28 (FFM 28) kerana tidak bersetuju dengan tindakan mereka yang mengasingkan kategori Filem Terbaik  kepada dua bahagian iaitu Filem Bahasa Malaysia dan bukan Bahasa Malaysia.

Maaf, tahun ini saya boikot FFM.

Bila agaknya rakyat Malaysia tak kira bangsa akan betul-betul dihargai karya-karya seni mereka sebagai karya Malaysia. Semoga berjaya kepada semua yang tercalon!!! Semoga berjaya juga kepada semua pihak FFM.

Isu ini turut membangkitkan kemarahan dan rasa tidak puas hati Persatuan Lakon Layar Kuala Lumpur dan Selangor yang menganggap pembahagian dua kategori itu sebagai tindakan rasis.

Malah, filem yang mempunyai jalan cerita dan ulasan terbaik iaitu Ola Bola dan Jagat  tidak tercalon dalam kategori Filem Terbaik FFM 28.

Beberapa pihak menyifatkan senarai pencalonan penuh FFM 28 kali ini agak pilih kasih kerana wujudnya orang dalam yang ingin mengetengahkan filem terbitan mereka sendiri

Sumber Berita : malaysiakini