Written by AbangNara | May 24th, 2013 | Featured post

Masih ingatkah anda lagi dengan program Mencari Ramli yang dianjurkan oleh TM? Kalau tak ingat, meh Abang Nara ingatkan. Program Mencari Ramli bertujuan untuk mencungkil bakat bermain bola sepak di kalangan kanak-kanan berumur 16 tahun dan ke bawah.

ramli

Musim pertama program Mencari Ramli sudah pun berakhir. Kini Mencari Ramli kembali untuk musim kedua. Kali ini, bukan sahaja peserta Mencari Ramli 2 yang berpeluang menjejakkan kaki ke stadium Old Trafford, anda juga diberikan peluang yang sama. Adakah anda teruja untuk melihat kelibat juara 20 kali EPL?
ramliBukan sahaja anda boleh ke Old Trafford, tetapi anda juga akan berpeluang menyaksikan perlawanan Manchester United secara live di stadium tersebut. Paling best, kesemua perbelanjaan ditanggung oleh pihak TM. Tak payah bawak dompet. Inilah peluang seumur hidup yang tak boleh dilepaskan oleh peminat Manchester United terutamanya.
ramliDah teruja kan? Ada 5 langkah-langkah untuk memenangi hadiah yang super duper awesome ini. Langkah-langkahnya ialah:-

1. Pastikan anda ada blog.
2. Tulis 1 entri penuh informasi mengenai Mencari Ramli 2. Kongsikan tarikh ujibakat, tarikh tayangan program ini dan imaginasi anda mengenai “Ramli”.
3. Tulis 1 entri selepas anda menonton program Mencari Ramli 2 di TV3. Kongsikan pendapat anda mengenai program ini. Galakkan pembaca anda untuk mengundi “Ramli” yang mereka sokong. Jangan lupa berikan pendapat anda siapakah yang bakal menjadi “Ramli”.
4. Klik sini untuk laman blog Nuffnang dan hantar penyertaan anda. Pastikan penyertaan dihantar sebelum tarikh tutup 15 Jun 2013.
5. Banyakkan berdoa, bertawakal dan mohon restu ibu bapa agar anda menang.

ramli

Bayangkan anda yang berada di dalam gambar di atas itu sekiranya tuah menyebelahi anda dan memenangi hadiah awesome ini. Tak ke gila? So tunggu apa lagi? Sertai pertandingan ini hari ini jugak. Lawati blog Nuffnang untuk informasi lanjut.

Written by AbangNara | May 22nd, 2013

Abang Nara memang meminati filem seni mempertahankan diri. Antara filem paling menarik bagi Abang Nara ialah Ip Man 2. Babak ketika Ip Man berlawan dengan Sammo Hung sampai sekarang masih segar di dalam ingatan Abang Nara. Memang awesome!!

mimma

Selepas menonton filem Ip Man 2, semangat Abang Nara memang berkobar-kobar nak belajar seni mempertahankan diri. Niat di hati nak nampak macho di depan isteri tercinta. Mana tahu badan Abang Nara pun akan timbul 6 packs kalau menjalani latihan yang betul. Confirm isteri akan bertambah sayang.

mimma

Mana tahu bila dah betul-betul power nanti, bolehlah Abang Nara join All-Malaysian Mixed Martial Arts (MMA) Amateur Tournament in Malaysia yang dianjurkan oleh Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA). Yang bestnya jumlah hadiah yang ditawarkan berjumlah RM150,000. Fuh ~~ Memang beruntunglah siapa masuk pertandingan ini.

mimma

Untuk tahun ini, memang tak sempat dah untuk Abang Nara join pertandingan ini. Namun Abang Nara nak pergi tengok aksi-aksi hebat yang bakal ditunjukkan oleh peserta-peserta. Grand final pertandingan ini bakal berlangsung pada 15 Jun 2013 dan ada caranya untuk mendapatkan tiket percuma untuk hari tersebut.

Caranya amat senang. Abang Nara Cuma perlu upload gambar Kung Fu Meme di blog ChurpChurp untuk berpeluang memenangi tiket ke grand final All-Malaysian Mixed Martial Arts (MMA) Amateur Tournament in Malaysia. 5 gambar terbaik akan memenangi “gold ticket” dan 10 yang terbaik selepas itu akan memenangi “silver ticket”. Abang Nara dah upload dah pun gambar Kongfu Meme diri ini.
mimma

Tunggu apa lagi? Jomlah sertai Abang Nara untuk menonton kelincahan, kehebatan dan aksi seni mempertahankan diri yang pastinya akan membuatkan anda terkesima. Untuk maklumat lanjut, layari www.malaysianinvasion.com.

Written by AbangNara | May 20th, 2013

Sukarnya untuk membuat pilihan. Antara Lisa Surihani, Nora Danish, Neelofa, Juliana Evans dan Tiz Zaqyah, yang mana satukah harus Abang Nara pilih? Niat di hati nak pilih Nora Danish kerana kecomelannya, namun kang tak pasal-pasal kena debik dengan wife Abang Nara. Camner nie?

anugerah blokbuster

Eh ~~ Korang jangan salah sangka pulak. Bukannya Abang Nara kena pilih salah seorang daripada mereka untuk dijadikan calon bini kedua. Abang Nara tengah keliru nak berikan undian kepada siapa untuk kategori Heroin Terhebat Anugerah Blokbuster 2. Kesemuanya hebat-hebat dan mantap-mantap kot!!

anugerah blokbuster

Itu baru 1 kategori. Ada 13 kategori kesemuanya yang dipertandingkan dalam Anugerah Blokbuster 2 ini. Memang pening kepala dibuatnya. Mahu ambil masa 2,3 jam juga untuk membuat pilihan yang tepat. Kena undi berdasarkan mutu lakonan yang ditunjukkan, bukan sekadar paras rupa semata-mata.

anugerah blokbuster

Ada 2 cara untuk mengundi. Tidak perlu menggunakan dakwat kekal, Abang Nara hanya perlu ke laman web Anugerah Blokbuster 2 dan login Facebook di situ. Bila dah login, terus boleh mengundi dengan klik gambar “thumbs up”. Undian secara online ini hanya boleh untuk seorang sahaja bagi setiap kategori. Mudah kan

anugerah blokbuster

Cara mengundi yang kedua ini paling Abang Nara suka. Undi guna SMS. Korang follow je langkah-langkah di dalam gambar di atas. Yang penting, pastikan kategori dan nombor calon anda betul. Kesemua info itu boleh didapati di laman web Anugerah Blokbuster 2. Apa-apahal check dulu sebelum hantar SMS. Kalau salah kang rugi pulak.
anugerah blokbusterAnugerah Blokbuster 2 akan berlangsung pada 15 Jun 2013 dan akan disiarkan secara langsung di Astro Ria bermula jam 8.30 malam. Undian pula akan ditutup tepat jam 12 tengah hari 15 Jun. Jadi korang kenalah cepat mengundi pelakon-pelakon kegemaran korang. Untuk info lanjut, layari www.anugerahblokbuster.com.my.

Written by AbangNara | May 17th, 2013

Hari Ibu baru-baru ini membuatkan Abang Nara pening kepala. Tak tahu nak beri hadiah apa kepada wife tercinta. Bajet pun tak banyak. Cari punya cari, Abang Nara teringat tentang laman web HiShop.my

hishop.my

Fuh ~~ Kalau Abang Nara perempuan, memang syok betul membeli-belah di HiShop.my ini. Semua benda ada. Skin care ada, minyak wangi ada, alat makeup ada dan macam-macam lagilah. Tengah promosi pulak tue.
hishop.my
Ada banyak sangat brand di HiShop.my ini. Memang boleh pening kepala nak memilihnya. Last-last Abang Nara pilih produk makeup daripada SimplySiti untuk dijadikan hadiah buat wife tercinta. Tak tahulah sama ada wife akan pakai ke tak gincu yang Abang Nara pilihkan untuk dia.
hishop.myCantik kan HiShop.my bungkus barangan yang Abang Nara beli? Abang Nara masih tak bagi lagi kat wife hadiah nie. Nak tunggu dia baca entri ini terlebih dahulu. Korang pun cubalah layari www.hishop.my untuk tengok kot-kot ada barang yang berkenan di hati.

hishop.my

UPDATE: Wife Abang Nara suka betul dengan alat makeup SimplySiti daripada HiShop.My ini. Ada gincu sebenarnya tapi tak sempat ambil gambar wife Abang Nara dah guna. Abang Nara ada voucher RM200 untuk diberikan percuma pada anda. Syaratnya, hanya perlu LIKE Facebook HiShop.my dan hantar email ke hi@beautifulnara.com. Itu sahaja!!!