Written by Bella | February 16th, 2017

Walaupun sudah bertahun terlibat didalam dunia lakonan dan membintangi filem serta drama popular, masih ada lagi sesetengah pihak yang mempertikaikan bakat lakonan Izara Aishah. Mereka menuduh Izara hanya mengejar glamor semata-mata  dan hanya bersandarkan wajahnya yang cantik. Izara akui beliau merasa kesal dan benci dipandang negatif dengan tuduhan seperti itu.

Saya tak suka orang memperkecilkan bakat yang ada dan menyangka saya masuk dunia seni sebab mahu mengejar glamor serta populariti. Saya benci dan geram orang cakap saya tiada bakat dan hanya bersandarkan wajah cantik. Saya bekerja keras untuk menjadi pelakon yang bagus.

Saya berterima kasih atas bonus yang diberikan pihak media untuk publisiti meluas. Wajah yang cantik juga satu bonus. Selebihnya saya sentiasa berusaha keras menjadi pelakon yang bagus.

Pernah berlakon watak psiko didalam sebuah drama sebelum ini dan beberapa karakter yang mencabar, Izara merasa syukur kerana diberi peluang untuk membuktikan bakat lakonan yang ada didalam dirinya. Izara tidak mahu kekal dengan karakter stereotaip kerana beliau ingin menjadi seorang pelakon  yang berilmu.

Saya bersyukur selalu dapat karakter bagus dan membawa nama saya ke depan. Jadi, janganlah sesekali tuduh saya hanya memperdagangkan wajah cantik untuk tujuan glamor sedangkan lakonan tidak seberapa.

Saya tidak mahu terhad pada satu satu karakter sahaja. Saya mahu cuba banyak karakter lain yang mencabar kredibiliti lakonan. Saya mahu jadi pelakon yang berilmu. Saya serius dalam kerjaya sebagai pelakon.

Jangan pedulikan cemuhan dan pandangan negatif orang lain, teruskan berusaha untuk membuktikan anda seorang pelakon yang berbakat.

Sumber Berita : Mangga Media

Written by Bella | January 31st, 2017

Menerusi foto terbaru Izara Aishah di akaun Instagramnya, beliau kelihatan semakin langsing dan sungguh menawan. Pendek kata, siapa lihat bentuk badan Izara memang boleh “cair” habis.

Malah, peminat beliau di Instagram juga cukup kagum melihat penampilan terbaru Izara dan berharap agar Izara terus mengekalkan bentuk badannya.

Ramai juga yang ingin tahu, apa agaknya rahsia ataupun tips-tips Izara untuk kelihatan lebih langsing dan cantik.

Berikut antara komen peminat Izara :

Wah, agak berbeza juga tubuh Izara dahulu dan sekarang, memang nampak lebih kurus. Khabarnya Izara seorang yang suka bersenam mungkin itu salah satu faktor berat badannya berkurangan. Izara, apa kata kongsikan sedikit tips untuk nampak cantik dan lebih langsing..Hehe

Written by Bella | January 11th, 2017

Hubungan cinta antara pelakon Izara Aishah dan anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Adib Khalid bukan lagi rahsia. Malah pasangan ini cukup sensasi sekali dan mempunyai peminat yang agak ramai. Ada khabar angin mengatakan mereka bakal berkahwin pada tahun ini.

Izara mengakui beliau dan Adib ada membicarakan perkara berkenaan tetapi masih ada belum sebarang tarikh yang ditetapkan untuk berkahwin.

Belum ada sebarang tarikh ditetapkan kerana keluarga kami belum berjumpa. Namun, saya dan Adib ada bercakap dan merancang mengenai perkara ini.

Apabila sampai masanya nanti saya pasti akan maklumkan berita baik ini tetapi buat masa sekarang belum ada kata putus daripada pihak kami.

Menurut Izara, beliau tidak terkejut dengan gosip mengatakan beliau bakal menamatkan zaman bujangnya tahun ini. Sedikit rimas dengan khabar angin seperti itu, Izara akur sebagai selebriti beliau harus menjelaskan perkara sebenar kepada umum.

Sebenarnya berita ini bukanlah baru untuk saya kerana di awal perkenalan saya dan Adib, orang luar sudah mengharapkan kami mendirikan rumah tangga. Sepanjang tempoh empat tahun bercinta, kami sering diajukan soalan ini.

Saya akui sedikit ‘rimas’ tetapi sebagai selebriti saya perlu menjelaskan perkara sebenar.

Kami doakan agar Izara dan Adib ada jodoh sehingga ke jinjang pelamin. Sudah beberapa tahun juga mereka bercinta dan harapnya hubungan mereka dapat melangkah ke fasa seterusnya.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | November 14th, 2016

Seronoknya kami melihat foto-foto Datuk Siti Nurhaliza bersama seluruh keluarganya bercuti di Sepanyol. Lebih menarik lagi ia turut disertai oleh keluarga mertua Siti Nurhaliza. Memang nampak sungguh keakraban mereka bersama.

Untuk pengetahuan anda, percutian itu juga adalah sebahagian daripada penggambaran program realiti Siti Nurhaliza iaitu CTDK-ation yang bakal ditayangkan sekitar tahun hadapan.

Ia memaparkan kehidupan seharian Siti Nurhaliza bersama keluarga dan pelbagai lagi ragam penyanyi berkenaan. Malah, buat pertama kalinya Datuk Khalid juga terbuka hati untuk berkongsi kehidupan mereka di kaca televisyen bersama peminat isterinya.

Jom kita layan beberapa lagi foto percutian Datuk Siti Nurhaliza sekeluarga di Sepanyol dengan membaca entri ini sepenuhnya.