Written by AbangNara | August 22nd, 2017

13 musim berlangsung, 13 juara dinobatkan, kini Akademi Fantasia akan kembali dengan AF Megastar. Namun begitu hanya 8 juara AF musim terdahulu akan berentap di dalam program realiti yang akan bersiaran mulai September ini. Bekas juara yang bakal bersaing kembali ialah Zahid (AF2), Faizal (AF4), Milla (AF5), Shahir (AF8), Faizul (AF2013), Firman (AF2014), Sufie (AF2015) dan Amir (AF2016). Jumlah peserta yang akan turut serta dalam program ini ialah 24 orang.
af megastarSudah pasti AF Megastar ini akan membuatkan para peminat program realiti ini teruja. Peserta-peserta lain yang bakal terlibat ialah Rosma (AF1), Anding (AF2), Adam (AF2), Bob (AF2), Amylea (AF3), Idayu (AF3), Marsha (AF3), Nubhan (AF6), Aril (AF7), Adira (AF8), Amir Jahari (AF9), Azhar (AF2013), Indah (AF2013), Ewal (AF2014), Syamel (AF2015) dan Ara (AF2016). Semuanya memang power-power belaka. Pasti persaingan akan menjadi sangat sengit.

af megastarSecara jujur Abang Nara agak kecewa kerana ketiadaan Mawi. Sudah pasti AF Megastar akan kurang serinya. Namun para peserta-peserta lain tidak kurang hebatnya. Sama-sama kita nantikan siaran AF Megastar kelak. Confirm meletup punyalah. Sumber Berita Harian.

Written by AbangNara | September 15th, 2014

Akhirnya penyingkiran yang ditakuti oleh kesemua pelajar Akademi Fantasia 2014 telah pun bermula semalam. Konsert kedua program realiti ini menyaksikan Wawa atau nama penuhnya Walfadhilah Suhaizat, 19 tahun menjadi peserta pertama terkeluar. Wawa telah menyanyikan lagu Wajah Kekasih dendangan Datuk Siti Nurhaliza. Secara jujur, memang prestasi Wawa semalam kurang memberangsangkan.

wawa af2014

Konsert semalam juga menyaksikan gandingan Zizan Razak dan Faizal Ismail sebagai pengacara buat pertama kali. Boleh tahan juga keserasian mereka. Lawak-lawak yang dibuat memang menjadi. Walaupun sebelum ini ramai yang berpendapat Jihan wajar dikekalkan sebagai pengacara, namun nampak gayanya Faizal Ismail telah berjaya menjalankan tugasnya dengan baik. Tahniah diucapkan.

wawa af2014

Sepanjang Abang Nara menonton Akademi Fantasia 2014 semalam, masih tak nampak mana-mana pelajar yang mempunyai aura seorang juara. Itu perkara biasa kerana baru minggu kedua. Diharap minggu ketiga kelak akan muncul 2,3 orang pelajar yang akan memberikan persembahan memukau. Setakat ini, pelajar lelaki iaitu Azwan Satar dilihat mendahului carta undian. Sama-samalah kita nantikan siapa yang bakal tersingkir minggu hadapan. Apa kata anda?

Written by AbangNara | August 4th, 2014

Cantiknya Mila Jirin apabila sudah berhijab ini. Lagi terserlah kecomelannya. Walaupun agak senyap daripada dunia hiburan sejak kebelakangan ini, Mila baru-baru ini telah berkongsi berita gembira mengenai perkahwinannya yang akan berlangsung pada tahun hadapan. Kalau menurut apa yang Abang Nara baca di BiPop semalam, bakal suami Mila tak lain tak bukan ialah pengurusnya sendiri. Untunglah dapat orang yang dah faham kehendak hati kita selama ini. Hehehe.

mila jirin

Tahniah diucapkan kepada Mila Jirin atas penghijrahan dan juga atas perkahwinannya kelak. Semoga segalanya berjalan lancar. Khabarnya tak ada majlis pertunangan yang akan dilakukan. Terus nikah je. Baguslah. Segerakan yang wajib sahaja. Terbaru Abang Nara dengar yang Mila Jirin bakal ada dewan pengantin sendiri. Mungkinkah Mila akan berkahwin di situ? Sama-sama kita nantikan pengumuman daripada empunya badan kelak.

mila jirin

Lagi beberapa gambar si comel Mila Jirin berhijab dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | June 3rd, 2014

Secara jujur, bagi Abang Nara, program realiti Akademi Fantasia (AF) sudah tidak relevan lagi dengan dunia hiburan sekarang. Namun untuk tahun 2014, ia kembali lagi. Ini bermakna yang AF masih ada pengikutnya yang tersendiri. Kali ini AF akan mengekalkan format asal seperti pada awal kemunculannya di tahun 2003. Pastinya akan lebih banyak air mata, emosi dan drama untuk Akademi Fantasia 2014 kali ini.

af2014

Ujibakat untuk AF2014 akan diadakan di Johor pada 13 dan 14 Jun 2014, Pulau Pinang (14 dan 15), Sabah dan Selangor (21 dan 22 Jun). Untuk anda yang tidak berkesempatan menghadiri sesi ujibakat, boleh mencuba nasib dengan memuat naik video nyanyian secara kreatif AF Mobile atau www.akademifantasia.com.my bermula 26 Jun hingga 9 Jun 2014.

af2014

Apa pendapat anda mengenai Akademi Fantasia 2014? Adakah anda ternanti-nanti program ini? Atau anda mahu Astro menganjurkan satu program hiburan yang lain? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.