Written by Bella | January 11th, 2017

Lima tahun mendirikan rumah tangga bukanlan perkara yang mudah. Menerusi portal mStar Online, pelakon Wawa Zainal mendedahkan perkahwinan beliau dan Aeril Zafrel hampir musnah gara-gara seorang peminat fanatik yang mengakui Wawa sebagai kekasihnya.

Peminat itu menghantar mesej secara peribadi kepada Aeril di media sosial sehinggakan mereka suami isteri bergaduh besar.

Ada peminat yang hantar mesej kepada Aeril secara peribadi dan mengaku dia merupakan kekasih saya sehingga ia menyebabkan kami bergaduh besar kerana lelaki itu. Saya kenal dia sebagai peminat, namun saya tidak menyangka dia boleh bertindak melampau dan bertujuan merosakkan rumah tangga kami.

Perkara itu juga membuatkan saya diserang oleh kekasih lelaki itu yang menuduh saya pula merampas kekasihnya.

Walaubagaimanapun, berkat kesabaran mereka, Wawa meluahkan rasa syukur kerana beliau telah melepasi tempoh lima tahun perkahwinan yang penuh dengan ujian.

Kini tiada lagi rasa cemburu ataupun salah faham kerana mereka sudah semakin serasi dan percaya antara satu sama lain.

Alhamdulillah, lima tahun perkahwinan kami lalui agak sukar kerana tempoh itu adalah masa kami untuk membina keserasian dan kepercayaan antara satu sama lain.

Saya anggap fasa itu sudah lepas dan sekarang tiada lagi cemburu buta dan lebih faham. Bukan senang nak bina persefahaman itu, ia perlu ambil masa.

Dalam pada itu, ditanya tentang hubungan dengan suaminya yang dikatan berantakan akibat sikap cemburu, Wawa memberitahu beliau lebih mengetahui sikap sebenar Aeril.

Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mendirikan rumah tangga  pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, 3, dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa yang baharu sahaja berusia setahun.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | December 15th, 2016

Pelakon Aeril Zafrel dan isteri, Wawa Zainal bakal menunaikan ibadah umrah pada penghujung bulan ini dan sekaligus menyambut tahun baharu 2017 di Tanah Suci Mekah.

Menurut Aeril, mereka pergi berdua sahaja. Buat masa ini Aeril tidak lagi terlibat dalam mana-mana penggambaran drama dan ingin berehat.

Aeril berharap agar segala urusan beliau dan isteri untuk beribadah berjalan dengan lancar.

Untuk menunaikan ibadah umrah saya bersama Wawa sahaja, anak-anak saya tinggal di bawah jagaan keluarga terdekat. Mengenai persediaan dan persiapan buat masa sekarang saya sedang berehat dan tidak terikat dengan mana-mana tawaran berlakon. Rehat sepenuhnya amat perlu agar ibadah saya di sana, dapat berjalan dengan lancar dengan izinNya.

Tambah Aeril, beliau sebenarnya sudah menerima pelbagai tawaran lakonan tetapi hanya akan kembali aktif selepas pulang daripada menunaikan umrah sekitar pertengahan bulan Januari depan.

InshaAllah perjalanan Aeril dan Wawa ke Tanah Suci Mekah akan baik-baik sahaja dan kami juga mendoakan agar segalanya  dipermudahkan buat anda suami isteri menunaikan ibadah umrah di Mekah nanti.

Sumber Berita : Astro Gempak

Written by Bella | December 9th, 2016

Kalau anda perasan, sejak kebelakangan ini badan pelakon Aeril Zafrel kelihatan agak sado. Kata orang memang “taste” lah.  Ramai yang tertarik dengan susuk tubuh Aeril yang terbaru terutama sekali wanita-wanita diluar sana.

Untuk pengetahuan anda, isterinya, Wawa Zainal yang meminta agar Aeril tampil lebih sado dan sering menggalakkan Aeril untuk membina badan di gimnasium. Wawa sedikit pun tidak cemburu apabila badan suaminya itu membuat wanita lain “tergoda”.

Dia yang suruh saya besarkan badan selain push saya untuk ke gym sebab katanya saya kurus. Jadi demi mengikutkan kehendak dia saya turuti.

Buat setakat ini, saya tak jaga makan dan memang saya nak gemuk. Saya pula jenis cepat besar dan kurus. Bukan setakat itu sahaja saya buat badan ini untuk kerjaya supaya padan dengan heroin, lagipun untuk lelaki biar besar sikit.

Bertuah betul Aeril Zafrel mendapat seorang isteri yang cukup memahami seperti Wawa Zainal. Terus-terang, memang pelakon zaman sekarang kena jaga badan untuk  watak sebagai hero didalam mana-mana drama ataupun filem. Ia adalah bonus buat mereka.

Sumber Berita : Media Hiburan

Written by Bella | December 5th, 2016

Nama Aeril Zafrel semakin popular dan tentu sekali mempunyai jumlah peminat yang agak ramai bukan? Namun, apa yang menimpa Aeril semalam cukup viral apabila ada seorang peminat menawarkan diri untuk menjadi isteri kedua beliau. Wah!

Menerusi akaun Instagram Aeril, gadis berkenaan dengan bersahaja menyatakan hasratnya itu. Sebenarnya ia sekadar gurauan antara peminat berkenaan bersama Aeril tetapi ada beberapa pihak yang salah faham dan membuat kesimpulan mereka sendiri.

Berikut antara komen-komen Aeril dan gadis berkenaan yang mendapat perhatian ramai :-

Tidak mahu isu berpanjangan, Wawa Zainal yang tidak cepat melatah mengenai isu berkenaan dan sedar ia sekadar guaraun telah memuat naik video penjelasan Aeril megenai isu beliau “menggatal” bersama peminat.

Menurut Aeril,  beliau memang suka melayan peminat di laman sosial dan membalas komen mereka kerana tidak mahu dianggap sombong.

panas…panas..@aeril_zafrel menggatal??? 😱😱🤔betul ke ni? jom kita terjah!

A video posted by Wawa Zainal (@w4w4_zainal) on

Tambah Aeril, ketika beliau menaip komen berkenaan, isteri tercinta Wawa turut berada di sebelahnya.

Mungkin gadis berkenaan tidak mempunyai niat untuk “merampas” Aeril daripada Wawa. Sekali sekala apa salahnya untuk bergurau dengan artis. Lagipun Aeril juga rajin melayan komen peminatnya. Itulah, kadang-kadang dalam komen ini susah untuk mentafsirkan sesuatu kerana kita tidak lihat reaksi seseorang itu secara nyata, sebab itu tercetusnya salah faham.